surviving first 7 days

Salam.

saya dah start berkerja.Alhamdulillah.OK je.Saya tak dapat berkerja dengan Petronas [kot],tapi alhamdulillah, awal-awal dapat kerja.Saya bagitau bukan sebab apa,sebab kadang-kadang bila kita pegang scholar macam petronas ni, ramai rasa confirm keje dengan petronas.atau kita sendiri rasa petronas je tempat kita tuju.Dah set up idea macam tu.Macam la petronas yang bagi rezeki.Allah yang bagi rezeki.Kita usaha dan tawakkal.

Alhamdulillah.Keje ok.persekitaran pun ok.Gaji basic saya kecik je.RM 2500.Waktu interview saaya demand 3000 boss tak bagi.Sebab bila campur allowance maka gaji nya sampai dan lebih RM 3000.Boleh jejak RM4000 la kot.Tak la rendah sangat berbanding dalam oil and gas for fresh grad.Lebih kurang gitu je.Benefit pun banyak.Allowance top up, allowance site, allowance makan waktu field, medical health and life insurance,waktu kerja pun fleksible.But the best thing is work environment.Semua kerja sungguh-sungguh even kerja patut 8.30-5.30 tapi ramai stay late.

Company saya kerja ni CH2M Hill.Kalau ikut majalah Fortune as 100 best company to work for. Dan jugak tersenarai dalam fortune 500 company.Boleh tahan jugak la.Dan saya ni bahagian ESA.Environmental Site Assessment.Pergi site dan assess.Biasa nya site petrol station laa..Company ni di Malaysia serve oil and gas business biasa nya..But downstream nya businesss la. So , environmental untuk hydrocarbon aspect tu bahagian saya. Dan position saya as environmental geologist.Ok laa..

Anyway,semua ok2 saja.Saya tak tahu berapa lama akan kerja kt sini. Dari rakan sekerja,tengok semua agak muda sebab tak ramai yang say.Bukan sebab company ni tak best tapi ramai staff yang after 2-3 years kerja dapat offer kerja kat tempat lain.Sebab CH2M ni consultan ,so memang staff diperah betul2 dan banyak pengalaman.

Ada reason kenapa saya pilih jugak kerja ni..Waktu sebelum dapat interview, saya doa Ya Allah, kalau ada yang terbaik dari lautan rahmat Mu,maka kurniakan lah aku sedikit daripadanya..Esoknya saya dapat interview dengan company ni..

Then malam sebelum interview tu, saya doa lagi, kalau ini yang terbaik untukku dan agamku,mudahkanlah Ya Allah..

Then selepas habis interview, saya solat hajat malamnya dan doa, jika ini yang terbaik untukku dan agama ku, maka jadikanlah ya Allah.

Subhanallah,2 hari lepas tu dapat call yang saya diambil berkerja.

Dalam hati berbelah bagi.Betul ke pilihan ni..Ada terdetik dalam hati fikir, kenapa aku kena ambil offer ni.Aku petroleum geologist.Bukan environmental geologist. But after teringat kan tentang doa yang dah saya ucapkan,bismillah saja dan terus ambil offer ni.Allah Maha Tahu apa yang tersembunyi. Ya, kalau ikut rasa siapa tak nak join oil and gas business.Adventure,challenging dan duit semua dekat situ. But Allah lagi tahu keperluan hamba Nya.Dan peristiwa ni saya terasa betul-betul “tangan Allah” mengatur hidup saya  dan kerana itu saja sebenarnya saya pilih kerja ni walaupun saya tahu kerja ni memang lain benar dengan apa saya belajar di kampus dulu.

Jadi ,pengajaran nya,pada saya dan anda..Waktu berusaha ,jangan lupa Allah.Kita ni tak kuat pun.Kita usaha la banyak mana pun kalau Allah tak bagi,tak jadi jugak.

Itu sikit sebanyak nasihat dari saya.Moga bermanfaat

Erti Yakin dengan Janji Allah : Bila Hati ini dijentik

satu perkongsian tentang yakin pada janji Allah.usaha dan tawakkal.

alhamdulillah saya baru dapat tawaran.moga pengalaman ini menjadi pengajaran.lepas result keluar saya terus cari kerja..lebih kurang 50 company saya apply..ade hampir 100 list name lg belum.company yang saya target semua turn down saya.dari dugeo sampai schlumberger.shell,weatherford dan halliburton dan lain2 blum mintak..

semua company hantar.sampai saya terfikir,adakah kuatnya saya usaha ni sama kuat dgn saya berdoa.sebab selama mintak tu saya lupa untuk berdoa dan solat hajat..tiba-tiba baru sedar betul2 bila mak saya nasihatkan saya..maka malam tu,saya solat hajat dan berdoa “Ya Allah,jika ada rezeki untuk ku dari luas nya pintu rezeki mu,berikan aku yg terbaik untuk ku.” esok nya saya dapat call untuk interview.

malam sebelum interview saya solat hajat lagi sekali.dan saya berdoa,”Ya Allah,jika ini terbaik untuk ku dan agama ku maka mudah kan ia.jika tak,jangan lah beri nya kepada aku.”

dan sehabis nya saya interview ,malam nya saya solat kembali dan berdoa “jika ini terbaik untuk ku ya Allah,maka berjayakan lah ia..jika tak,lepaskanlah.” dan esok nya saya mendapat call dan mendapat tawaran kerja.Subhanallah.

saya juga dlm hari yg sama baru dapat offer interview from an OnG company,jadi mula rasa berbelah bagi.tapi bila ingat balik,inilah yg aku doa dan inilah yg aku mintak yg terbaik.dan ini lah yg Allah beri tiap kali aku doa…maka ini lah yang patut aku ambil.mungkin redha Allah disitu.maka saya turn down that interview in the OnG company.walaupun semua tahu yang OnG ini gajinya lagi besar.

Kerja yang saya dapat di CH2M Hill ni rendah aja gaji nya.RM2500 basic..cuma allowance saja banyak.campur2 mau 3000-4000.tapi OnG lagi banyak.Basic 4000 aleast..campur allowance mau semua 6000 jgk.

Point saya dekat sini,kita kuat berusaha tapi kita letak Allah dekat mana dalam usaha kita. Dekat mana Allah dalam hidup kita dan dalam keputusan kita.saya frust waktu dugeo n schlumberger turn down saya.sampai dalam hati terdetik,aku ni x cukup qualified ke dan paling teruk,kenapa Allah tak nak makbulkn keinginan hati..

 

dah nak makbul macam mana.tak berdoa..tapi rupa2 nya Allah ada janji diaDan bila sudah dapat pula rasa tak yakin dengan urusan Allah.astaghfirullah..kita minta dengan Allah.Allah dah bai..kita tak nak pula..sombong nya..

 

..macam mana kita usaha pn, tapi kita lupa Allah tak da guna.jangan nanti Allah biarkan urusan itu tanpa ada Dia langsung..haru biru hidup kita.

Wallahualam.moga silap saya ini menjadi pengajaran pada kita semua.

1st interview

Salam

alhamdulillah.

tadi petang dapat call untuk interview kerja. Jawatan as environmental engineer/geologist..interview nya rabu/khamis ni.

Oh my…Environmental. I do love that.Love the excitement and the travel.But then, subject environment Dr P waktu blajar dulu la yg paling kurang digemari.

tapi alhamdulillah score jugak subject tu.subject nya tak susah,tapi boring..derrr..

But kerja yang ditawarkan ni agak menarik.Banyak pergi field!!! Yeay!!!

company nye CM2H HILL.Company yang tersenarai dalam fortune 500. And tersenarai as 100 BEST COMPANY TO WORK FOR by Fortune.

Bunyi macam best.

But saya still contemplating.Saya nak menjadi Principal Geologist dalam OnG.So, to start your work as an environmental geologist is not good.

But still, it is the job I love.Geologist!!

 

Alhamdulillah.

 

Dapat tak dapat belakang kira.Yang penting pengalaman tu dulu.

 

 

oo..lagi satu,area saya kerja dekat dengan pejabat adik perempuan saya.hehehehe.

 

Doakan saya.

My beberapa cents on Perhimpunan Agung Umno and Malaysia politics

Salam.

PAU baru berakhir.Tanda-tanda pilihanraya juga makin jelas.Masing-masing sudah mula buka langkah bunga silat nya[Mungkin DAP dan MCA dengan Kung Fu nye kot..Dan MIC dengan silambam..hehe]

PAU ini banyak yang menarik yang dapat kita saksikan. Secara keseluruhan nya UMNO mencadangkan perubahan.Perubahan yang bukan lagi mencanangkan idea lapuk “UMNO saja bawa pembangunan”. Tetapi kini UMNO membawa untuk menjelaskan apa relevan nya UMNO.Dan pendekatan itu ditujukan terutamanya kepada anak muda.

Kerana anak muda ini yang memainkan peranan dan suara yang paling lantang. Sungguh pun begitu ramai juga anak muda yang sudah punya pilihan sendiri terutamanya memilih kepada pembangkang.Tapi banyak juga yang tidak memilih itu semua.Apa yang mereka pilih adalah kebaikan untuk negara dan mereka cuba menilai dari macam macam sudut.Saya antara dari mereka.

Jika mereka ini tersibghah dengan ajaran Islam,alhamdulillah.Maka pilihannya cuba dilakukan dengan sebaik nya menurut Islam.

Tapi jika mereka ini tidak tersibghah dengan Islam , maka pilihan mereka mungkin dengan semangat patriotisme dan liberalisasi serta hak kesamaan. Semua nya yang fitrah kebaikan bagi manusia. Juga yang diajarkan dalam Islam.Cuma diaturkan dan lebih dihormati serta dijagai dengan baik di dalam Islam.

Orang muda ini penuh idealisme. Keluarga saya adalah keluarga kuat UMNO.Bukan setakat keluarga kecil saya ini tetapi hinggalah keluarga sebelah ayah dan ibu saya. Tapi jika hujah “mengenang jasa UMNO” dan lain-lain menjadi buah silat nya..saya kurang minat untuk menerima. Mana-mana kerajaan terutama negara yang membangun ini,semuanya bila memenangi kerajaan dan menjadi kerajaan akan menjalankan tugas nya sebagai kerajaan.

Dan tugas kerajaan adalah untuk menjaga rakyat! Amanahnya adalah untuk rakyat.Kerana rakyat adalah aset terbesar negara.Apa guna kita ada harta dan aset yang sangat hebat tetapi rakyat nya hancur.Rakyatnya teruk.Bukan sedikit negara sebegitu rupa. Kerajaan-kerajaan di benua Afrika bukan sedikit sumber alamnya.Bukan sedikit jumlah penduduknya.Tetapi bagaimana sumber itu diguna dengan sebaiknya.

Dalam pandangan saya buat saya memilih seseorang dalam sesebuah pilihanraya,perama sekali akan saya lihat partinya.

Yang mana yang membawa aspirasi Islam dan juga setidak nya membela Islam.Dalam pandangan saya, cuma ada dua sahaja yang kita boleh terima pakaiAntara Pas atau UMNO. Jelas dalam perlembagaan PAS,memang aspirasinya adalah untuk membela Islam. Tapi kita tak boleh menidakkan yang UMNO juga membela Islam.Dan terang di dalam perlembagaan UMNO juga secara jelas menunjukkan UMNO juga membela Islam dalam aspirasi perjuangannya.

Kita juga perlu sama adil dalam menilai. Pertamanya, jangan cuma menilai Islam itu dari aspek pakaian dan kata kata yang keluar saja. Perlu lihat bagaimana track record nya yang terbukti.Bukan cuma fitnah dan mainan politik dari serangan masing-masing.Ah,bukan sedikit serangan yang ada selama kita berpencak dalam gelanggang politik tanah air ni.

Kedua-dua parti majoritinya adalah Melayu dan pastinya adalah Islam. Walaupun betul UMNO membawa aspirasi Melayu tetapi perlu sedar yang walaupun kita ini Melayu,kita tak boleh berpisah dengan kuatnya pegangan kita ini sebagai Muslim.Pas memang kita tidak boleh tolak aspirasinya dalam perjuangan Islam.

Jadi secara dasarnya, dua-dua turut membela Islam.Kalau dilihat pada track recordnya, sama saja. Ada yang dari dua belah pihak dituduh dengan macam macam tuduhan.Terbukti atau tidak.Wallahualam. Sebab kita mudah saja boleh claim kita ada 30 malah juta juta kotak bukti menunjukkan yang parti-parti yang kita serang ini bersalah.Dan kita pula sebagai yang dituduh boleh saja claim yang mereka itu cuba memfitnah kita.Benar atau tidak.Wallahualam.

Untuk sudut baik nya pun sama saja.Masing-masing sudah membawa jasa yang banyak dan tidak boleh dinafikan dalam membela ummat Islam bahkan seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan PAS dengan slogan negeri berkebajikannya memang bawa kebajikan kepada masyarakat oleh sebilangan pejuangnya yang ikhlas. UMNO juga begitu. Adakah anda mahu menidakkan?

Jadi jika kita faham yang itu,maka baru lah kita sedar pandangan kedua patut kita pentingkan adalah calon nya. Calon macam maca yang patut kita pilih.Bagi saya pertamanya biarlah dia itu ada iman.Ada taqwa.Tidak tinggi diri.Ikhlas.Mesra.Kata-katanya elok.Akhlaknya elok. Tidak mecari kesalahan dan bijak mencari solusi [malangnya tak ramai pemimpin kita seperti ini].

Kemudiannya baru dipilih kreadibilitinya.Professionalisme.Kekuatan.Mampu untuk berkerja.

Saya nampak banyak kebaikan jika kedua dua nya boleh berkerjasama.Bukan maksud saya bergabung.Tidak.Saya lebih faham yang kesatuan ini tidak mungkin mudah dilakukan jika pandangan dan ideologi kita tak sama.Apatah lagi jika masing masing memandang serong dan menuduh masing masing sejak berpuluuh tahun lamanya. Bukan mudah.

Kerjasama yang saya maksudkan adalah dalam merealisasikan kebajikan sebenarnya untuk rakyat Malaysia dan ummat Islam ini.Bukan nya sedikit. Di dalam UMNO dan PAS, masing masing punya intelektual yang terhormat.Profesional yang berbakat.Bukan sedikit juga cerdik pandai agama dala kedua belah pihak.Lihat kembali,PAS dan UMNO, rasanya banyak persamaan dan titik temu yang besar serta penting berbanding perbezaan nya.

Bayangkan jika titik temu yang sama iaitu Islam ini menjadi reason untuk  kita berkerjasama.Pemuda UMNO dan Pemuda PAS contohnya terkenal dengan lantangnya suara mampu berkerjasama sekurangnya untuk sama sama berkempen mengurangkan maksiat di dalam negara.Atau pun menjadi suara untuk menentang apa yang jelas nya salah. Dan bahkan tenaga mereka yang diakui selalu berkhidmat kepada masyarakat juga boleh diguna. Adakah membantu rakyat yang miskin contohnya untuk membuat rumah yang sempurna , memberikan khidmat pada mereka yang tak berdaya perlu juga slogan slogan politik dan exclusivity serta tidak boleh bergabung untuk berkhidmat.  Saya pernah berkerjasama dengan sahabat yang dalamnya dengan pelbagai pandangan politik dan ideologi dan kami semua menyedarinya.Kami mampu menjayakannya.Tiada masalah.

Itu baru sayap pemuda.Belum masuk sayap Wanita UMNO dan Muslimat PAS.Bukan sedikit bakti yang dapat dicurah.

Saya cuma memfokuskan kepada kebajikan.itu sahaja.

Jika kita berluma melakukan kebajikan dari berluma mencari kesalahan dan kesilapan, bukankah lebih adil untuk rakyat memilih?

Rakyat akan mampu memilih yang terbaik diantara terbaik.Bukan yang baik sikit je dari segerombolan pilihan yang buruk malah memudaratkan.

Jika kita semua berlumba untuk membuat kebajikan dan kebaikan untuk rakyat,bukankah itu aspirasi sebenar yang setiap wakil rakyat mahu lakukan.Pemimpin mahu lakukan. Bila kita menuduh dan mencari silap dan buruk nya orang lain, satu jari tuduhan kita menuju kepada orang tersebut tetapi baki 3 jari lagi menunjuk pada kita.

Maksudnya,ya,taktik menuduh dan menunjuk kesalahan orang itu adalah biasa tetapi hasilnya memakan diri. Hasilnya adalah melahirkan pemuda seperti saya yang nampak semua nya sama. Jika dibuangkan ‘pakaian2’ dan simbol serta slogan,semuanya sama saja.Dan saya bukan seorang yang seperti itu!Syukur saya tetap memilih dan memilih dengan Islam.

Tetapi jika masing masing berlumba bahkan bersama dalam membuat kebaikan, ah,alangkah indahnya..Saya cuma akan memilih pada mana yang terbaik dan saya tidak perlu risau jika yang saya pilih itu kalah kerana saya yakin parti yang satu lagi akan membawa kebaikan yang sangat hebat kepada masyarakat bahkan saya akan dengan terbuka hati akan sama sama membantu mereka untuk kebajikan rakyat. Bukan itu kah yang sepatutnya?

Kerana tanya diri kita, perjuangan kita ini untuk siapa??

Wallahualam

p/s: saya cuba mengambil pendirian menganalisa dengan saksama. Saya punya pandangan tentang politik saya sendiri. Buat masa ini, gerakan perjuangan wadah politik itu di Malaysia belum terbina tetapi saya tetap akan memilih dari apa yang ada depan mata sehingga lah wujud dan kukuh perjuangan yang saya katakan itu.

Ah, sedangkan setelah berapa tahun Al Ikhwan diharamkan dalam politik, mereka tetap berjuang.Siapa kata cuma dengan kuasa politik saja kita boleh bawa perubahan. Perubahan itu bermula dengan dasar yang mengakar dalam ummat.BUKAN PADA UNDANG-UNDANG DAN KUASA.

Al Ikhwan sudah membuktikan.Paling penting, Rasulullah sudah membuktikan.Tidak kah kita belajar??