Perjalanan Keinsafan : Ziarah Dakwah di Ulu Kota,Pakan, Sarikei

Salam.

Dah sangat lama saya tak update. Minta maaf. Sangat sibuk dalam beberapa masa ni.Limpahan kerja di tahun akhir agak banyak. Bila sudah berada di final sem ni, sekarang lah baru hadir perasaan,”aku dah final sem,nak kena try semua” . So , dengan studynya, FYP nya, job hunting nya.

Jadi beberapa minggu lepas, saya berpeluang turut serta dalam satu program ziarah ke Ulu Kota,Pakan,Sarikei.Dah beberapa kali di ajak untuk turut serta tetapi ada beberapa perkara yang tak dapat memberi kan saya kelapangan untuk turut serta.

Di mana Ulu Kota??? Haa,cuba tengok map ni.

Perjalanan Kami

Kalau tengok map ni, tempat yang kami tuju adalah Sarikei dan pertengahan antara simpang sarikei-julau. Jarak Miri-Sarikei jauh juga.Lebih kurang dari Miri-Srikei sudah 2/3 sarawak.

Ekspedisi kali ini dipimpin Abang Ali Murad. Dia yang ajak saya ikut sekali. Saya pulak ajak seorang sahabat,Hakeem nama nya. Jadi ekspedisi ini awalnya seramai 8 orang tapi akhirnya 5 orang sahaja dari Miri. Abang Ali, Abang Jaini, Abang Naufal,saya dan Hakeem.

Abang Ali seorang pekerja Shell.Dia menguruskan hal kontrak.Abang Jaini dulu nya seorang Driller Shell sekarng punya syarikat sendiri.Abang Naufal engineer di Sapura Crest..Dan saya dan Hakeem,kami cuma student.

 

Kami bergerak dari Miri dalam pukul 8 dari Masjid Piasau.Kami berhenti dahulu di Niah untuk menukar kereta yang dipinjam Ustaz Lah dengan kereta 4WD Abang Mukhtar di Niah.Kemudian kami teruskan ke Bintulu. Di Bintulu kami berjumpa dengan Abang Ali dan anak buahnya. Isi perut dahulu di sana dan kemudian terus bergerak. Next pit stop di Selangau.Ketika itu lebih kurang jam 3 pagi. Saya menaiki 4WD Abang Naufal. Jadi sebab dia dah berjam-jam memandu, saya mengganti sampai lah kami tiba di Masjid Sarikei lebih kurang pukul 5 pagi. Jarak perjalanan Miri -Sarikei kurang lebih 9 jam. Sadis gak menahan mata bawa kereta di jalan raya Sarawak ni. Jalannya yang sangat teruk atleast membuatkan saya lebih berjaga-jaga.

Sampai di Sarikei,selepas subuh, berehat dan mandi, kami menjemput Ustaz Fazli dan anak nya dan membeli barang-barang persiapan untuk masuk ke Ulu Kota.Banyak juga yang dibawa.

saya dan abng naufal menyusun dan pack barang di belakang 4WD untuk ke sarikei

saya dan abng naufal menyusun dan pack barang di belakang 4WD untuk ke sarikei

Jadi dalam jam 9 pagi kami terus bergerak ke Ulu Kota. Jalannya jangan lah rasa nampak macam mudah. Silap sikit mungkin saya tak ada lagi untuk menulis di blog ni. Ada beberapa jalan yang sangat steep lebih kurang 70 degree. Dan jalannya bukan bertar tetapi jalan untuk pembalakan.Jalan yang tak diturap apa-apa pun.Cuma tanah saja.

laluan pembalakan.saya fikir kurang 2 tahun lagi,tanah runtuh boleh berlaku.

 

Tapi dengan kepakaran abang-abang yang ada ni memandu ,alhamdulillah selamat sampai. Sepanjang jalan, sungguh cantik ciptaan Allah dapat kita lihat. Kawasan ini adalah kawasan tanah tinggi yang aktif dengan pembalakan.Tetapi hutannya masih ada dan cantik. Kadang-kadang lari sedikit dari melihat hutan batu sangat menyejukkan hati.

Kisah di Ulu Kota dan Masyarakatnya

Kami sampai dalam pukul 1 lebih. Sampai-sampai je, penduduk kampung rupanya dah siap tunggu kami di Surau mereka.Sedikit overview tentang penduduk kawasan ini, mereka ada 7 keluarga. Semua nya berbangsa iban. Baru memeluk Islam dalam 2,3 tahun rasa nya. Ketika mereka memeluk Islam mereka terpaksa keluar dari kampung halaman mereka.Kerana bagi bangsa mereka disana, memeluk Islam bagai keluar dari bangsa. Senang kata di halau.

dapur surau amal.

mereka sudah menunggu kedatangan kami.surau ini dibina oleh YAM

anak anak iban muslim kampung ini.mereka mengajar saya betapa sukarnya memegang Islam.tetapi itu yang akan dipertahan

Sampai je di sana, barang-barang kami,mereka bantu untuk angkat..Bekalan makanan yang banyak,kami serahkan kepada akak-akak yang ada untuk mereka siapkan dan abang-abang yang lain selepas solat duduk berbual-bual dengan penduduk kampung. Satu yang saya belajar, kemahiran untuk bercakap dan memahami bahasa tempatan adalah sangat penting dalam dakwah. Kerana itu Raasulullah suruh kita menguasai bahasa. Dan dalam sirah juga bila Rasulullah hantar satu delegasi dakwah ke sesuatu kawasan orang yang dihantar adalah orang yang fasih berbahasa dan mahir dalam adat dan budaya kawasan tersebut. Abang Ali,Abang Jaini dan Ustaz Fazli lah yang duduk berbual dengan orang kampung.Saya sepatah haram tak faham apa yang mereka bicarakan.

peserta ekspedisi. banyak belajar dari abang-abang ni.jazakallah khair alaikum

Selepas siap memasak, kami semua pun makan lah lunchSiangnya makan rendang dan kari abang jaini.Tapi malam nya….Pergh…Tak boleh nak cakap laa.. Tak la mewah bagi kita,tapi bagi saya sendiri kalau dapat rasa ayam pansoh asli, itu pun dah cukup sedap.Bayangkan 3 hari disana, ayam pansoh aja.

Antara makanan lain macam sup ikan,dan buah engkalak pun ada juga. Orang iban ni suka makanan macam sup-sup.Saya rasa kerana itu badan mereka kuat dan sihat dan tidak gemuk kerana makanan mereka kurang lemak dan kolestrol dan kerja mereka lakukan berat.Lain kalau iban di kawasan banda..McD je yang dibelasahnya.

Tugas saya adalah mencari air.Ada kisah kenapa penting nya untuk mencari air. Saya cuma tahu saya perlu mencari air 3 hari sebelum ekspedisi ini bermula.Saya ni student lagi dan memang tak ada pengalaman langsung.Saya cuma belajar basic tentang aquifer.Sebab saya major stream dalam petroleum geology.bukan hydrogeology.

kerja menggali dan mencari air.

sedang mengenal pasti jenis batu.untuk kenal seal dan aquifer type.

abang jaini dan abang ali : geologist to be.

Kampung ini sebenarnya ada satu sungai yang mereka gunakan.Cuma sungai kecil saja. Bila musim kemarau sungai ini kering. Bila mereka nak mendapatkan bekalan air di sungai dekat dengan kampung lama mereka,mereka di halau. Dan mereka cuma mengharap bekalan air hujan, jadi memang tak ada bekalan air langsung untuk mereka ketika musim kemarau. Jadi disitu kepentingan untuk menggali telaga dan mencari bekalan air bawah tanah hadir. Yayasan Amal pernah menggali sebuah telaga dahulu tetapi mereka berhenti kerana penggalian mereka tidak menembusi struktur lapisan sandstone. Tetapi air eluar dari rekahan yang ada.

Tidak lah banyak.Tetapi ada. Jadi, ketika berada di sana, kami ke tempat itu dan memecahkan lapisan batu tersebut dan air makin bertambah keluar. Kalau mengikut struktur nya, kawasan itu adalah dalam level water table jadi untuk ada nya sumber air bawah tanah memang ada dan wujud. Cuma ada beberapa perkara yang enjadi persoalan saya sebagai orang ayng ada lah sikit ilmu geologi ni..Jadi akan datang mungkin ada ekspedisi lagi untuk membuktikan pendapat yang ada dan menggali sebuah telaga berpump yang akan menghasilkan air sama kualiti semacam air mineral.Terus terang, ini pengalaman pertama saya dan sebenarnya banyak dapat saya belajar dari ekspedisi ni.

mencari tempat untuk menggali.telaga Pak Daeng sudah ada di belakang

 

Malamnya diisi dengan ceramah oleh Ustaz Fazli dan hari hari berikutnya begitu.Saya mencari air di waktu siang dan malam nya ceramah dan kami juga datang enziarah kampung lama penduduk iban di sini. Mereka ini dahulunya tidak suka kepada orang Iban Muslim ni.Tetapi bila melihat kemajuan orang Iban Muslim ni, hati mereka jadi semakin lunak untuk menerima mereka kembali.

 

Yang menarik nya ketika kami mengadakan BBQ dan menjemput orang dari rumah panjang tersebut,mereka hadir..Dan selepas habis BBQ ustaz Fazli memberi sedikit pengisian dan sebilangan iban bukan muslim yang sudah keluar dari surau selepas makan masuk balik dan dengar malah berinteraksi untuk tahu tentang Islam. Cantik kan? Bagi saya itu pengalaman yang sangat menarik.

tengkorak orang zaman dulu yang dipenggal oleh head hunters masih lagi tergantung di rumah panjang.

buah engkalak..sedap.lemak.

kuih kelupis.macam pulut

mandi sungai.sejooookkkk betulll

Apa yang saya belajar

Dakwah ini adalah dakwah berkhidmat. Memberi khidmat.Kita lah YB sebenar..Peserta ekspedisi ini sebenarnya terdiri dari macam-macam background dan pemikiran. Ada dari Yayasan Amal. Ramai berpegang dengan perjuangan Pas. Ada dari latar belakang Ikram.Ada dari Hikmah.Ada yang cuma mahu menyumbangkan bakti.Seperti saya pula,saya ada perjuangan yang kami perjuangkan.Ada pula dari latarbelakang yang susah juga nak ditafsirkan.Benar,ada yang semacam banyak tahu perkara tetapi sikap untuk sirr itu perlu ada untuk berhati-hati dengan mukhabarat-mukhabarat. Dan mereka tahu yang semua nya datang dari latar belakang yang berbeza. Tetapi itu BUKAN satu alasan untuk kita tidak boleh berkerjasama.

Saya diajar ada dua perkara penting dalam amal qawiy.Maksudnya amal yang kuat. Membentuk kelompok pendokong Islam dan membentuk kesedaran Islam. Benar, mungkin kadang-kadang kita nampak ada yang cuma berprogram[dengan ketidak fahaman.bukan setelah faham]. Tetapi itu bukan jadi dasar untuk menyatakan kerja mereka tidak ada redha Allah bersama nya.Mungkin kerja mereka kita nampak tidak berterusan, tetapi mungkin kerja mereka ini lah yang membawa mereka ke syurga.

Kadang-kadang kita terlalu selesa berbulatan bersama setiap minggu di bilik yang selesa. Mungkin kita selesa dengan berkursus di dalam dewan yang gemilang dan beraircond. Mungkin kita merasakan kerja kita mengajak sahabat-sahabat untuk berbulatan sekali sudah cukup susah dan besar.Sudah cukup berat.Kita merasakan berjaulah menaiki kenderaan ke tempat-tempat camping dan kemudian nya bermukhayyam di sana sudah sangat besar dan mencabar.

Tapi,kita lupa… yang ada juga insan yang keluar dari keselesaan mereka dan terjun ke dalam masyarakat yang jauh di pinggir. Dengan niat mencari redha Allah.Membawa mereka yang langsung tak pernah kenal Islam untuk MEMELUK Islam dan Mengamalkannya.

Sedangkan kita cuma pandai bercakap dan mengatakan kitalah yang terbaik.Kitalah wakil kepada institusi tertentu di Malaysia.Kitalah sahaja institusi mutlak membawa kan Islam. Kitalah yang diiktiraf. Kitalah yang paling besar dan semua bernaung dengan kita.Kitalah yang perjuangkan daulah Islam disini.

Tak sedarkah kita, ini bukan milik kita. Dakwah ini bukan milik kita. Kita membawa orang kepada Islam bukan kepada kita. Itu lah yang cikgu saya ajar kan kepada saya ketika saya keliru tentang perbezaan dan macam macam nya gerakan Islam.

abang Ali dan pak cik rumah panjang. banyak saya belajar dari abng ali.katanya,siapapun kita,kena ikhlas dalam beramal.terima kasih syeikh.

Dia  pesan kepada saya lagi ” akhi, kalau anta jumpa yang lagi baik dari ana bawa,nta beritahu ana dan ana yang akan terjun sekali untuk ikut serta” Seperti itu sepatutnya seorang pejuang dakwah!! Bukan menyatakan kepada adik-adik yang baru nak kenal Islam “Ooo,diorang ni dari group lain.Dia ni bukan rasmi.” Siapa yang bagi rasmi. Kamu ni Allah ke nak bagi sesuatu gelaran dakwah itu sebagai rasmi. Allah memberikan dan merasmikan tugas kerasulan kepada rasul-rasul.Jangan kerana anda rasa anda rasmi, maka anda rasa anda semacam dan setaraf para rasul.

 Di program ini walaupun terus terang bagi saya,mungkin ada sedikit kurang nya tetapi ia sebenarnya banyak mendidik. Selagi kita ini seorang Muslim yang ikhlas, tidak kira kita dari mana pun latar belakang,hati kita akan berpadu. Rasa kagum pada abang-abang yang ada terbentuk dengan keterbukaan mereka.Ya,ikhlas..Di sini juga saya ditegur tentang ikhlas.Takut takut selama apa yang kita buat ini tak ikhlas.Pergi jauh-jauh dengan nama berjuang untuk Islam,bersusah payah tetapi bila di depan Allah,puffff,amal kita disepak.Sebab nya tidak ikhlas. Ikhlas ni digambarkan ustaz fazli semacam buang air atau meludah.Lepas kita keluarkannya kita tak tengok dah lagi. Semacam itu juga ikhlas,lepas beramal tidak lagi berkira-kira dengannya.Ya Allah banyak betul saya di tegur. Ya Allah, berapa banyak amal selama ini sia sia.

suasana subuh di uLu Kota.berkabus.tanah tinggi.terasa macam cameron highland.cuma siangnya sahaj tak sesejuk cameron.

sedang mengajar iqra'.tersasul juga mengajar iqra'.buat malu je.huhuhu.budak kecik lagi pandai.

 

Ketika ini juga saya ditegur dan diajar tentang sirr. Saya terlepas cakap sesuatu yang tidak patut saya keluarkan tetapi mungkin suasana di tempat saya tinggal,itu bukan perkara luar biasa,maka tidak lah terasa seperti pelik sangat. Dan dia juga mengajar saya bagaimana untuk menjaga sirr. Ya, dari orang yang bukan saya betul-betul kenal.Siapa kata tarbiyyah itu hanya datang dalam satu bentuk.

Saya juga belajar apa ertinya memegang Islam bagai bara api yang Rasulullah pernah katakan. Anda bayangkan, anda dihalau keluar dari rumah yang anda huni sejak anda lahir. Anda di halang dari mengambil air dari sungai yang anda mandi sejak kecil bahkan ketika itu musim kemarau. Anak anda ke sekolah dan dia diejek dan tudung nya ditarik. Kurang nya guru untuk mengajar tentang Islam kerana anda duduk terpencil. Ada lelaki bukan Muslim ingin mengahwini wanita di kalangan anda, dan anda cuba mempertahankan akidahnya dan cuba untuk mengislamkan pemuda itu[oh,murtad bukan isu  terpencil di sini]. Itulah memegang Islam bagai memegang bara api.

Tidak kah wujud keinsafan???

Kalau anda tetap mengatakan sebilangan kerja orang lain tidak bermakna, sungguh anda tidak layak bergelar rijalul dakwah.

Tidak kah wujud keinsafan???

 

8 thoughts on “Perjalanan Keinsafan : Ziarah Dakwah di Ulu Kota,Pakan, Sarikei

  1. Jazakallahu khairan a’laika ya Tajul Ar Rijal… ana byk belajar tentang bumi…paling ana tak lupa bila kepingan tektonik berlanggar menghasil rupabumi/mukabumi yg seperti kertas kena KEROMOK..cayalah…kesan keromok ni kita dapat lihat dimerata2 tempat..seluruh Swk ni pun adalah kesan perlanggaran itu…

    Allahuakbar! Maha Kuasa Allah swt atas tiap sesuatu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s