The last 100m to finish line Part 3 [2010]

Salam.Sekarang sambung tahun 2010.

 

Dah masuk 2nd year tahun ni.Sebenarnya waktu masuk 2nd year ni saya jadi was was dgn pilihan yg saya buat.Betul ke pilihan study  Geology ni.Waktu saya first year, saya ada seorang lecturer Jepun.Masatoshi namanya. Waktu duduk berbual dengan dia sambil makan di cafe dia kata tak semua orang boleh jadi geologist. BetulBukan semua orang mampu nak jadi geologist. Subjek nya bukan mudah.Silap lah bila ada junior2 yang dari kursus engineering tukar aliran masuk geologist. Dia ingat lagi senang. Geology ni bagai semua ilmu sains dicampurkan dalam satu. Ilmu asas nya geology.Belajar tentang batu.Tetapi ada juga belajar tentang biologi nya.Haiwannya.Itu dalam subjek paleontology. Ada juga belajar physic nya.Itu dalam subjek geophysic dan banyak lagi.

fieldtrip lambir.rambut tgh panjang.

fieldtrip kndasang..baru lepas ujan

this what it needs to be geologist.kena panjat2..

this what it needs to be geologist.kena panjat2..

dengan pak yusof gajah

Mak saya cerita waktu di UM dulu, waktu dia menjadi mahasiswi,  student yg bertukar aliran ke geologi cumalah student medic.Sebab nature nya sama.Banyak menghafal dan memahami. Tapi sakitnya geologist ini kena pergi fieldwork. Bukan cuma duduk sedap2 dalam pejabat beraircond.

Perlu panjat bukit.Perlu masuk gua.Perlu pecahkan batu.Perlu angkat batu.Kerja nya berat.Tengah panas.Kos nya pun bukan sedikit.

Jadi sambil berseloroh lecturer jepun saya itu kata yang saya mungkin tak kan lepas menjadi geologist. Dia mahu tengok saya lepas atau tak second year. 2nd year ni bagai filtering.Macam engineering di sinipun 3rd year nya adalah filtering..Kalau tak lepas atau fail banyak subjek,fikir lah balik kedudukan kita dekat mana.Betul ke minat dan mampu belajar ilmu alam ni.

part to be geologist...Food!!!!Durian!!!

ILI SMK Suai.Disini ada orang bertemu jodoh.tahniah sahabat.

Jadi waktu saya tamat tahun ke dua saya, saya datang ke UM dimana Dr Masa berkhidmat sekarang dan kami sempat berbual.Cuma nak buktikan pada dia yang saya mampu lepas 2nd year. Sambil gelak ketawa cerita hal lama ketika dia masih berkhidmat di Miri.

Subjek 2nd year ni, yang paling menakutkan structural geology,igneous dan meta dan minerology.Sakit betul belajar.Saya rasa kalau  buat exam strucutal geology yg great circle tu or 2,3 phase diagram,memang tak lepas kot.Just tetap cukup makan ja.

Waktu 2010 ni saya dah tak berapa terlibat dengan aktiviti CIS. Lebih khususkan pada program yang lebih khusus.

Waktu ni juga tak silap saya, saya dapat join program ILUVISLAM.Jadi faci.Di sekolah SMK Suai.Saya diajak oleh Syafiqah Sulaiman ,projec manager program ni. Sebenarnya program ini ramainya kawan -kawan dari ‘Yayasan Amal’.Mungkin penggunaan nama ILI lebih komersil dan lebih sesuai untuk ke sekolah-sekolah.

di sekolah kelapa sawit.

background gunung kinabalu..rindu fiedltrip ni..

Saya dahulu pernah berkerjasama dengan YAM untuk konsert amal merdeka. Tapi kerana kerja yang lebih penting ,di pertengahan perjalanan konsert, kami undurkan diri. Ya, memang mungkin menimbulkan kekusutan,tetapi disitu saya belajar erti untuk berkata tidak.

Kami punya perjuangan kami sendiri dan selagi apa apa kegiatan tidak bercanggah dengan apa yang kami lakukan sama ada dari segi masa,tujuan aau yang lainnnya,kami boleh  membantu.Tetapi jika ia nya consume banyak masa dan membuatkan kerja hkiki kami tak dapat berjalan, maka kami perlu awla’ kan apa yang lebih awla’.

Di sini juga saya belajar tentang erti kerjasama. Kadang-kadang orang lihat, oh, ini dari gerakan lain/persatuan lain..Kita tak payah ajak dia.Dia lain. Tapi dalam program ILI waktu tu tak jadi masalah apa pun.Keterbukaan kena ada. Tak semestinya jalan yang anda yakini itu adalah jalan yang kami juga wajib yakini.Salah.

Kita semua cuma lah jamiatul minal muslimin.Bukan jamiatul Muslimin. Ada beza. Jadi jangan sentiasa rasakan jalan kita ni paling absolute.Paling maksum.Semua kena ikut kita. Salah.Jalan kerjasama pasti ada.Dan jalan untuk satu kesatuan pasti ada.Cuma perlua dilakukan dengan hati-hati dan cermat.Tak perlu tergopoh gapah dan terus mencop diri sebagai penaung itu dan ini sedangkan barangkali cuma rebranding saja.

macam saya je kene sepak..hehehe

another things geologist do

and another 1.

Tahun ini juga saya mendapat anugerah JCLA award.Jujur, saya tak rasa layak untuk dapat anugerah tersebut melalui kerja JCLA.Kerana tak ada beza pun kerja tersebut dengan kerja kerja lain yang kami buat tanpa menggunakan nama JCLA atau apa saja nama.Tapi,hari ini saya sedar sekurang nya anugerah itu mungkin berharga untuk graduan baru seperti saya ni.

Semester pertama dan kedua 2010 tak ada beza susahnya.Dalam waktu ini competition sudah bermula .Jelas sekali bermula sewaktu 2nd sem.

Bagi saya tempat paling best sekali excursion kami ini adalh di Kundasang. Fuhh. erbaik.Waktu itu group saya, Juhanis, Andrew,Angelina,Azriaty ,Nik dan Hanif.Sejuk nya Kundasang. Dekat situ ada ladang lembu dan boleh dapat susu lembu fresh.Saya ni agak bengong gi bantai yang pack besar punya.Bila sambung excursion memang tak tahan dah nak buang.Jadi memang sakit la nak cari tempat.Ingat nak cari semak je.Nasib baik jalan atas sikit terjumpa resort dan tumpang dekat situ.Tu pengalaman paling menyeksakan tapi diingati lah di Kundasang. Saya group leader waktu tu. Ahli group saya memang kebanyakan nya dah lama dikenal.Tapi tak lah rapat.Nik ja yang kenal dia rapat sikit sebab roommate waktu foundation.Ju sama maktab tapi baru kenal waktu di Curtin.

in Niah.

Excursion tu memang agak mengajar erti leadership juga lah .Lagi pula dalam keadaan terdesak.Tapi best nya dapat jalan-jalan.Dan sempat cari durian lagi.

Dalam sem ke 2 saya mendapat tawaran dai HOD saya untuk mengambil contract project untuk sebuah university dari US.Claremont university nama nya.Kami kena map Painted cave untuk mereka. Jadi saya pilih team saya ;Aiman dan Hanif. Itu project pertama dan alhamdulillah berhasil dengan baik dan research paper nya juga dah diterbitkan. Dan sebenarnya bermula dari projek itu lah FYP saya bermula.Nanti saya cerita.

Project Niah ni mula2 pergi dengan HOD saya. Dia yang bawa kereta department dan kami pergi ke sana sama-sama. Dek berbual2 punya lama sampai terlepas Niah dan tersampai roundabout nak ke Bintulu.Hampeh betul.Excursion tu cuma untuk scouting ja. Sampai di niah, HOD cuma sampai ke Traders cave saja.Dia pun dah agak berumur ,dan agak besar.Jadi secara fisikal nya mungkin agak berbahaya juga.

Tapi sewaktu mendapat kerja ni,banyak juga drama nya.Ye lah.HOD kami dikenali dengan favoritism nya maka banyaklah mulut-mulut berkata. Tapi saya ni jenis tak kisah.Saya dengar tapi bagi saya itu bukan hal saya.Mungkin sejak kecil personaliti dah seperti itu.Bagi saya yang penting kita tau dan yakini apa kita buat itu betul.

Kita nak puaskan hati semua orang kita ak kan kemana.Yang penting puaskan Allah. Manusia ni tak kan berhenti bercakap.Semua benda dia akan rasa tak betul.Saya selalu cakap dengan team saya :’kalau orang persoalkan kita, siapa dia untuk cakap kita macam tu.’

Bagi saya seperti itu lah. Kalau anda seorang yang ada kreadibiliti tertentu dalam bidang ini, mungkin anda akan saya dengar.Tetapi kalau kata-kata yang keluar cuma lah cakap kosong tanpa bukti bahkan tak ilmiah dan cumalah propaganda je,pandang pun saya tak kan.Saya berpegang pada hujah.Bukan cuma kata-kata.

niah cave entrance

JCLA

Oh,yes..Waktu cuti sem pendek saya sempat juga bantu ANSARA.Apa ANSARA ni? Ansara ni gerakan subversif..cececeece..Tak la..ANSARA ni alumni pelajar MRSM. Punya lah lama ANSARA bertapak tapi ramai tak tahu.Saya dan beberapa kawan lain bantu dalam program melukis dengan Yusof Gajah. Dia ni pelukis negara yang agak masyhur juga.Nak beli lukisannya bukan setakat macam beli potret lukisan yang pelukis-pelukis ni lukis dekat Jusco ke or tepi2 Pasar Seni.

Lukisannya ada yang sampai harganya boleh beli rumah. Jadi di situ minat untuk melukis tu wujud.Saya tak sangka dengan melukis ni dapat meluahkan perasaan. Dalam post terdahulu ,jika siapa pernah baca dapat tengok lukisan dan artwork saya.Tak lah cantik.crude juga.tapi itu lah luahan rasa hati.

Bagi saya tahuun 2010 antara tahun yang menguji juga.Banyak cabaran dalam perjuangan juga dirasa.Waktu ini juga rasa hati juga kadang-kadang di usik sedikit oleh peristiwa2.

Alhadulillah,2nd year dapat saya harungi.Result tak la bagus tapi alhamdulillah semua pass. Ada hikmah saya kena supp waktu foundation.Pengalaman yang sangat tak best tu macam jadi pengajaran supaya belajar ekstra sikit supaya atleast tak fail atau tak kene supp.Dapat supp kira masih ada peluang tapi tak best la kena balik awal sedangkan orang lain cuti.Segan lagi dgn kawan-kawan.Urghhh..ngerinya bila ingat balik waktu foundation tu.

Wallahualam.Nanti sambung Last part pula..Tahun 2011!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s