The last 100m to finish line part 1 (2007-2008)

Salam. bagi kamu dan kamu yang tahu,rasa nya faham lah apa yang akan saya tuliskan disini.

Semalam kelas environmental geology. Dan merupakan kelas terakhir sem ni dan kelas terakhir bagi pengajian saya. Harapnya lah..Harapnya akan berjaya dalam exam terakhir nanti.Tak nak sangkut sangkut.

Saya datang ke sini kurang lebih 4 tahun dahulu. Tahun 2006 saya tamat SPM dan saya kesini dalam bulan 7 2007.

2007-2008

Saya masih budak lagi.Baru nak mengenal tempat yang jauh. Saya tak lah gembira sangat nak belajar geologi. Apa benda la study batu kan.Scholar waktu tu pun kecik.RM300 je. Tapi waktu ni masih foundation..Jadi lebih kepada math dan science dan subject2 SPM. Disini mula bersahabat.Berkenal dan berkawan. Disini saya belajar banyak benda dari senior. Big Bro,Abang Zahir, dan lain-lain.Waaktu ni saya bukan lelaki yang saya sekarang ni.

diroang da grad

ni pun ramai da grad

cis gathering.main layang-layang.kami sikit wktu ni,hubungan jadi lagi rapat kot

the CIS family 2007.ramai dalam pic ni x da..tinggal kami je..dulu paling muda.sekarang paling tua.

Masih lagi banyak jahiliah dalam diri.Dan waktu ni saya masih lagi bercouple. Biasalah,zaman budak budak kan.Nak rasa ada girlfriends dan macam macam lagi.Nak buat semua benda.Sikap saya tak lah semacam budak sekolah tak matang tetapi dah jadi macam orang besar yang gila dan agak bengong.Mama and Abah saya ajar agama dengan baik.Secara sikap saya boleh juga dikategori baik tapi tak semua lengkap.Sebab saya agak kuat berpegang dengan pendapat saya disebabkan banyaknya saya membaca, maka ada idealisme saya yang sangat sangat lari.

Jadi ini lah Miri.Tapi tempat yang saya menyampah waktu awal awal ni lah tempat saya bertemu manusia-manusia  yang mengubah hidup saya. Yup, saya clash dengan girlfriend saya pada ketika ini. Tapi waktu tu, terus carik girlfriend baru.Terus pasang lain.Rebound aja.Just nak isi hati oang kata.Bukan susah pun.Bodoh betul saya ni.Tapi saya rasa itu lah peristiwa yang buat saya sangat bersyukur.peristiwa yang paling saya bersyukur Allah takdirkan untuk saya.Kalau tak,mungkin jauh lagi banyak dosa dan lagi jauh hanyut.

Dan ketika itu juga lah saya bertemu peristiwa paling hebat dalam hidup. Saya bertemu erti tarbiyyah.Tarbiyyah??What the fish tarbiyyah ni.. Dari sekolah dulu saya memang anti dengan gerakan-gerakan semacam ni sebab kebanyakannya tak kena dengan saya. Mungkin kerana saya sendiri atau kerana orang yang membawakannya. Jadi kalau kawan -kawan di MRSM dulu berusrah yang senyap-senyap tu,dapat dekat saya memang kena provoke and tanya banyak soalan yang nak menjatuhkan .

Tambah kemahiran pandai bercakap ni,buat saya selalu menang. Mungkin idea untuk mendirikan khilafah waktu itu,tak boleh saya terima sepenuhnya. Tetapi mungkin kerana sikap pembawanya juga saya tak boleh terima. Tapi walau macam tu saya bukan seorang yang jahil dari ilmu. Tapi tu lah, ilmu ini tak sama dengan keimanan. Ilmu yang saya ada waktu itu tak mampu nak buka hati saya daripada lebih memahami Islam yang bahawasanya Islam ini lebih dari solat,puasa dan ibadah yang lain. Bagi saya ketika itu,Islam tidak boleh masuk dalam pemerintahan secara sepenuhnya.

tgh gile amik gmbr..poyo2 je wktu ni.sbb paling awl ade laptop..ahaha.with daus n nizuan

 

with Samir.waktu ni ramai student melayu x da.blum balik.dan kami smpai awal.abng zahir pesan pada samir untuk tengok kan kami

Jadi waktu di Curtin, keadaan itu saya terbawa-bawa juga.Abang Zahir mengajak saya untuk usrah banyak kali dan saya lah orang yang sangat degil untuk datang. Saya sayang beliau sebagai seorang abang tapi ketika itu, tak kan sekali-kali saya nak ikut jadi budak-budak usrah.Sedangkan kawan kawan yang lain satu batch saya semuanya ikut usrah. Saya dan roommate saya je tak ikut.

Sampailah satu waktu, seorang kawan saya,Miqdad namanya, ajak saya ke Kuching.Saya waktu tu tak berapa suka dia sangat.Tapi waktu tu dia ajak untuk ke program.Ok lah,saya ingat ceramah saja. Jadi saya fikir berbaloi jugak.Sebab nanti boleh skip ceramah dan sneak out dan jalan jalan ke bandar kuching.Lagipun tempat tinggal dah free.Cuma bayar tiket bas. Saya memang suka travel yg agk rough sket..

12 jam bro,dalam bas.Semua bahagian badan jadi kejang.Dan di situ lah saya bertemu tarbiyyah.Mula bertemu dengan 2 orang sahabat. Dari Unimas.Abang Muna’im dan Abang Azreen. Waktu tu rasa biasa saja. Tapi bila sampai di Kuching, maka disitulah segalanya bermula.

3 hari dengan pengisian. 3 hari yang bermakna.Malu juga waktu malam mereka qiam saya tak larat nak bangun. Yang tak tahan tu ada sekali saya ajak diorang tengok movie dalam laptop.Dan disitu kenal seorang yang juga bawa impak kepada saya. Kagum dengan beliau.Seorang doktor tetapi mengorbankan diri nya untuk Islam. Makan sepanjang 3 hari itu mudah saja. Nasi,kicap,telur..Kongsi satu talam 4 orang. Kalau tidak pun maggi berkongsi juga. Dan bila habis program , sebak itu terasa.

dengan Seqam.waktu curtin open day.first open day bg saya kot.

Mungkin bagi mereka yang dah biasa tak ada apa sangat. Tapi bagi saya, saya pelik tengok apa yang jadi. Jadi,ketika pulang selama dalam bas saya berfikir dan berfikir..Apa sebenarnya saya buat dengan hidup ni. Saya memang benar ada sedikit pengetahuan agama.Saya suka membaca. Dan suka belajar. Saya hafal beberapa kerat hadis dan ayat Quran. Tapi ilmu yang saya ada macam tak bermakna.

Dan sejak itu ,balik nya, maka cuba saya usaha untuk ubah diri saya.Banyak yang cuba saya tinggalkan. Siapa kata senang. Tak senang.Susah.

Mujahadatun nafs ini susah. Kita kena ada sahabat yang menegur dan menyokong dan menasihat. Saya bersyukur juga ada kawan seperti tu. Ya betul ada yang memperli dan macam macam lagi.Saya bukan jenis ambil kisah. Tapi bila ada sahabat yang beri kata kata semangat dan membimbing, maka susah nya untuk berubah itu terasa semacam disokong.Terasa lebih mudah.

facies kem efact smk merbau.1st kem saya join.tgh amik gmbr pn brckp.wktu tu,call tu la 'penting' dlm hidup.

Dan waktu ni mula berjinak dengan usrah.Dengan halaqah. Tapi, ya, bermacam macam halaqah yang diikut. Cuma tak sedar beza nya sahaja. Budak lagi. Dan saya memuji murabbi-murabbi saya ketika itu yang tak memeningkan kepala saya dengan beza nya jalan ni. Saya cuma nak tahu dan dekat lebih belajar dengan Islam. Itu sahaja.

Di miri ini juga saya kenal apa itu maksudnya memegang Islam bagai bara api. Apa itu izzah nya Islam. Di sini setiap berapa ratus meter berjalan ada sahaja gereja. Orang Islam dan bukan Islam di kampus saya lebih kurang sama sahaja . Cuma boleh dibezakan ketika solat raya sahaja lah kot.

Maka sikit nya kita, rasa untuk bertanggungjawab itu wujud. Rasa untuk berkhidmat itu wujud.Jadi disitu saya mula bergiat dengan CIS,dengan efact dan lain-lain.

Ya, ini,tahun-tahun foundation saya.Umur masih budak.Masih baru nak mengenal dunia. Saya banyak belajar dari senior-senior ketika ini.Banyak memerhati dan melihat tingkah laku manusia. Disini, miri ini saya melihat pelbagai jenis manusia boleh berubah. Ada yang hidup lalu nya teruk tapi di sinilah dia menerima hidayah. Ada yang awal nya bagus tetapi kemudiannya hanyut.Macam -macam. Kami ini sedikit di sini ,jadi lebih mudah untuk ambil tahu orang lain..Itu dahulu waktu foundation.Senior-senior dan kawan-kawan adalah keluarga.Ambil berat hal maing-masing..Sekarang dah berbeza.

Wallahualam..

[Nanti saya akan masuk pada tahun 2009 dan setersunya..Tahun saya bertemu insan hebat yang mengubah saya dan membentuk saya.Dan pengalaman lain yang pelbagai]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s