Mari Mengenal Cinta Ini.

Salam

Subhanalah..Dakwah yang dibawa oleh pejuang pejuang yang ikhlas telah banyak membisikkan keindahan pada hati ramai dari kita.Budi yang indah,kata-kata dan perilaku yang cantik dan peribadi santun menarik hati kita untuk terus dekat.Lalu dengan dekat nya hati ini,kita disiram dengan kefahaman fikrah, diteguhkan akidah,ditempa akhlak,dicantikkan ibadah…Lantas ukhwah itu bersemi.. Dan kita semua berjalan dalam sebuah jalan.Jalan yang memadukan cinta ,rasa dan segenap hati bersama akal dan jasad. Inilah jalan cinta yang kita berjanji untuk kekal di dalam nya.Unutuk kita pertahankannya. Dan kita meyakini jalan ini.

Teruslah membajai cinta ini.Dan mengenalinya. Lalu apa itu ciri cinta ini.Cinta yang kita mahu embawa mereka yang kita cintai untuk bertemu Sang Pencinta Agung!!

Kita bersaksi untuk duduk sama sama membajai fikrah dan kefahaman dalam satu perkumpulan dan perjumpaan. Kadang kadang kita resah dalam meyakini.Benarkah ini jalannya.

Percayalah, jalan ini adalah jalan yang tidak menjanjikan karpet merah dan taburan bbunga ros untuk kamu. Jika ia nya mudah maka yakini lah , itu bukanlah jalan yang benar.

Sudah fitrah manusia yang dicipta punyai pandangan berbeda.Ah,kamu barangkali suka kan warna merah dan aku barangkali suka sahaja warna hitam. Kamu barangkali mencintai dan mendamba sahabat seperti dia dan dia tetapi mungkin aku menginginkan kamu. Kita ini sering berbeda.Dan itu cantiknya kita sebagai manusia. Kita punya pilihan untuk kita pilih. Dan barangkali ada Allah rancangkan untuk kita dalam Dia memberikan kita pelbagai jalan untuk menyantunkan rasa kita kepada Nya.

Ku teringat 2 tahun lalu ketika baru mencampakkan diri dalam jalan ini..Dan aku diuji dengan pilihan.Ya,pilihan.Pilihan yang menentukan di mana kau hari ini dan esok. Dan aku terpaksa memilih. Ya,memilih.Antara jalan juang mana yang ku inginkan.Aku telah cuba menapak dan melangkahkan kaki dalam jalan yang pelbagai.Cuba mereguk nikmat berjuang. Bersama bergelar saudara. Dan waktu itu aku terpaksa memilih. Lalu aku dinasihatkan : ” Ya akhi, jalan ini panjang dan anta adalah manusia yanguntuk memilih.Lalu pilhlah yang paling dekat dengan apa yang Rasul bawakan..”

Memilih dengan paling dekat apa yang Rasul bawakan!! Itu sahaja katanya.Perlu memilih.Dan pilihlah dekat dengan Rasul.Kata yang ringan tetapi berat untuk ku.

Bermacam nasihat ku dapatkan.Bermacam cerita ku dengarkan dan aku membuat pilihan.Pilihan yang aku yakini dan aku bersama dengannya.

Atas dasar apa aku memilih jalan ini?

Atas ciri apa aku memilih jalan ini?

Ketahuilah wahai saudaraku, jika dalam jalan mana pun anda berada, anda punya hak untuk memilih.Kerna pertamanya, jalan anda adalah sekian banyaknya jalan-jalan yang tercipta di kalangan ummat[jamaatul minal muslimin].Bukan jalan ummat yang utama[jamiatul muslimin].

Yakinilah jika ianya dekat dengan Rasul maka ikutilah ia.

Maka apa ciri nya???

Jika jalan yang anda pilih wahai sahabatku ,adalah jalan yang embina faham mu terhadap akidah mu, terhadap Tuhan mu,terhadap kalimah syahadah mu, terhadap Rasul mu dan tugas mereka..

Jika jalan itu mengajar untuk mencintai Allah dan Rasul dari segalanya.

Jika jalan itu mengajak kamu kepada Islam dan isinya, bukan kepada kumpulan kumpulan dan nama serta bendera bendera nya.

Jika jalan itu mengajak anda bersikap dengan terhormat kepada mereka yang berhasad.

Jika jalan itu memberi anda faham dengan jelas apa itu Islam secara syumul.

Jika jalan itu tidak  merubah siapa anda tetapi memperbaiki diri anda dan meningkat kan potensi anda.

Jika jalan itu mengajak anda beriman dan ummat beriman bersama sama dan memberi tumpu pada kerja membina diri dan ummat berbanding menyerkup dan mengumpul-ngumpulkan nama dan nombor sahaja.

Jika jalan itu ,ummat di dalam nya menasihati anda ” Ya Akhi, anta apa pun bawa Islam.Kita bawa Islam.Bukan ajak orng kepada kita tetapi kepada Islam”

Jika jalan itu mengikut manhaj nya Rasul dari membina peribadi Muslim,lalu terbina nya keluarga Muslim,dan ummat pun terbentuk..Lantas pengislahan kepada negara dan pemimpin terjadi..dan mereka cuba menegakkan daulah Islam dan menjadikan Islam ini tempat rujuk..

Jika jalan ini bersikap baik terhadap mereka yang sama sama berjuang walau lain jalan nya.

Jika jalan ini membentuk para dai yang ikhlas

Jika jalan ini mengaja anda apa itu minhajul hayah.

Jika jalan ini mengajar anda tentang bagaimana mahu menjadi muslim dan kemudiannya baru menceritakan anda apa itu amal jama’i

Jika jalan ini ukhwah nya benar benar anda rasai.

Maka ini lah jalan mulia Nabi…

Lalu tanyakan lah dan bersidanglah di mahkamah hati kamu wahai sahabatku…adakah ini jalan yang anda sedang tapaki. benarkah usaha anda adalah usaha yang kuat dan terpandang? Atau usaha kamu wahai sahabatku, ku takuti cuma gah di mata..Ah,siapa aku untuk menilai.

Tetapi sedarlah wahai saudaraku, mari lah kita membentuk ummat ini sesuai dengan acuan Rasul dan manhaj baginda. Bukan mereguk apa yang kita suak dan meninggalkan apa yang terasa berat untuk kita.

Ketahuilah wahai sahabatku,membentuk manusia itu telah mafhum kita ketahui adalah lebih sukar dari membina sebuah kota.Maka jika kamu merasakan ianya mudah, selidikilah wahai saudaraku terhadap jalan mu itu.

Selidikilah wahai saudaraku, bagaimana Rasul tercinta membina jalan ini. Jalan yang diwahyukan oleh Tuhan mu.. Maka bersidanglah kamu di mahkamah hati..

Dan pilih seikut mahu mu..Dengan berpandu firman Tuhan mu serta panduan Rasul mu..

Kerna aku ingin ikut mengenal kamu dn mencintai mu dalam bersama kita dalam CINTA ini.

Marilah bercinta bersama ku wahai sahabatku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s