I ask myself….

Salam..

(1)

Sekarang kan dah mula sem baru.alhamdulillah.Dah final sem. Saya baru je 22 tahun. Kawan-kawan sama batch dengan saya dekat sekolah dulu sekarang ni still ada 1-2 tahun lagi nak habis. Yang medic maybe lagi lama.

Result lepas,alhamdulillah. Tak lah excellence tapi alhamdulillah.

Sekarang ni tengah usha-usha company yang ada untuk cari kerja.Dulu ingat mahu sambung belajar dan jadi lecturer.Tetapi selepas beberapa nasihat dan perbincangan, maka perancangan ditukar. Saya mungkin akan cuba cari kerja di Miri. Tetapi nasihat dari berbagai orang yang saya percaya ada pandangan berbeza. Pilihan nya sama ada di Miri atau di KL. Dan harapnya tak lah terlampau buzy. Tapi di mana pun kita,kita ini daie sebelum sesuatu yang lain.

Terus terang, saya agak takut juga nak menghadapi pasca graduan ni.Yelah,proses mencari kerja.Proses itu dan ini. Tapi takut-takut pun rasa excited. Rasa excited nya terlebih dari rasa yang lain. Semacam ada nya adrenaline pumping.

Saya ni semacam adrenaline junkie. Ada motor,saya bawak laju-laju[atas jalan lurus la]. Saya suka caving.Masuk gua. Selain exercise di gym,suka main wall climbing waktu cuti. Saya suka benda yang mencabar kemampuan.

Yang buat hati dan badan rasa macam membuak-buak. Macam rasa nak terjun. Macam tu lah rasa nya.Takut tu memang takut. Tapi sebab terlebih excited la kot.

Tapi yang caving ,wall climbing and benda-benda lain yang saya buat tu,cuma hobby je..

InsyaAllah ,tetapkan hati.Rezeki milik Allah.Cuma usaha sahaja.  Kena ada usaha buat resumee dan black and white nya.Kena ada usaha luaskan jaringan hubungan sebanyak-banyaknya.Kena tak malu nya bertanya.Perancangan nya kena ada.  Apa pun yang kita try buat, kena ada perancangan.

Semoga ada yang terbaik untuk saya. Doakan saya ye.

(2)

Dah nak grad ni pun, kalau saya balik kampung cuti-cuti, mesti ada satu format soalan lazim seperti ” duduk dekat sana dah ada ‘kawan’ ke belum? ” , ” Dah ada berkenan ke tak?” ,  ” Dah ada girlfriend?”

Mungkin ada yang ‘up’ sikit : ” Ni lah yang nak kenal kan dengan si xxxxx ni”, “Berkenan tak dengan si xxxx ni?”

Tak kira lah soalan tu dari siapa pun. Keluarga,saudara mara,kawan kepada keluarga.. Selalunya senyum je lah dan gelak-gelak.

Saya baru 22. Ya,memang seawalnya nikah itu adalah yang terbaik. Tetapi bagi saya , jika itu adalah keperluan baru lah dimulakan. Jika ia nya menjadi satu kebaikan bukan menjadi kezaliman baru lah dimulakan. Jika ianya sudah sampai sebagai satu arahan, maka insyaAllah.

Saya tak nak lah ia menjadi terlampau gopoh sangat tanpa melihat dengan matang apa persediaan yang diperlukan dan oleh kerana gopohnya diri, jadi satu kezaliman.

Mungkin muka saya nampak agak tua dan penampilan serta kadang-kadang gaya bercakap dan saya dah hampir nak grad buat kan ramai fikir saya dah lebih kurang 24 tahun keatas dan kerana itu banyak sangat solana semacam tu ditanya.

Senangnya jika rasa waktunya sudah sampai, mungkin parents saya yang carikan. Atau paling cantik, mereka yang sama dalam apa yang saya lakukan ini yang memikirkannya.

Susah juga nak buat tak kisah pasal benda ni kalau asyik diusik dengan soalan sebegini.

(3)

Nak grad ni saya juga terfikir apa yang selama ini saya dah lakukan. Dah 4 tahun disini. Apa bakti yang saya dah buat. Apa keburukan yang saya dah lakukan? Berapa banyak orang yang dah saya sakiti. Macam mana dengan apa yang dah diusahakan selama ni. Terlampau banyak persoalan. Mungkin ada dua sahaja sebab kenapa banyak sangat persoalan,mungkin saya kurang usaha atau mungkin kurang nya tawakkal.

Astaghfirullah.

(4)

Kalau kita sedar keburukan kita dan kita cuba ubah dan ubah tetapi sukar juga untuk memperbaiki, sekurang nya keburukan yang 100 tadi paling tidak sudah turun 99.9 . Yang penting usaha. Dan itu yang cuba saya lakukan.

(5)

Orang yang ikhlas, hatinya akan bersatu. InsyaAllah.

Waallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s