Tentang Peperiksaan, Kawan-kawan,Perjuangan dan Masa Depan

Salam.

Saya cuba ambil masa update sikit.hehehe.Sekarang tengah masa kritikal. Lusa paper terakhir saya,harapnya, sebagai student undergraduate Applied Geology.Tak sangka. Rasa macam baru sekejap yang lepas saya jawab Geology 101 atau cuma kenal apa itu sedi,meta dan igneous rock.Cepat betul masa berlalu. Dulu Abang Zahir,Bro,Afiq,Safiq dan Islah adalah senior2 tertua.Sekarang saya pula dan kalau lancar segalanya akan tamat lah hidup saya sebagai student degree geology isnin nanti. Harapnya lulus dengan cemerlang.

Dalam masa beberapa waktu ni banyak cabaran yang datang.Dengan CUTSE,exam dan lain-lain.Tapi semacam saya belajar dari ilmu alam ini, sejenis batu akan sentiasa beubah. Ada rock cycle nya. Ada igneous rock yang akan eroded dan kemudian menjadi semula sedimentary rock. Dalam keadaan P dan T yang tinggi dan dipengaruhi oleh masa, sesuatu mineral akan bertukar jenisnya dan evolve mengikut skema yang dicadangkan dalam Bowen reaction. Coal dan Diamond juga sama. Dua nya adalah Carbon tetapi cuma berbeza faktor yang mengubahnya saja. P,T dan time. Pressure,temperature dan time.

 

Jadi mungkin saya ini sedang diuji dengan P,T dan time itu.Anda juga sama.Kita semua sama. Sama ada kita bertahan atau tidak.Kalau bertahan maka jadilah diamond. kalau masa yang kita ambil,terlalu laidback,tidak tinggi P dan T nya,jadilah coal.. P,T yang tinggi dan dalam tempoh masa yang singkat yang membentuk Diamond. Itu juga kita.Kita ini dilanda Pressure ,Tmeperature dan Time.

 

Nak habis belajar ni rasa rindu tinggalkan kawan-kawan. Saya bukan lah orang yang jenis kisah sangat. Tapi 4 tahun bersama,ada kenangan nya. Tapi macam  mana pun hidup perlu terus maju. Terikat dengan ingatan sahaja kita tak kemana.Persahabatan tak kan luntur dengan jauh nya kita. Cuma suasana sahaja mungkin berubah. Selepas ni sudah masuk alam kerja dan barangkali berumah tangga. Bukan bujang dan muda-muda yang suka ria.

Kawan yang kita kenal,simpan kan persahabatan itu..Dan kelak nanti akan berjumpa lingkungan yang lain dan bertambah lagi kawan kawan yang ada. Berkawan seramai mungkin.Berkenal seramai mungkin. Tetapi bijak lah memilih sahabat. Seorang sahaja sahabat yang sejati lebih baik dari 1000 orang kawan yang lain.Sahabat yang kita boleh percaya dan dia percaya pada kita.Yang akan terima kita dalam kurang atau lebih.Yang ada chemistry.Yang sama beriman [saya ini agak memilih dalam bersahabat.Siapa tidak].Alhamdulillah,sepanjang hidup ini dapat berkenal dengan sahabat seperti itu.Alhamdulillah.

Saya mengenal tarbiyyah di sini.Di miri ini.Kelakar betul.Tempat yang saya stereotypekan sebagai tempat yang tak saya sangka untuk bertemu dengan nya.Dahulu saya dapat tawaran ke UIA.Tetapi tarbiyah yang saya jumpa ini di Miri.Sejak itu pengalaman dilalui dengan pelbagai. Menilai dan menghadapi manusia.

Saya bukan lah manusia suci. Banyak saya silap. Banyak yang masih kurang.Saya akui. Alhamdulillah,sekurang nya tarbiyyah mengawal saya dari menjadi orang yang mngikut keburukan. Alhamdulillah. Saya cuma berharap, penerusan akan berlaku dan mereka yang akan meneruskan ini mampu membetulkan silap saya yang lepas dan mampu pergi lebih jauh.Takutnya saya ini menjadi da’i yang gagal. Saya takut menjadi manusia yang dimurka Allah dalam surah as-saff itu . Kerna banyak nya dosa dan silap. Dan harap nya kegiatan Islam menjadi subur untuk membawa ummat kembali kepada Allah.

Memang banyak cabaran sepanjang bergiat di sini. Banyak pahit manisnya. Tetapi manisnya itu sudah cukup unutk menghilangkan rasa pahitnya pengalaman lalu pahitnya itu menjadi nikmat yang tak tergambarkan. Cuma saya doakan,mereka akan terus laju dan maju..dan bijak dalam percaturan dan menjalankan dengan harmoni. Jika kita tidak bijak dalam melihat situasi takut kita juga membuat tindakan buruk yang sama .Takut nya kita niat membuat pahala,tapi jadi nya dosa. Dosa yang berkait dan mengalir. Bukan pahala yang mengalir.

Kerana apa? Mungkin kita merosakkan ukhwah,kemudiannya terkeluar kata-kata yang tidak elok,lalu hati pula rasa tidak senang..Lantas kawan-kawan yang mahu kita dekati hati mereka dan bersama menyiram iman di dalam jiwa,mereka ini membuat persepsi dan mengecop kita ini semua sama. Jangan nanti kita ini mengajak orang kepada kita bukan kepada Islam.

Sekarang ini sambil study,duduk juga memikir kan masa depan. Ya, saya sedang dalam mencari perkerjaan. Saya pelajar Geologi.Dalam tajaan Petronas.Tetapi barangkali mungkin tidak ke situ. Saya lebih gemar dalam bahagian exploration.Tapi,saya juga suka data interpretation. Banyak masa di darat dan lagi banyak kerja boleh dibuat.Ada mencari cari juga kekosongan tetapi full initiation akan saya buat selepas saya habis exam. Harapnya dapat perkerjaan sebelum Januari/Februari tahun depan. Lagi cepat lagi bagus.

Doakan saya untuk exam ini dan masa depan saya ye..

Wallahualam.

Ini Sweet Sangat..

 

Sweet and comel betui budak tu..Tapi lirik nya yang saya suka..Maybe sebab dah lama tak balik rumah dan rindu dekat family.. Tak lama lagi.. 15 haribulan flight saya yang barangkali terakhir sebagai seorang student dari Miri pulang ke semenanjung.

Nak jumpa Abah dan Mama. Nak jumpa Intan dan Angah. Nak jumpa Bino, Kik dan Lala[kucing-kucing dekat rumah yang takut dekat saya].

Nak jumpa Pakcik dan nak jumpa ikhwah-ikhwah yang dah lama tak jumpa..

Rindu dekat semua!!!

 

Tapi saya masih ada lagi sikit yang saya kena habiskan.Final exam insyaAllah :

 

Isnin 24/10/11 : Formation Evaluation

Rabu 26/10/11 : Environmental Geoscience

Isnin 31/10/11 : Tectonic

Dan kemudian sikit keja2 lain yang tak siap lagi.

1.AAPG.Nak left behind something good for junior.

2.Projek TubeWell kampung Ulu Kota,Sarikei.kalau saya tak dapat berada sampai bahagian production air,atleast dapat tinggalkan basis untuk orang lain mulakan nanti.

3.Resistivity machine.Tak siap lagi ni.For Geo Department.Something yang dapat saya tinggalkan untuk junior

4.Niah trip once more.Kena bincang dengan Dr Dominique dulu.

Boleh tahan banyak juga.

Doakan saya ye!!!

Lelaki Paling Macho!!

Kenapa Muhammad,Rasulullah SAW adalah lelaki paling macho di dunia?? Jom kita tengok sirah pasal Rasul kita..macho sungguh beliau..Rasa diri sendiri makin kecik dan kurang macho berbanding Rasulullah.Jom kita lihat 10 sebab Rasullullah ni paling macho [ada banyak lagi sebab,tapi tak larat nak tulis.]

Tough dan terhormat

1.Rasulullah ni kuat. Rasulullah menang dalam bergusti dan pandai berkuda dan memanah.

Chuck Norris pun kalah. Arnold Susahnakeja pun kalah. Kira tough Nabi kita ni. Bukan setakat tough tapi dihormati sebab sangat amanh. Bayangkan lah dalam masyarakat yang majoritinya jahat, ada seorang yang baik.Pasti dia direspect.Keturunan pun baik baik.. Macam white knight in the shining armour.Waktu berperang pun sama. Rasulullah bukan suruh orang Mukmin pergi berperang tapi dia duk kat umah.Tak!! Rasulullah orang yang depan yang pergi berperang. Dia yang jadi commander. Kira kita ni setakat  main Red Alert ke,Conuter Strike ke,Dota ke,menang sikit dah rasa macho.Ni Rasulullah perang betul ni.Patah gigi.terluka sana sini.Sahabat dan saudara nya terbunuh.Bayangkan berani dan tough nya Rasul..Kalau saya perempuan,saya pun cair tengok kemachoan Rasulullah.

Kuda

2.Kuda nabi adalah kuda yang kulitnya kemerahan..Baka kuda yang terkenal dengan laju nya.Orang arab kan pakar bab kuda ni. Kalau nak bayangkan sekarang, kuda Rasul ni macam Ferrari laa..Kita kalau tengok ferrari pun jadi cair and nak bawa kereta laju-laju ni, orang nya kena pandai memandu.Baru boleh bawa ferrari laju-laju. Bayangkan lah kuda paling laju. Lagi skillful nabi Muhammad.

Hikmah dan Soleh

3. Kuat dan hebat nya Nabi, baginda pun pemuda yang bijak.Kita semua tahu. Kisah Hajar Al Aswad yang hendak di letakkan balik di tempat asal.Kalau kita, mungkin kita ambil keputusan untuk letak sendiri tapi Rasul bagi fair and square.Semua merasa untuk meletakkan Hajr Al Aswad.

Kalau soleh tu tak payah cakap.Baginda seorang ahli ibadah yang paling hebat dan ngancam..Waktu Rasul dengan Aisyah, Rasul intak untuk masa bersendiri dan Rasul solat.Aisyah tanya, kenapa macam tu sampai bengkak kaki untuk solat, Rasul jawab, ” salah kah aku menjadi hamba yang bersyukur..” Orang yang solat itu sexy ok. Salah kalau orang yang buka aurat ni sexy.Salah..orang yang solat ni lagi sexy.Lagi attractive..Sebab tarikan dan cantiknya dia bukan sebab dia itu sendiri sebagai manusia tapi sebenarnya dari Allah.Allah yang Maha Cantik

Pakar Strategi

4.Kalau kita tengok movie Lod of the Ring,kita macam kagum tengok Lord Aragorn waktu dia lawan Saruman dan Sauron.Kita kagum tengok Lord Ebelin dalam cerita Kingdom of Heaven. Power kot. Strategi dia. Tapi Rasulullah lagi power. LOTR mengarut je.bukan kisah betul. Bayangkan Rasul berdepan dengan 1000 orang pejuang kafir yang lengkap senjata sedangkan 313 orang Mukmin je dan masih lemah pula waktu tu. Rasulullah bukan setakat pandai strategi perang,bahkan menang setiap perang tapi juga strategi Rasul diikut oleh sahabat-sahabat selepas Rasul.

Ciri basic yang Rasul nak bagi tentera dia ,kena jadi macho macam Rasul juga..maksudnya kena jadi orang beriman.

Kalau kita tengok strategi Rasulullah hijrah pun kita boleh akui, betapa macho dan hebat nya Rasulullah.

Romantic

5.Yang ni yang kita kena belajar. Romantic nye Rasul dengan isteri-isteri dia. Sayang nya Rasul dengan Khadijah sampai Aisyah pun cemburu. Bayangkan sayang nya Rasul pada Khadijah. Rasul bergurau dengan isterinya. Minum air dari cawan yang sama dan dari tempat bekas minum yang sama. Berkejar-kejar dengan isteri dia. Kalau kita yang dah kawin pun maybe segan nak buat, tapi Rasul romantic.Rasul tak pernah naik tangan dekat isteri baginda. Tak pernah meninggi suara.Rasulullah tolong isterinya dengan kerja rumah..Kalau kita lah lelaki,segan nak tolong bini dekat dapur.. Tak macho..Tapi Rasul jadi macho sebab bantu kerja rumah isteri nya.. Kan kalau kita tengok chef-chef,kan macho kan..Tu baru orang yang reti masak. Rasulullah bukan setakat reti masak.Rasul pandai jahit sendiri baju dia.

Macho dalam meminang dan dipinang.

6.Rasulullah, waktu dipinang oleh Khadijah, cool aja. Kalau kita orang Melayu ,adat kita ajar,tak manis perigi mencari timba.Tapi khadijah tunjukkan yang perigi mencari timba ni tak salah pun.Rasulullah cool je accept the proposal. Waktu Rasulullah mengahwini isteri-isteri nya yang lain pun setelah Khadijah meninggal. Dan Aisyah seorang je yang perawan.Yang lain adalah janda kerana Rasulullah nak bela nasib wanita dan juga untuk tujuan Islam. Sebab waktu zaman jahiliah ,kedudukan wanita rendah, tapi Rasulullah memuliakan. Dan sampai lepas wafat nya Rasul, isteri-isteri Rasulullah ini yang jadi tempat rujuk sahabat untuk bertanya pelbagai masalah.

Penyabar dan penyayang.

7.Banyak giler siksaan,cobaan dan dugaan yang Rasul alami.Nak list satu-satu,air mata pun tak cukup untuk gambarkan. Bayangkan lah,kena baling dengan batu di Thaif pun Rasullullah steady je mendoakan supaya keturunan di Thaif dapat hidayah sedangkan Malaikat Jibril dah offer untuk terbalikkan gunung ke atas kota taif. Kalau kita bukan setakat gunung.Kalau boleh,sebab sakit hatinya ,kita nak semua hancur.Tapi bukan Rasul. Rasul mendoakan lagi.Supaya dibagi hidayah. Bayangkan Khabbab yang diseksa sampai dengan besi panas sampai besi panas yang merah tu jadi sejuk lepas membakar kulit dan lemak dan daging di badan khabbab, dan khabbab minta Rasul doakan supaya kafir ini dibinasa, Rasulullah jawab apa ” Dahulu ada yang digergaji badannya, dan disikat belakang badannya sampai tercabut kulit dan daging dari tulangnya,tetapi mereka tetap bersabar.” .Tu jawab Rasul dekat Khabbab..Pergh!!!

Bayangkan penyabar dan penyayngnya Rasul.

Family Man dan Ayah yang baik

8. Rasulullah ni punya sayang dengan cucu nya Hassan dan Hussein. 2 orang pemuda yang digelar pemuda syurga. Rasul layan isteri-isteri  nya dengan baik.Bayangkan waktu  sahabat-sahabat besar hendak meminang Fatimah,putrinya, Rasulullah menerima pinangan Ali..Mungkin sebab Rasulullah nak ajarkan cinta berlandaskan iman oleh dua orang yang muda dan belia akan menghasilkan sinergi dan impak yang besar kepada ummat. Tengok,dengan pernikahan Fatimah dan Ali, ajarkan kita hidup orang muda yang berumah tangga dan melahirkan anak-anak yang hebat seperti Hassan dan Hussein.

Bukan sebab Umar dan Abu Bakar tak cukup bagus untuk fatimah.Tak.Tapi mungkin Rasul pilih Ali adalah untuk kita orang yang muda hari ini untuk ambil pengajaran dan ibrah untuk menjadi sejantan Ali.Menjadi sepemberani Ali. Yang tak takut dan tak berasa kecil diri dalam melaksanakan ibadah.

Dan barangkali untuk ajarkan kita yang 2 orang muda yang bercinta atas landasan Iman dan jalan yang benar akan hasilkan potensi dan impak yang besar.Sebab dua-dua masih kuat dan masih semangat!! Macam mana Ali jadi macam tu,sebab beliau dididik oelh lelaki paling macho di dunia , Rasulullah SAW.

Ali bertanya pada Rasulullah,bukan pada Fatimah.. Tu baru macho..Sekarang ni kita ramai pengecut, tanya pada gadis tu sendiri dan tak tanya pada walinya..Cuba try jumpa direct dekat ayah perempuan yang kita suka..Ketar lutut ke tak..Tengok macam mana Ali,macho!! Sebab Rasullah yang mendidik Ali menjadi macho disamping karakter Ali yang sedia pemberani.

9.Sahabat yang baik.

Rasulullah ni dengan sahabat , dia layan unik tiap orang. Waktu dia menasihat  Abu Zar, dia cerita dengan baik. Waktu Rasul berjumpa dengan Usman berbeza cara Rasul berjumpa dengan  Abu Bakar dan Umar sebab Rasul tahu yang Usman ni pemalu orang nya. Rasul raikan tiap orang tu berbeza ikut fitrah nya.Kalau kita,mesti kita cakap kat kawan kita ” relaxlah,ape la kau malu sangat..tak pun,apasala kau ni cengil sangat.” Tak, Rasul tak macam tu. Rasul bawak potensi yang ada pada sahabat. Kita tengok Umar.Ketua segala orang yang panas hati kota.

Waktu dia kafir, dia lah paling samseng. Waktu dia Islam, dia pun paling samseng sampai dia bercakap waktu nak hijrah dia kata ” Hari ini Al Khattab akan berhijrah.Kalau siapa nak isterinya menjadi janda,anaknya menjadi yatim dan ibunya berkabung berterusan,maka halanglah aku!!” .Macho tak macho Umar!! Kemachoan Umar sebab Umar dididik oleh Rasulullah.Rasulullah tak suruh  Umar jadi pendiam.Tak.Umar tetap ganas, tapi ganas nya terarah. Dia bahkan jadi lemah lembut kepada orang yang beriman dan menjadi keras dan tegas kepada orang yang mensyirikkan Allah dan memerangi ISLAM. Kita kalau ada sahabat sehebat Rasulullah,rasa nya nikmat dah terasa penuh dalam hati.Baru bersahabat.Tapi Rasulullah melayan sahabat dengan cara paling mulia.

10.Gentleman.

Bayangkan lah kalau kita tolong angkat barang berat untuk seoranmakcik..and then sepanjang jalan mak cik tu dok kutuk kutuk kita..Tapi kita relax je..Tak gentleman ka??  Itulah Rasullullah.Gentlemannya Nabi.Even dengan yahudi buta yang dok buang najis dan sampah depan rumah Rasul pun Rasul suapkan makan dan belai dan jaga dia..

Sampai Rasul wafat baru yahudi buta tu tahu yang tu Rasulullah..Tak gentleman ke tu?? Waktu perang, Rasulullah tak bagi racun sumber air dan musnahkan pokok.Tak bagi runtuhkan rumah ibadat. Even waktu perang dan memerangi orang yang menyeksa orang Islam pun Rasulullah gentleman. Waktu Rasulullah menang, ada yang dihukum bunuh sebab pasti akan bawa mudarat yang besar, tapi ramai yang dibiarkan hidup dan diampunkan dan dibebaskan. Ni orang yang menyeksa ummat Islam ni..Rasulullah bagi ampun dan lepass dan cuma dibagi hukuman denda yang kecil..Tengok, betapa gentlemannya Rasulullah.. High courtesy..Hebat betul Rasul kita ni.Kalau ada orang yang cakap Rasul ni kuno dan tak civilize, tipu lah..Zaman tu memang zaman lama tapi Rasul lagi gentleman berbanding perkataan gentleman tu sendiri dan orang-orang yang kata mereka ni gentleman.. Sebab peribadi Rasulullah ni yang civilize.Yang gentelman..

Penutup.

Ni cuma 10 je..Sebenarnya nak tulis banyak lagi.. Bayangkan lah depan kita ada lelaki, yang baik perkerti dia..Gentleman.Macho, Baik dengan kawan kawan,baik budi pekerti, tough,hensem, skillful,berani,pandai dalam strategi,romantic pulak tu,berhikmah,bijak…Semua nya perfect..Kalau kita pun boleh jadi cair..Kalau kita yang lelaki pun nak jadi macam lelaki tu..Tapi kita tak sedar,sebenarnya lelaki tu wujud.

Dan nama nya Muhammad Bin Abdullah,Rasullullah SAW : The Perfect Gentleman.

http://www.cetusanminda.wordpress.com

Cool kan Nabi kita..Jom ikut macam Rasulullah..

The last 100m to finish line part 1 (2007-2008)

Salam. bagi kamu dan kamu yang tahu,rasa nya faham lah apa yang akan saya tuliskan disini.

Semalam kelas environmental geology. Dan merupakan kelas terakhir sem ni dan kelas terakhir bagi pengajian saya. Harapnya lah..Harapnya akan berjaya dalam exam terakhir nanti.Tak nak sangkut sangkut.

Saya datang ke sini kurang lebih 4 tahun dahulu. Tahun 2006 saya tamat SPM dan saya kesini dalam bulan 7 2007.

2007-2008

Saya masih budak lagi.Baru nak mengenal tempat yang jauh. Saya tak lah gembira sangat nak belajar geologi. Apa benda la study batu kan.Scholar waktu tu pun kecik.RM300 je. Tapi waktu ni masih foundation..Jadi lebih kepada math dan science dan subject2 SPM. Disini mula bersahabat.Berkenal dan berkawan. Disini saya belajar banyak benda dari senior. Big Bro,Abang Zahir, dan lain-lain.Waaktu ni saya bukan lelaki yang saya sekarang ni.

diroang da grad

ni pun ramai da grad

cis gathering.main layang-layang.kami sikit wktu ni,hubungan jadi lagi rapat kot

the CIS family 2007.ramai dalam pic ni x da..tinggal kami je..dulu paling muda.sekarang paling tua.

Masih lagi banyak jahiliah dalam diri.Dan waktu ni saya masih lagi bercouple. Biasalah,zaman budak budak kan.Nak rasa ada girlfriends dan macam macam lagi.Nak buat semua benda.Sikap saya tak lah semacam budak sekolah tak matang tetapi dah jadi macam orang besar yang gila dan agak bengong.Mama and Abah saya ajar agama dengan baik.Secara sikap saya boleh juga dikategori baik tapi tak semua lengkap.Sebab saya agak kuat berpegang dengan pendapat saya disebabkan banyaknya saya membaca, maka ada idealisme saya yang sangat sangat lari.

Jadi ini lah Miri.Tapi tempat yang saya menyampah waktu awal awal ni lah tempat saya bertemu manusia-manusia  yang mengubah hidup saya. Yup, saya clash dengan girlfriend saya pada ketika ini. Tapi waktu tu, terus carik girlfriend baru.Terus pasang lain.Rebound aja.Just nak isi hati oang kata.Bukan susah pun.Bodoh betul saya ni.Tapi saya rasa itu lah peristiwa yang buat saya sangat bersyukur.peristiwa yang paling saya bersyukur Allah takdirkan untuk saya.Kalau tak,mungkin jauh lagi banyak dosa dan lagi jauh hanyut.

Dan ketika itu juga lah saya bertemu peristiwa paling hebat dalam hidup. Saya bertemu erti tarbiyyah.Tarbiyyah??What the fish tarbiyyah ni.. Dari sekolah dulu saya memang anti dengan gerakan-gerakan semacam ni sebab kebanyakannya tak kena dengan saya. Mungkin kerana saya sendiri atau kerana orang yang membawakannya. Jadi kalau kawan -kawan di MRSM dulu berusrah yang senyap-senyap tu,dapat dekat saya memang kena provoke and tanya banyak soalan yang nak menjatuhkan .

Tambah kemahiran pandai bercakap ni,buat saya selalu menang. Mungkin idea untuk mendirikan khilafah waktu itu,tak boleh saya terima sepenuhnya. Tetapi mungkin kerana sikap pembawanya juga saya tak boleh terima. Tapi walau macam tu saya bukan seorang yang jahil dari ilmu. Tapi tu lah, ilmu ini tak sama dengan keimanan. Ilmu yang saya ada waktu itu tak mampu nak buka hati saya daripada lebih memahami Islam yang bahawasanya Islam ini lebih dari solat,puasa dan ibadah yang lain. Bagi saya ketika itu,Islam tidak boleh masuk dalam pemerintahan secara sepenuhnya.

tgh gile amik gmbr..poyo2 je wktu ni.sbb paling awl ade laptop..ahaha.with daus n nizuan

 

with Samir.waktu ni ramai student melayu x da.blum balik.dan kami smpai awal.abng zahir pesan pada samir untuk tengok kan kami

Jadi waktu di Curtin, keadaan itu saya terbawa-bawa juga.Abang Zahir mengajak saya untuk usrah banyak kali dan saya lah orang yang sangat degil untuk datang. Saya sayang beliau sebagai seorang abang tapi ketika itu, tak kan sekali-kali saya nak ikut jadi budak-budak usrah.Sedangkan kawan kawan yang lain satu batch saya semuanya ikut usrah. Saya dan roommate saya je tak ikut.

Sampailah satu waktu, seorang kawan saya,Miqdad namanya, ajak saya ke Kuching.Saya waktu tu tak berapa suka dia sangat.Tapi waktu tu dia ajak untuk ke program.Ok lah,saya ingat ceramah saja. Jadi saya fikir berbaloi jugak.Sebab nanti boleh skip ceramah dan sneak out dan jalan jalan ke bandar kuching.Lagipun tempat tinggal dah free.Cuma bayar tiket bas. Saya memang suka travel yg agk rough sket..

12 jam bro,dalam bas.Semua bahagian badan jadi kejang.Dan di situ lah saya bertemu tarbiyyah.Mula bertemu dengan 2 orang sahabat. Dari Unimas.Abang Muna’im dan Abang Azreen. Waktu tu rasa biasa saja. Tapi bila sampai di Kuching, maka disitulah segalanya bermula.

3 hari dengan pengisian. 3 hari yang bermakna.Malu juga waktu malam mereka qiam saya tak larat nak bangun. Yang tak tahan tu ada sekali saya ajak diorang tengok movie dalam laptop.Dan disitu kenal seorang yang juga bawa impak kepada saya. Kagum dengan beliau.Seorang doktor tetapi mengorbankan diri nya untuk Islam. Makan sepanjang 3 hari itu mudah saja. Nasi,kicap,telur..Kongsi satu talam 4 orang. Kalau tidak pun maggi berkongsi juga. Dan bila habis program , sebak itu terasa.

dengan Seqam.waktu curtin open day.first open day bg saya kot.

Mungkin bagi mereka yang dah biasa tak ada apa sangat. Tapi bagi saya, saya pelik tengok apa yang jadi. Jadi,ketika pulang selama dalam bas saya berfikir dan berfikir..Apa sebenarnya saya buat dengan hidup ni. Saya memang benar ada sedikit pengetahuan agama.Saya suka membaca. Dan suka belajar. Saya hafal beberapa kerat hadis dan ayat Quran. Tapi ilmu yang saya ada macam tak bermakna.

Dan sejak itu ,balik nya, maka cuba saya usaha untuk ubah diri saya.Banyak yang cuba saya tinggalkan. Siapa kata senang. Tak senang.Susah.

Mujahadatun nafs ini susah. Kita kena ada sahabat yang menegur dan menyokong dan menasihat. Saya bersyukur juga ada kawan seperti tu. Ya betul ada yang memperli dan macam macam lagi.Saya bukan jenis ambil kisah. Tapi bila ada sahabat yang beri kata kata semangat dan membimbing, maka susah nya untuk berubah itu terasa semacam disokong.Terasa lebih mudah.

facies kem efact smk merbau.1st kem saya join.tgh amik gmbr pn brckp.wktu tu,call tu la 'penting' dlm hidup.

Dan waktu ni mula berjinak dengan usrah.Dengan halaqah. Tapi, ya, bermacam macam halaqah yang diikut. Cuma tak sedar beza nya sahaja. Budak lagi. Dan saya memuji murabbi-murabbi saya ketika itu yang tak memeningkan kepala saya dengan beza nya jalan ni. Saya cuma nak tahu dan dekat lebih belajar dengan Islam. Itu sahaja.

Di miri ini juga saya kenal apa itu maksudnya memegang Islam bagai bara api. Apa itu izzah nya Islam. Di sini setiap berapa ratus meter berjalan ada sahaja gereja. Orang Islam dan bukan Islam di kampus saya lebih kurang sama sahaja . Cuma boleh dibezakan ketika solat raya sahaja lah kot.

Maka sikit nya kita, rasa untuk bertanggungjawab itu wujud. Rasa untuk berkhidmat itu wujud.Jadi disitu saya mula bergiat dengan CIS,dengan efact dan lain-lain.

Ya, ini,tahun-tahun foundation saya.Umur masih budak.Masih baru nak mengenal dunia. Saya banyak belajar dari senior-senior ketika ini.Banyak memerhati dan melihat tingkah laku manusia. Disini, miri ini saya melihat pelbagai jenis manusia boleh berubah. Ada yang hidup lalu nya teruk tapi di sinilah dia menerima hidayah. Ada yang awal nya bagus tetapi kemudiannya hanyut.Macam -macam. Kami ini sedikit di sini ,jadi lebih mudah untuk ambil tahu orang lain..Itu dahulu waktu foundation.Senior-senior dan kawan-kawan adalah keluarga.Ambil berat hal maing-masing..Sekarang dah berbeza.

Wallahualam..

[Nanti saya akan masuk pada tahun 2009 dan setersunya..Tahun saya bertemu insan hebat yang mengubah saya dan membentuk saya.Dan pengalaman lain yang pelbagai]

Mari Mengenal Cinta Ini.

Salam

Subhanalah..Dakwah yang dibawa oleh pejuang pejuang yang ikhlas telah banyak membisikkan keindahan pada hati ramai dari kita.Budi yang indah,kata-kata dan perilaku yang cantik dan peribadi santun menarik hati kita untuk terus dekat.Lalu dengan dekat nya hati ini,kita disiram dengan kefahaman fikrah, diteguhkan akidah,ditempa akhlak,dicantikkan ibadah…Lantas ukhwah itu bersemi.. Dan kita semua berjalan dalam sebuah jalan.Jalan yang memadukan cinta ,rasa dan segenap hati bersama akal dan jasad. Inilah jalan cinta yang kita berjanji untuk kekal di dalam nya.Unutuk kita pertahankannya. Dan kita meyakini jalan ini.

Teruslah membajai cinta ini.Dan mengenalinya. Lalu apa itu ciri cinta ini.Cinta yang kita mahu embawa mereka yang kita cintai untuk bertemu Sang Pencinta Agung!!

Kita bersaksi untuk duduk sama sama membajai fikrah dan kefahaman dalam satu perkumpulan dan perjumpaan. Kadang kadang kita resah dalam meyakini.Benarkah ini jalannya.

Percayalah, jalan ini adalah jalan yang tidak menjanjikan karpet merah dan taburan bbunga ros untuk kamu. Jika ia nya mudah maka yakini lah , itu bukanlah jalan yang benar.

Sudah fitrah manusia yang dicipta punyai pandangan berbeda.Ah,kamu barangkali suka kan warna merah dan aku barangkali suka sahaja warna hitam. Kamu barangkali mencintai dan mendamba sahabat seperti dia dan dia tetapi mungkin aku menginginkan kamu. Kita ini sering berbeda.Dan itu cantiknya kita sebagai manusia. Kita punya pilihan untuk kita pilih. Dan barangkali ada Allah rancangkan untuk kita dalam Dia memberikan kita pelbagai jalan untuk menyantunkan rasa kita kepada Nya.

Ku teringat 2 tahun lalu ketika baru mencampakkan diri dalam jalan ini..Dan aku diuji dengan pilihan.Ya,pilihan.Pilihan yang menentukan di mana kau hari ini dan esok. Dan aku terpaksa memilih. Ya,memilih.Antara jalan juang mana yang ku inginkan.Aku telah cuba menapak dan melangkahkan kaki dalam jalan yang pelbagai.Cuba mereguk nikmat berjuang. Bersama bergelar saudara. Dan waktu itu aku terpaksa memilih. Lalu aku dinasihatkan : ” Ya akhi, jalan ini panjang dan anta adalah manusia yanguntuk memilih.Lalu pilhlah yang paling dekat dengan apa yang Rasul bawakan..”

Memilih dengan paling dekat apa yang Rasul bawakan!! Itu sahaja katanya.Perlu memilih.Dan pilihlah dekat dengan Rasul.Kata yang ringan tetapi berat untuk ku.

Bermacam nasihat ku dapatkan.Bermacam cerita ku dengarkan dan aku membuat pilihan.Pilihan yang aku yakini dan aku bersama dengannya.

Atas dasar apa aku memilih jalan ini?

Atas ciri apa aku memilih jalan ini?

Ketahuilah wahai saudaraku, jika dalam jalan mana pun anda berada, anda punya hak untuk memilih.Kerna pertamanya, jalan anda adalah sekian banyaknya jalan-jalan yang tercipta di kalangan ummat[jamaatul minal muslimin].Bukan jalan ummat yang utama[jamiatul muslimin].

Yakinilah jika ianya dekat dengan Rasul maka ikutilah ia.

Maka apa ciri nya???

Jika jalan yang anda pilih wahai sahabatku ,adalah jalan yang embina faham mu terhadap akidah mu, terhadap Tuhan mu,terhadap kalimah syahadah mu, terhadap Rasul mu dan tugas mereka..

Jika jalan itu mengajar untuk mencintai Allah dan Rasul dari segalanya.

Jika jalan itu mengajak kamu kepada Islam dan isinya, bukan kepada kumpulan kumpulan dan nama serta bendera bendera nya.

Jika jalan itu mengajak anda bersikap dengan terhormat kepada mereka yang berhasad.

Jika jalan itu memberi anda faham dengan jelas apa itu Islam secara syumul.

Jika jalan itu tidak  merubah siapa anda tetapi memperbaiki diri anda dan meningkat kan potensi anda.

Jika jalan itu mengajak anda beriman dan ummat beriman bersama sama dan memberi tumpu pada kerja membina diri dan ummat berbanding menyerkup dan mengumpul-ngumpulkan nama dan nombor sahaja.

Jika jalan itu ,ummat di dalam nya menasihati anda ” Ya Akhi, anta apa pun bawa Islam.Kita bawa Islam.Bukan ajak orng kepada kita tetapi kepada Islam”

Jika jalan itu mengikut manhaj nya Rasul dari membina peribadi Muslim,lalu terbina nya keluarga Muslim,dan ummat pun terbentuk..Lantas pengislahan kepada negara dan pemimpin terjadi..dan mereka cuba menegakkan daulah Islam dan menjadikan Islam ini tempat rujuk..

Jika jalan ini bersikap baik terhadap mereka yang sama sama berjuang walau lain jalan nya.

Jika jalan ini membentuk para dai yang ikhlas

Jika jalan ini mengaja anda apa itu minhajul hayah.

Jika jalan ini mengajar anda tentang bagaimana mahu menjadi muslim dan kemudiannya baru menceritakan anda apa itu amal jama’i

Jika jalan ini ukhwah nya benar benar anda rasai.

Maka ini lah jalan mulia Nabi…

Lalu tanyakan lah dan bersidanglah di mahkamah hati kamu wahai sahabatku…adakah ini jalan yang anda sedang tapaki. benarkah usaha anda adalah usaha yang kuat dan terpandang? Atau usaha kamu wahai sahabatku, ku takuti cuma gah di mata..Ah,siapa aku untuk menilai.

Tetapi sedarlah wahai saudaraku, mari lah kita membentuk ummat ini sesuai dengan acuan Rasul dan manhaj baginda. Bukan mereguk apa yang kita suak dan meninggalkan apa yang terasa berat untuk kita.

Ketahuilah wahai sahabatku,membentuk manusia itu telah mafhum kita ketahui adalah lebih sukar dari membina sebuah kota.Maka jika kamu merasakan ianya mudah, selidikilah wahai saudaraku terhadap jalan mu itu.

Selidikilah wahai saudaraku, bagaimana Rasul tercinta membina jalan ini. Jalan yang diwahyukan oleh Tuhan mu.. Maka bersidanglah kamu di mahkamah hati..

Dan pilih seikut mahu mu..Dengan berpandu firman Tuhan mu serta panduan Rasul mu..

Kerna aku ingin ikut mengenal kamu dn mencintai mu dalam bersama kita dalam CINTA ini.

Marilah bercinta bersama ku wahai sahabatku.

Karena Rasul Menciummu

 

Karena Rasul Menciummu

Jadikan cintaku padaMu ya Allah

Berhenti di Titik ketaatan

Meloncati rasa suka dan tak suka

 

Karena aku tahu, mentaati-Mu dalam hal yang tak kusukai

Adalah kepayahan, perjuangan, dan gemilang pahala

Karena seringkali ketidaksukaanku, hanyalah bagian dari ketidaktahuanku

Saat langit Makkah menyilaukan dan tapak-tapak kaki harus berjingkat di pasir panas, lelaki tinggi besar itu menyempurnakan thawafnya. Beberapa hari lalu ia berangkat dari Madinah. Dan disinilah, di dekat Ka’bah, dulu ia berangkat berhijrah disaksikan beberapa mata yang takut-takut takjub, memandangnya dengan menyimpan hasrat benci namun tak berdaya. Pada mereka ia berkata. “Saksikan oleh kalian bahwa putera Khaththab akan berhijrah! Barangsiapa yang ingin anaknya yatim, istrinya menjadi janda, dan ibunya meratap-ratap, silakan ia cegat aku di balik gunung Abu Qubais!”

Hari ini, mengenang kebodohannya di masa jahiliah sekaligus menegaskan kemurnian tauhidnya ia berkata kepada Hajar Al Aswad, batu hitam di pojok Ka’bah itu. “Sesungguhnya engkau hanyalah sebuah batu” serunya, “Yang tak akan pernah bisa memberi manfaat ataupun bahaya. Demi Allah, seandainya aku tak pernah melihat Rasulullah menciummu, aku takkan pernah sekalipun sudi menciummu!”

‘Umar benar. Di jalan cinta para pejuang, biarkan cinta berhenti di titik ketaatan. Meloncati rasa suka dan tak suka. Melampaui batas cinta dan benci. Karena hikmah sejati tak selalu terungkap di awal pagi. Karena seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat. Maka taat adalah prioritas yang kadang membuat perasaan terkibas-kibas. Seperti para mujahid sejati ketika menghayati ayat ini:

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” Q.s. Al Baqarah (2):216

 

 

Ketika Taat, Dia tak Merisaukan Apapun

Julaibib, begitu dia biasa dipanggil. Kata ini sendiri mungkin sudah menunjukkan ciri fisiknya: kerdil. Julaibib. Nama yang tak biasa dan tak lengkap. Nama ini, tentu bukan  ia sendiri yang menghendaki. Tidak pula orangtuanya. Julaibib hadir ke dunia tanpa mengetahui siapa ayah dan yang mana bundanya. Demikian pula orang-orang, semua tak tahu, atau tak mau tahu tentang nasab Julaibib. Tak dikenal pula, termasuk suku apakah dia. Celakanya, bagi masyarakat Yasrib, tak bernasab dan tak bersuku adalah cacat sosial yang tak terampunkan.

Julaibib yang tersisih. Tampilan fisik dan kesehariannya juga menggenapkan sulitnya manusia berdekat-dekat dengannya. Wajahnya yang jelek terkesan sangat. Pendek. Bungkuk. Hitam. Fakir. Kainnya usang. Pakaiannya lusuh. Kakinya pecah-pecah tak beralas. Tak ada rumah untuk berteduh. Tidur sembarangan berbantalkan tangan, berkasurkan pasir dan kerikil. Tak ada perabotan. Minum hanya dari kolam umum yang diciduk dengan tangkupan telapak. Abu Barzah, seorang pemimpin Bani Aslam, sampai-sampai berkata tentang Julaibib “Jangan pernah biarkan Julaibib masuk di antara kalian! Demi Allah jika dia berani begitu, aku akan melakukan hal yang paling mengerikan padanya!”

Demikianlah Julaibib.

Namun jika Allah berkehendak menurunkan rahmatNya, tak satu makhluq pun bisa menghalangi. Julaibib menerima hidayah. dan dia selalu berada di shaff terdepan dalam shalat maupun jihad. Meski hampir semua orang tetap memperlakukannya seolah ia tiada, tidak begitu dengan Sang Rasul, Sang rahmat bagi semesta alam. Julaibib yang tinggal di shiffah Masjid Nabawi, suatu hari ditegur oleh Sang Nabi, Shallallaahu ‘Alaihi wa Sallam. “Julaibib” begitu lembut beliau memanggil, “Tidakkah engkau menikah?”

” Siapakah orangnya ya Rasulallah” kata Julaibib, ” Yang mau menikahkan putrinya dengan diriku?”

Julaibib menjawab dengan tetap tersenyum. Tak ada kesan menyesali diri atau menyalahkan takdir Allah pada kata-kata maupun air mukanya. Rasulullah juga tersenyum. Mungkin memang tak ada orangtua yang berkenan pada Julaibib. Tapi hari berikutnya, ketika bertemu dengan Julaibib, Rasulullah menanyakan hal yang sama. “Julaibib, tidakkah engkau menikah?”. Dan Julaibib menjawab dengan jawaban yang sama. Begitu, begitu, begitu. Tiga kali, tiga hari berturut-turut.

Dan di hari ketiga itulah, Sang Nabi menggamit lengan baju Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Anshar. “Aku ingin”, kata Rasulullah pada si empunya rumah. “Menikahkan puteri kalian”.

“Betapa indahnya dan betapa barakahnya”, begitu si wali menjawab berseri-seri, mengira bahwa sang Nabi lah calon menantunya. “Ooh ya Rasulallah, ini sungguh akan menjadi cahaya yang menyingkirkan temaram dari rumah kami”.

“Tetapi bukan untukku” kata Rasulullah. “Kupinang puteri kalian untuk Julaibib”.

“Julaibib?”  nyaris terpekik ayah sang gadis.

“Ya. Untuk Julaibib”

“Ya Rasulallah”, terdengar helaan nafas berat. “Saya harus meminta pertimbangan istri saya tentang hal ini”

“Dengan Julaibib?” istrinya berseru. “Bagaimana bisa? Julaibib yang berwajah lecak, tak bernasab, tak berkabilah, tak berpangkar dan tak berharta? Demi Allah tidak. Tidak akan pernah puteri kita menikah dengan Julaibib”

Perdebatan itu tak berlangsung lama. Sang putri dari balik tirai berkata anggun. “Siapakah yang meminta?”

Sang ayah dan sang ibu menjelaskan.

“Apakah kalian hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirim aku padanya. Dan demi Allah, karena Rasulullah lah yang meminta, maka tiada akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagiku”.  Sang gadis shalihah lalu membaca ayat ini:
Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Q.s. Al-Ahzaab (33):36)

Dan sang Nabi dengan tertunduk berdoa untuk sang gadis shalihah. “Ya Allah, limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Janganlah Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah..”

Doa yang indah.

Kita belajar dari Julaibib untuk tak merutuki diri, untuk tak menyalahkan takdir, untuk menggenapkan pasrah dan taat pada Allah dan RasulNya. Tak mudah menjadi orang seperti Julaibib. Hidup dalam pilihan-pilihan yang sangat terbatas. Kita juga belajar lebih banyak dari gadis yang dipilihkan oleh Rasulullah untuk Julaibib. Belajar agar cinta kita berhenti di titik ketaatan. Meloncati rasa suka dan tak suka.  Karena kita tahu, mentaati Allah dalam hal yang tak kita suka adalah peluang bagi gemilang pahala. Karena kita tahu, seringkali ketidaksukaan kita hanyalah terjemah kecil ketidaktahuan. Ia adalah bagian dari kebodohan kita.

Istri Julaibib mensujudkan cintanya di mihrab taat. Ketika taat, dia tidak merisaukan kemampuannya.

Memang pasti, ada batas-batas manusiawi yang terlalu tinggi untuk kita lampaui. Tapi jika kita telah taat kepada Allah, jangan khawatirkan itu lagi. Ia Maha Tahu batas-batas kemampuan diri kita. Ia takkan membebani kita melebihinya. Istri Juliabib telah taat kepada Allah dan RasulNya. Allah Maha Tahu. Dan Rasulullah telah berdoa. Mari kita ngiangkan kembali dia itu di telinga kita. “Ya Allah” lirih Sang Nabi, “Limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Janganlah Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah..”

Alangkah agungnya!

Urusan kita sebagai hamba memang taat kepada Allah. Lain tidak! Jika kita bertaqwa kepadaNya, Allah akan bukakan jalan keluar dari masalah-masalah yang di luar kuasa kita. Urusan kita adalah taat kepada Allah. Lain tidak. Maka sang gadis menyanggupi pernikahan yang nyaris tak pernah diimpikan gadis manapun. Juga tak pernah terbayang dalam angannya. Karena ia taat pada Allah dan RasulNya.

Tetapi bagaimanapun ada keterbatasan daya dan upaya pada dirinya. Ada tekanan-tekanan yang terlalu berat bagi seorang wanita. Dan agungnya, meski ketika taat ia tak mempertimbangkan kemampuannya, ia yakin Allah akan bukakan jalan keluar jika ia menabrak dinding karang kesulitan. Ia taat. Ia bertindak tanpa gubris. Ia yakin bahwa pintu kebaikan akan selalu terbuka bagi sesiapa yang mentaatiNya.

Maka benarlah doa sang Nabi. Maka Allah karuniakan jalan keluar yang indah bagi semuanya. Maka kebersamaan di dunia itu tak ditakdirkan terlalu lama. Meski di dunia sang istri shalihah dan bertaqwa, tapi bidadari telah terlampau lama merindukannya. Julaibib lebih dihajatkan langit meski tercibir di bumi. Ia lebih pantas menghuni surga daripada dunia yang bersikap tak terlalu bersahabat kepadanya.

Saat ia syahid, Sang Nabi begitu kehilangan. Tapi ia akan mengajarkan sesuatu pada sahabatnya. Maka ia bertanya-tanya di akhir pertempuran. “Apakah kalian kehilangan seseorang?”

“Tidak ya Rasulallah!”, serempak sekali. Sepertinya Julaibib memang tak beda ada dan tiadanya di kalangan mereka.

“Apakah kalian kehilangan seseorang?”, Sang Nabi bertanya lagi. Kali ini wajahnya merah bersemu.

“Tidak ya Rasulallah!” Kali ini sebagian menjawab dengan was-was dan tak seyakin tadi. Beberapa menengok ke kanan dan ke kiri.

Rasulullah menghela napafasnya. “Tetapi aku kehilangan Julaibib”, kata beliau.

Para sahabat tersadar. ”Carilah Julaibib!”

Maka ditemukanlah dia, Julaibib yang mulia. Terbunuh dengan luka-luka, semua dari arah muka. Di seputaran menjelempah tujuh jasad musuh yang telah ia bunuh. Sang Rasul, dengan tangannya sendiri mengafani Sang Syahid. Beliau Shallallaahu ‘Alaihi wa Sallam menshalatkannya secara pribadi. Dan kalimat beliau untuk Julaibib akan membuat iri semua makhluq hingga hari berbangkit. “Ya Allah, dia adalah bagian dari diriku. Dan aku adalah bagian dari dirinya”

Di jalan cinta para pejuang, biarkan cinta berhenti di titik ketaatan. Meloncati rasa suka dan tak suka. Melampaui batas cinta dan benci. Karena hikmah sejati tak selalu terungkap di awal pagi. Karena seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat. Maka taat adalah prioritas yang kadang membuat perasaan-perasaan terkibas.

Tetapi yakinlah, di jalan cinta para pejuang, Allah lebih tahu tentang kita. Dan Dialah yang akan menyutradarai pentas kepahlawanan para aktor ketaatan. Dan semua akan berakhir seindah surga. Surga yang telah dijanjikan-Nya.

 

[Dengan apologi kepada Salim A Fillah.Penulis asal buku Jalan Cinta Para Pejuang]