The last 100 m to finish line [Part 2 : 2009]

Salam.sekarang saya sambung balik.

Terlupa pula tentang siri pengalaman ini. Habis exam hari tu terus pusing satu Sarawak.Fuih,dengar macam exaggerate je kan.But saya dan kawan kawan sebenarny melakukan roadtrip dari Miri ke Kuching.Berhenti-henti.Sekejap di Bintulu,Kemudian Sibu,Sarikei dan akhirnya Kuching.Roadtrip 1 minggu.Yang tu nanti saya cerita.heheh

fieldtrip tepi laut

Jadi saya masuk ke tahun 2009.2008 second semester merupakan tahun pertama saya menjadi undergraduate geology.First semester.First year kami ada 3 sem. Jadi tahun 2008 second sem adalah 1st sem kami.Ada dua subjek sahaja.Saya pun tak ingat subjek apa. Tapi ketika ini saya ambil subjek tambahan.Subjek apa ye? Hahaha.Langsung ak ada kena mengena dengan geology,atau dekat sikit dengannya seperti engineering. Saya ambil Legal Framework.Law subjek.

sedang memberi pengisian di peryatim

Itu memang pelik untuk student jurusan saya. Dulu waktu lepas SPM saya dapat tawaran juga untuk Law.Antaranya di UIA. Dan ada juga tempat lain. Tapi atas beberapa alasan anak muda,saya tak memilih untuk itu.Saya ambil geology. Kadang-kadang terfikir, kalau lah saya ambil law di UIA, adakah saya akan bertemu dengan tarbiyah yang saya jumpa sekarang? Sahabat seperjuangan saya ramai di UIA.Adakah saya akan menjadi sahabat mereka kalau saya belajar di UIA atau barangkali saya akan menjadi musuh mereka.  Ah,Sungguh cantik Allah mentakdirkan segala sesuatu.

main2 sekitar village.kenangan dengan pudin,safiq n afiq.rindu nye

Sebenarnya HOD saya ketika itu,Dr Eswaran melarang saya ambil subjek tersebut.Tapi saya ni jenis degil.Mak saya pun cakap macam u juga.Seorang kawan saya pun cakap macam tu juga.Selagi tidak dapat,tak akan berhenti. Mungkin itu adalah kelebihan.Dan mungkin itu satu kelemahan. Kerana kadang-kadang sifat itu takut nya menumbuhkan kesombongan. Bagi saya,jika anda berusaha anda deserve untuk dapat apa yang anda mahukan.Mungkin saya ini belajar menjadi fearless dari abah dan mama saya. Waktu kecil dulu,failure is not in my dictionary. Tapi,makin besar,dan pengalaman sudah dirasa, saya sudah bijak menerima kekalahan .Tapi bukan bermakna saya mengaku kalah.Jika anda berusaha,anda berani untuk ke hadapan.Berani ambil cabaran.Kejayaan itu hak anda. Itu prinsip saya.Jika anda gagal,maka ada 1000 cara lain lagi untuk anda dapatkannya.

fieldtrip juga.dengan hafis izwancantik kn outcrop belakang tu..kt tusan beach ni

Perlu berani.Kerana tidak ada satu pun kejayaan dapat dicapai kalau kita penakut.Berani ambil risiko.Berani untuk bermain dengan api dan jadikan ia alat kita.Tundukkan api itu dan dengannya kita memegang kekuatan. Tidak ada satu pun sejarah dicipta sang pengecut.Sang pengecut tidak mampu membina tamadun. Dia cuma mampu pandai berkata.Itu pun cakap belakang sahaja.

Alhamdulillah saya survive first sem.Walaupun dengan rasa depressed belajar Geology.Minat saya lebih kepada undang-undang. Tapi perlu belajar subjek geology pula.

Committee Curtin Islamic Society.Kira macam PMI la kt universiti lain.Ayub presidennya.Saya kuli saja🙂

Masuk tahun 2009,subjek nya bertambah.Makin sibuk.Mula pergi fieldtrip dan lain-lain. Sewaktu ini saya join JCLA.John Curtin Leadership Academy. Waktu ini saya banyak betul belajar. Bukan sikit-sikit gaduh.Saya ni hati cepat panas. Dan saya berkerja bukan dengan kawan-kawan tapi dengan pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang.Dari pelbagai negara.Projek nya adalah untuk bekalkan buku dan komputer ke rumah anak yatim.

Dengan Kerol.Rindunya dekat Kerol

Fuih..ini lah waktu yang saya banyak diuji.Dengan macam-macam.Yelah,sebab program ini,kami disaring terlebih dulu.Ada interview nya.Dari ramai-ramai cuma 10 orang terpilih. Dihantar kursus dan macam-macam lagi.Perlu berkerja dengan masyarakat dan deal dengan ramai pihak.Dan bila masing-masing nak tunjuk kepala,memang angin la jadinya. Bertengkar tu dah perkara biasa.

Apa yang baik saya dapat belajar adalah menghargai perbezaan. Masing-masing ada pendapat masing-masing.Walaupun kadang-kadang ada pendapa yang tersangatlah idiotic, tak bermakna kita kena kritik habis habisan. Dalam team ini saya seorang sahaja Melayu dan seorang sahaja Muslim. Tapi alhamdulillah,didikan mak saya,saya bukan jenis duduk monyok diam.Kalau ada benda bertentang dengan apa saya yakini saya akan tanya dan bangun. Jadi saya antara yang lantang juga.

majlis perpisahan student final year ni.batch afiq.

Waktu ini saya mengasah soft skill saya.Mengatur masa dan belajar memimpin.Dari kecil memang selalu jadi ketua apa sahaja.Tapi ini lah pengalaman yang saya perlu berurusan dengan orang berlainan latar belakang. Program ini sedikit sebanyak ajar saya untuk jadi matang. Sampai sem ke 2,program bersambung untuk membantu Mental Health Association. Cuma buat study dan bentangkan.Itu sahaja.

Tahun 2009 juga adalah tahun penting bagi saya. Saya bertemu dengan seorang lelaki yang telah mengubah hidup saya.Saya kenalinya dalam kelas bahasa arab.Lihat biasa saja. Tapi satu ketika saya diajak oleh abang zahir untuk ke suatu program. Dan dia disitu.Dia memulakan bongkah bicara nya. Lembut.Halus.Tajam.Menuju ke setiap sudut. Kata-kata nya kadang-kadang buat saya sangsi.Saya tahu apa yang dia bicarakan betul Tapi bagi saya,tak cukup mendengar orang nya sahaja.Perlu rujuk apa yang dikatanya.Jangan mudah menerima. Dan tiap apa yang dikatakan saya check balik.

Setahun juga semacam itu,sampai lah abang zahir tamat belajar dan saya dipindahkan.Dan saya mula rasa kelainan maka cuba mencari kebenaran. Dan ketika itu lah saya menemui jalan yang saya yakini sekarang. Saya lebih berpegang pada hujah dan setelah mendengan hujah dari macam-macam pihak maka disitulah saya berpegang.

Layan pizza

committee CIS.Ayub belanja waktu ni.

Hati saya ini dia bersihkan. Dia ajarkan kejernihan Islam.Dia tunjukkan akhlak yang baik. Dia tunjukkan ilmu yang boleh diamalkan bukan cuma menjadi hujah bicara. Bahkan hal remeh pun dia layan bagai itu persoalan yang besar.Anak muda yang sedang mencari arah tuju semacam saya, terasa dihargai dengan perhatian semacam itu. Setiap perkara dirujuk kembali kepada Quran dan sunnah.

Dengan beliau saya belajar apa itu erti tanggungjawab.Masuliyah.Masuliyah iu bukan jawatan.Tapi sebenarnya adalah amanah.Jika orang yang dipertanggungjawabkan kepada kita tidak makan,tidak berdaya,sakit atau kelemahan,kita patut yang menjawabnya.Masuliyah itu bukan cua memberi kerja tetapi bertanggungjawab pada setiap apa yang kita arahkan.

Dengan beliau juga saya belajar untuk berani berkata tidak. Saya berani untuk menerima cabaran. Tapi rupanya saya tidak pandai untuk berkata tidak. Saya belajar untuk berkata tidak itu dengan pengalaman yang agak pahit. Yang ada hubungan tercalar.

Saya belajar yang perjuangan ini tidak mudah. Tidak ada jalan dengan karpet merah. Tidak ada bunga ros yang ditabur.Semuanya berliku dan berduri.Itulah perjuangan.Kalau mahu bersenang lenang, duduk saja di rumah. Saya belajar untuk menjadi bijak.

kantoi x fokus dalam kelas.heheh

Bijak mengatur rancangan.Bijak berstrategi. Mungkin kebaikan yang ada pada diri saya ini sebahagian besar nya dari nilai abah dan mama saya,sebahagian besar yang lain pula dari beliau.Dan sebahagiannya yang lain datang dari pengalaman yang berbeza.

Saya punya banyak lagi untuk belajar dari beliau.

Ketika ini alhamdulillah tak lagi dilanda virus pink lagi.Alhamdulillah.Banyak yang dapat saya perbaiki. Tapi sampai sekarang masih ada jahiliah yang belum hilang dan cuba untuk di lenyapkan.

Saya rasa sampai sini dulu untuk tahun 2009.Sebenarnya banyak lagi tapi tak kan nak cerita semua..Ada juga kena rahsia. Saya kan orang yang suka berahsia..heheheh