Graduated!!!!!!

Subhanallah!!! Alhamdulillah!!!! Allahuakbar!!!

Akhirnya…akhirnya!!! 4 1/2 tahun di Miri..Alhamdulillah..saya akhirnya graduate.

 

Markahnya setiap satu subjek agak kelakar. Saya tak tau yang bila satu subjek itu pemarkahannya subjektif,kita boleh mendapat dengan markah yang amat-amat pelik.Tapi tak pa..alhamdulillah!!! Markah itu yang menaikkan segalanya.Yang lain ok2 saja.cuma sau subjek saja yang dah au agak rendah sebelum result keluar..alhamdulillah tak fail..lecturer bagi tau hari tu ade yang fail..takut juga.

 

Saya mungkin tidak dapat berkerja dengan Petronas.Tak pasti macam mana lagi adakah Petronas akan consider atau tak..Itu bukan isu nya..Isu nya ,saya dah grad dan sekarang tak kira lah dengan siapa saya akan berkerja yang penting saya akan melangkah ke alam perkerjaan..

 

Jadi, sekarang JOB HUNTING!!!!!!

 

DOAKAN SAYA…PLEASE…..

 

[target berkerja by january 2012.jika anda tahu siapa2 mahukan fresh grad applied geologist untuk kerja geologist,petrophysicist,paleontologist,geophysicist,reservoir engineer..tolong maklumkan saya.. :)]

7 thoughts on “Graduated!!!!!!

  1. Assalamu’alaikum tahniah.

    Selamat datang ke dunia sebenar. Dunia penuh aplikasi terhadap teori-teori tabiyah. Dunia yang menyingkap siapa diri kita yang sebenar, iman kita sebenar.Sungguh ia mengujikan. Cabaran pertama, bagaimana mahu memastikan diri kita tidak dipengaruhi, apatahlagi mempengaruhi. Bagaimana mahu aplikasi segala jargon tarbiya, nahnu duat qabla kulli syai’, qudwah qabla dakwah…. semuanya. Di medan madani ini, tidak usah berbicara banyak, tiada guna laungan dan sorakan sokong memyokong..mad’u /masyarakat mahu melihat qudwah, akhlak muslim sebenar yang kita bawa, pada lisan, pada perilaku dan pada pemikiran..Bekalan tarbiyah ini akan melahirkan peribadi muslim sebenar..andai rapuh pembinaan, maka rapuhlah prinsipnya..andai solid pembinaan, bekalan itu akan survive..sehingga kita terus menimba bekalan semakin banyak kerana kita sangat memerlukan semua itu untuk berdepan dengan dunia yang sangat mendugakan.

    Saya sedang mujahadah dengannya. berbaki 4 bulan untuk selesai chambering. setelah itu akan bergelar peguam inshaAllah. tetapi Kampus masih memerlukan khidmat, bagi membina para siswa yang bakal memimpin dunia. Mungkin akan kembali ke kampus sambung belajar.

    Salam istiqamah

    Nurul ‘Izzah Zainol
    LLB/IIUM05/10

    • Waalaikumsalam. Terima kasih.

      Benar.Melangkah ke alam yang berbeza agak mengujakan tetapi tetap menggerunkan.Pernah saya tulis sebelum ini,ini lah antara yang saya takuti tetapi tetap teruja mahu melangkah.Takut kerana mungkin futur.Teruja kerana disini lah potensi sebenar terbina.

      Dunia sebagai mahasiswa yang penuh dengan idealisme dan tiada hujjatan dari luar adalah satu situasi yang paling kondusif kepada kita.Tapi di alam perkerjaan, ‘berhala2’ lain semakin bertambah..Masa nya..kerja nya…kewangannya.Bukan sedikit mereka yang saya kenal, jatuh di tengah jalan.Dan bukan sedikit pula yg leka di zaman mahasiswa tetapi menjadi pejuang yg hebat ketika sudah berkerjaya.Di sini lah teori membina peribadi Muslim..bahkan hingga ke masyarakat Islam sampailah ke ustaziyatul alam sebagai maratib tarbiyyah itu benar2 diaplikasi.Jadi, disinlah medan pengujian untuk melihat benar atau tak kita faham apa yang kita pelajari dan ajari.Melangakh ke alam ini, kita punya potensi yg lebih;kematangan,kewangan,stabil tetapi mungkin kurangnya pada masa.Jadi perlu bijak merancang dan mengambil priority.Bahkan murabbi saya pernah mengingatkan yg bila kerja ni kdg2 ade yg jatuh..nk ajak untuk liqa pn banyak alasan..astaghfirullah.harap tak jadi sebegitu.

      InsyaAllah,moga anda juga berjaya menjadi peguam.Moga bakal menyambung menjadi mahasiswi yang mampu sama2 membentuk mahasiswi yg lain.

      InsyaAllah,sbnrnya ingin juga sambung belajar.master atau degree yg lain.mungkin law juga..tetapi setelah perbincangan,dinasihatkan untuk cari kerja di K.Lumpur dulu..Mungkin lebih byk potensi dapat dimanfaatkan dengan pilhan begitu.

      Wallahualam.

  2. Ya, selamat datang juga ke semenanjung. Kenapa tidak di Miri? Bukankah sdra diperlukan di sana? di semananjung sudah ramai aktivis dakwah.Alhamdulillah segalanya rancak dan laju perkembangannya. Dari sudut kebaikannya, perjalanan dan aktiviti tarbiyah sdra mungkin lebih terjamin kerana medan dan kemudahandi sini lebih luas. Namun, tidak harus diabaikan di kawasan yang lain, apabila dibiarkan, mereka terdedah kepada dakyah agama lain atau terus dalam jahiliyyah.

    Apapun, Fi Ayyi Ardhin Taskun Fahunaakan Da’wah Tu’lan ( Di mana shj kita berada di situ dakwah akan diangkat)

    Wallahu’alam =)

    • Benar. Itu kemahuan nya.Di Miri,mungkin sambung belajar…tapi, hidup kita ini bukan sepenuh nya kita punya.ada tanggungjawab. hadis tentang kapal dan mereka yang mahu melubangkan kapal itu mengajarkan kita erti untuk tidak dgn suka2 mengambil kata putus sendiri sungguh pun itu dikira baik untuk dakwah.insyaAllah di Miri ada yg akan meneraju dan meneruskn.Da’i ini bukankah tanggungjawabnya membina generasi kerana kejayaan dakwah itu tidak semestinya hadir pada hayat kita.sirah Rasul menyaksikan.Islam tersebar lebih luas luar dari Makkah dan Madinah adalah selepas hayat Rasul.Kerana Rasul membina generasi..Begitu juga Da’i.Mungkin bertahun2 lagi kejayaan itu dapat kita lihat..dan mungkin umur kita tak sampai untuk melihatnya.

      InsyaAllah.Terima kasih.Sama juga..Mana sahaja kita ada, Dakwah ini lah yang utama.

      Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s