My beberapa cents on Perhimpunan Agung Umno and Malaysia politics

Salam.

PAU baru berakhir.Tanda-tanda pilihanraya juga makin jelas.Masing-masing sudah mula buka langkah bunga silat nya[Mungkin DAP dan MCA dengan Kung Fu nye kot..Dan MIC dengan silambam..hehe]

PAU ini banyak yang menarik yang dapat kita saksikan. Secara keseluruhan nya UMNO mencadangkan perubahan.Perubahan yang bukan lagi mencanangkan idea lapuk “UMNO saja bawa pembangunan”. Tetapi kini UMNO membawa untuk menjelaskan apa relevan nya UMNO.Dan pendekatan itu ditujukan terutamanya kepada anak muda.

Kerana anak muda ini yang memainkan peranan dan suara yang paling lantang. Sungguh pun begitu ramai juga anak muda yang sudah punya pilihan sendiri terutamanya memilih kepada pembangkang.Tapi banyak juga yang tidak memilih itu semua.Apa yang mereka pilih adalah kebaikan untuk negara dan mereka cuba menilai dari macam macam sudut.Saya antara dari mereka.

Jika mereka ini tersibghah dengan ajaran Islam,alhamdulillah.Maka pilihannya cuba dilakukan dengan sebaik nya menurut Islam.

Tapi jika mereka ini tidak tersibghah dengan Islam , maka pilihan mereka mungkin dengan semangat patriotisme dan liberalisasi serta hak kesamaan. Semua nya yang fitrah kebaikan bagi manusia. Juga yang diajarkan dalam Islam.Cuma diaturkan dan lebih dihormati serta dijagai dengan baik di dalam Islam.

Orang muda ini penuh idealisme. Keluarga saya adalah keluarga kuat UMNO.Bukan setakat keluarga kecil saya ini tetapi hinggalah keluarga sebelah ayah dan ibu saya. Tapi jika hujah “mengenang jasa UMNO” dan lain-lain menjadi buah silat nya..saya kurang minat untuk menerima. Mana-mana kerajaan terutama negara yang membangun ini,semuanya bila memenangi kerajaan dan menjadi kerajaan akan menjalankan tugas nya sebagai kerajaan.

Dan tugas kerajaan adalah untuk menjaga rakyat! Amanahnya adalah untuk rakyat.Kerana rakyat adalah aset terbesar negara.Apa guna kita ada harta dan aset yang sangat hebat tetapi rakyat nya hancur.Rakyatnya teruk.Bukan sedikit negara sebegitu rupa. Kerajaan-kerajaan di benua Afrika bukan sedikit sumber alamnya.Bukan sedikit jumlah penduduknya.Tetapi bagaimana sumber itu diguna dengan sebaiknya.

Dalam pandangan saya buat saya memilih seseorang dalam sesebuah pilihanraya,perama sekali akan saya lihat partinya.

Yang mana yang membawa aspirasi Islam dan juga setidak nya membela Islam.Dalam pandangan saya, cuma ada dua sahaja yang kita boleh terima pakaiAntara Pas atau UMNO. Jelas dalam perlembagaan PAS,memang aspirasinya adalah untuk membela Islam. Tapi kita tak boleh menidakkan yang UMNO juga membela Islam.Dan terang di dalam perlembagaan UMNO juga secara jelas menunjukkan UMNO juga membela Islam dalam aspirasi perjuangannya.

Kita juga perlu sama adil dalam menilai. Pertamanya, jangan cuma menilai Islam itu dari aspek pakaian dan kata kata yang keluar saja. Perlu lihat bagaimana track record nya yang terbukti.Bukan cuma fitnah dan mainan politik dari serangan masing-masing.Ah,bukan sedikit serangan yang ada selama kita berpencak dalam gelanggang politik tanah air ni.

Kedua-dua parti majoritinya adalah Melayu dan pastinya adalah Islam. Walaupun betul UMNO membawa aspirasi Melayu tetapi perlu sedar yang walaupun kita ini Melayu,kita tak boleh berpisah dengan kuatnya pegangan kita ini sebagai Muslim.Pas memang kita tidak boleh tolak aspirasinya dalam perjuangan Islam.

Jadi secara dasarnya, dua-dua turut membela Islam.Kalau dilihat pada track recordnya, sama saja. Ada yang dari dua belah pihak dituduh dengan macam macam tuduhan.Terbukti atau tidak.Wallahualam. Sebab kita mudah saja boleh claim kita ada 30 malah juta juta kotak bukti menunjukkan yang parti-parti yang kita serang ini bersalah.Dan kita pula sebagai yang dituduh boleh saja claim yang mereka itu cuba memfitnah kita.Benar atau tidak.Wallahualam.

Untuk sudut baik nya pun sama saja.Masing-masing sudah membawa jasa yang banyak dan tidak boleh dinafikan dalam membela ummat Islam bahkan seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan PAS dengan slogan negeri berkebajikannya memang bawa kebajikan kepada masyarakat oleh sebilangan pejuangnya yang ikhlas. UMNO juga begitu. Adakah anda mahu menidakkan?

Jadi jika kita faham yang itu,maka baru lah kita sedar pandangan kedua patut kita pentingkan adalah calon nya. Calon macam maca yang patut kita pilih.Bagi saya pertamanya biarlah dia itu ada iman.Ada taqwa.Tidak tinggi diri.Ikhlas.Mesra.Kata-katanya elok.Akhlaknya elok. Tidak mecari kesalahan dan bijak mencari solusi [malangnya tak ramai pemimpin kita seperti ini].

Kemudiannya baru dipilih kreadibilitinya.Professionalisme.Kekuatan.Mampu untuk berkerja.

Saya nampak banyak kebaikan jika kedua dua nya boleh berkerjasama.Bukan maksud saya bergabung.Tidak.Saya lebih faham yang kesatuan ini tidak mungkin mudah dilakukan jika pandangan dan ideologi kita tak sama.Apatah lagi jika masing masing memandang serong dan menuduh masing masing sejak berpuluuh tahun lamanya. Bukan mudah.

Kerjasama yang saya maksudkan adalah dalam merealisasikan kebajikan sebenarnya untuk rakyat Malaysia dan ummat Islam ini.Bukan nya sedikit. Di dalam UMNO dan PAS, masing masing punya intelektual yang terhormat.Profesional yang berbakat.Bukan sedikit juga cerdik pandai agama dala kedua belah pihak.Lihat kembali,PAS dan UMNO, rasanya banyak persamaan dan titik temu yang besar serta penting berbanding perbezaan nya.

Bayangkan jika titik temu yang sama iaitu Islam ini menjadi reason untuk  kita berkerjasama.Pemuda UMNO dan Pemuda PAS contohnya terkenal dengan lantangnya suara mampu berkerjasama sekurangnya untuk sama sama berkempen mengurangkan maksiat di dalam negara.Atau pun menjadi suara untuk menentang apa yang jelas nya salah. Dan bahkan tenaga mereka yang diakui selalu berkhidmat kepada masyarakat juga boleh diguna. Adakah membantu rakyat yang miskin contohnya untuk membuat rumah yang sempurna , memberikan khidmat pada mereka yang tak berdaya perlu juga slogan slogan politik dan exclusivity serta tidak boleh bergabung untuk berkhidmat.  Saya pernah berkerjasama dengan sahabat yang dalamnya dengan pelbagai pandangan politik dan ideologi dan kami semua menyedarinya.Kami mampu menjayakannya.Tiada masalah.

Itu baru sayap pemuda.Belum masuk sayap Wanita UMNO dan Muslimat PAS.Bukan sedikit bakti yang dapat dicurah.

Saya cuma memfokuskan kepada kebajikan.itu sahaja.

Jika kita berluma melakukan kebajikan dari berluma mencari kesalahan dan kesilapan, bukankah lebih adil untuk rakyat memilih?

Rakyat akan mampu memilih yang terbaik diantara terbaik.Bukan yang baik sikit je dari segerombolan pilihan yang buruk malah memudaratkan.

Jika kita semua berlumba untuk membuat kebajikan dan kebaikan untuk rakyat,bukankah itu aspirasi sebenar yang setiap wakil rakyat mahu lakukan.Pemimpin mahu lakukan. Bila kita menuduh dan mencari silap dan buruk nya orang lain, satu jari tuduhan kita menuju kepada orang tersebut tetapi baki 3 jari lagi menunjuk pada kita.

Maksudnya,ya,taktik menuduh dan menunjuk kesalahan orang itu adalah biasa tetapi hasilnya memakan diri. Hasilnya adalah melahirkan pemuda seperti saya yang nampak semua nya sama. Jika dibuangkan ‘pakaian2’ dan simbol serta slogan,semuanya sama saja.Dan saya bukan seorang yang seperti itu!Syukur saya tetap memilih dan memilih dengan Islam.

Tetapi jika masing masing berlumba bahkan bersama dalam membuat kebaikan, ah,alangkah indahnya..Saya cuma akan memilih pada mana yang terbaik dan saya tidak perlu risau jika yang saya pilih itu kalah kerana saya yakin parti yang satu lagi akan membawa kebaikan yang sangat hebat kepada masyarakat bahkan saya akan dengan terbuka hati akan sama sama membantu mereka untuk kebajikan rakyat. Bukan itu kah yang sepatutnya?

Kerana tanya diri kita, perjuangan kita ini untuk siapa??

Wallahualam

p/s: saya cuba mengambil pendirian menganalisa dengan saksama. Saya punya pandangan tentang politik saya sendiri. Buat masa ini, gerakan perjuangan wadah politik itu di Malaysia belum terbina tetapi saya tetap akan memilih dari apa yang ada depan mata sehingga lah wujud dan kukuh perjuangan yang saya katakan itu.

Ah, sedangkan setelah berapa tahun Al Ikhwan diharamkan dalam politik, mereka tetap berjuang.Siapa kata cuma dengan kuasa politik saja kita boleh bawa perubahan. Perubahan itu bermula dengan dasar yang mengakar dalam ummat.BUKAN PADA UNDANG-UNDANG DAN KUASA.

Al Ikhwan sudah membuktikan.Paling penting, Rasulullah sudah membuktikan.Tidak kah kita belajar??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s