Short note : dugaan

Salam.

Just a short one.

Dulu ada sahabat nasihat kan saya yang bila masuk dunia kerja ni makin banyak cabaran.Bila masuk alam pernikahan lagi banyak cabaran.Setiapnya ada strategi tersendiri untuk kita minimize kan cabarannya.Dalam kerja project management pun ada “risk mitigation”

Memang betul pun.Kita kena pandai berstrategi.Kena pandai merancang dan melihat sesuatu tu lebih jauh.

Cabaran bukan sikit.Bila dah pegang duit banyak maka mulalah nafsu mula mencucuk.

Bila dah penat kerja dan hati terasa untuk fikir “ah,aku dah penat kerja,baik aku rehat.Buat apa keluar ikut program.Esok nak kerja lagi.”

Bila pergaulan dah makin besar, masalah berkait hati pun boleh menjadi.Timbul rasa nak berpunya.

Bila dah ada kebebasan sendiri.

Bila kita mula rasa malas nak bergerak lagi.Hidup cuma untuk kerja aja.

Astaghfirullah.Maka buatlah pilihan yang betul.Jangan kita jadikan kerja kita Tuhan.Jangan kalau bila menikah pula jadikan keluarga itu Tuhan. Jadikan apa yang kita lakukan semuanya adalah dalam jalan cinta para pejuang.

Murabbi saya kata kuncinya disiplin.Nasihatnya lagi,perancangan dan pemilihan kena betul.Tapi apa pun, nafsu ni kita kena disiplinkan.Jadi, nak kuat,kita kena disiplin.Jangan manjakan nafsu kita.

Wallahualam

*baru habis baca buku Jalan Cinta Para Pejuang.hehehhe.

Life so far..

Alhamdulillah.

  • Genap sebulan berkerja.
  • Tak terasa menggunakan knowledge geology sangat.Turns out one day maybe tak jadi geologist lagi.Maybe management or HSE.
  • Work environment ok.Tapi cabaran besar.Cabaran masa,persekitaran, pergaulan,perhubungan. Bila dah kerja ni, jadi lain sikit.
  • Boss2 semua setakat ni ok.Banyak bagi nasihat.about life.
  • Pay is quite good.Not bad.Basic tak besar.Tapi bila campur allowance, boleh tahan jugak.Sama level kot dengan oil and gas..Sampai senior-senior lain cerita,kalau nak pergi company lain,susah..Kena cari company yang sama besar or besar lagi.
  • Perlu pandai bahagi masa dan berikan yang terbaik.Dalam kerja mahupun dakwah.
  • Perlu juga pandai menjaga hati.Takut kalau terikut-ikut.Bila lingkungan kenalan baru ni agak berbeza dengan sebelum nya,bahaya juga jadi nya.
  • Dah dapat pergi site.Maybe within 2 weeks. Just waiting for training Hazwoper di Filipina.waaa..lama nya nak tunggu.
  • Tengah membuat perancangan hidup… ­čÖé

 

Tu je kot

Bagai pohon

Assalam. Maaf sudah lama tidak update. Hambatan dunia kerja membuat kan hidup saya cuma diisi dengan kerja dan program.Penulisan kadang-kadang menjadi lupa untuk diisi.Astaghfirullah.Harus untuk kuat.Doakan saya.

InsyaAllah, saya cuba hadir dengan satu penulisan hari ini.Moga ini menjadi manfaat bersama….

ÔÇť Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seidzin Robbnya. Allah membuat perumpamaan-perumpaman (amtsal) itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat ÔÇť.
(Qs. Ibrahim: 24-25)

 

 

Subhanallah.Kalimah yang indah.Saya tidak layak dan tidak akan membicarakan penafsirannya.Mungkin lebih sesuai kita membicara apa kebaikan yang kita boleh dapat dari selembar kata cinta Rabb yang disampaikan melalui Rasul nya yang mulia.

Allah memulakan kalimah manis dan pencetus persoalan ini dengan sebuah persoalan.Dengan sebuah arahan.Tidakkah kamu melihat??Tidak kah kamu melihat?? Bukankah itu adalah satu arahan Allah.Satu bentuk persuasion.Menyuruh kita melihat dan menilai.

Bukan cuma memandang-mandang sahaj tetapi melihat dengan teliti.Menilai.Menganalisisi.Membuat pertimbangan.

Dan seterusnya daripada satu penglihatan dan pengamatan itu, bukankah akan hadir satu bentuk pemikiran.Satu bentuk persoalan untuk tahu akan hadir dalam hati yang membaca nya..

Seperti seorang ibu berkata ” tak nampak kah itu ini begitu begini??” Ia satu bentuk perkataan yang menyuruh kita berfikir.Jadi mari kita fikirkan ayat ini sengan sedalam nya.

Kalimah yang baik

Ah,kalimah apakah yang baik?Kalimah apakah yang disebut-sebut oleh Malikul Mulk ini.Inilah kalimah cinta.Ya ,kalimah yang membunga.Kalimah yang datang dengan sebuah kerja. Kerja yang menyeru sebbuah lafaz cinta.Kata yang mengajak manusia untuk meletakkan sepenuh rasa cinta  pada Allah.Bagi saya ini lah kalimah dakwah.Kalimah penyeruan.Kalimah yang menggerakkan akal dan jasad serta segala usaha untuk menumpukan fokus kepada mencintai Allah.

Lihat sahaja bagaimana kalimah ini membentuk seorang Umar.Seorang Abu Bakr.Seorang Ali.Seorang Ammar Bin Yasir.Setiap pemuda dakwah yang lain nya yang mengikut jejak langkah murabbi cinta terulung kita, Muhammad SAW.

Dan kalimah ini Allah gambarkan sebagai pohon.Mari kita lihat secara sains ringkasnya bagaimana sebatang pohon terbentuk.Saya seorang geologist.Bukan botanis.Tetapi kami versatil.Sedikit sebanyak ada juga ilmu berkait tumbuhan juga kami pelajari.Ah, jika ringkas penjelasannya, anak kecil 8 tahun juga boleh menjelaskan.

Bagai pohon

Alaminya, sebatang pohon yang kukuh dan rendang bermula dari sebiji benihBenih yang kecil.Yang lemah. Ia nya tumbuh dengan adanya tanih[dan baja juga] ,oksigen dan matahari serta air. Dan alaminya ia juga diganggu oleh haiwan perosak.Kia sedia tahu tanah dan kompos adalah penuh dengan kekotoran.Bayangkan anda pulang ke rumah sewaktu kecil dnegan pakaian yang kotor berlumur tanah dan lumpur.Itu mudah saja membuat kan ibu anda panas hati.Dan bayangkan kotornya najis haiwan.Itu semua kotor.Tetapi itu lah tempatnya sebiji benih tumbuh dengan mekar.

Kemudiannya, ia dibantu dengan cahaya mentari dan hujan. Dan ia pula terpaksa pula untuk berdepan dengan perubahan cuaca dan juga serangan haiwan perosak.Lalu kemudiannya, akarnya menjadi kuat.Akarnya menancap kuat menembus lapisan tanah.memegang kuat dan menyokong.Bukan akarnya sahaja yang kukuh memegang bumi,pucuknya bangga mendongak langit.Dan ia tidak pula malu dan bakhil mengurniakan buah yang manis dan menyegarkan.

Indahnya perumpaan kalimat yang baik itu sebagai pohon.

Mari kita ambil pengajaran dari sedikit ilmu sains yang Allah ajarkan kepada kita.

Dai itu adalah penyampai kalimah yang baik. Dan sunnatullah nya, penyeru kebaikan ini adalah sedikit. Ya , jalan yang dilalui oleh pemuda kahfi ini adalah jalan yang sedikit.Jalan perindu Muhammad ini adalah jalan yang sedikit.Sama seperti benih itu.Ia bermula dengan kecil Ia bermula dengan lemah.Dan permulaannya pula adalah di tempat yang “kotor” . Lihat saja sirah zaman berzaman. Dimanakah dakwah ini berula di tempat yang sudah sedia ada manusia beriman dan patuh kepada Allah?

Kisah Nuh, Isa,Musa sehingga Muhammad sekalipun, semuanya bermula dari tempat yang jahiliahnya dahsyat.Tetapi jahiliah itu lah yang menjadi baja.  Jahiliha itu lah yang membakar dan membentuk. Membentuk rasa revolusi.Membentuk rasa perubahan.Maka bermulalah ianya disinar mentari dan mengeluarkan pucuk.Ya, mentari itu adalah wahyu.Wahyu yang menyinari dan membuka langkah benih itu untuk mengeluarkan pucuk dakwahnya. Lalu, dengan siraman hujan semangat,kata-kata cinta dan sokongan, dakwah itu mula menancapkan akarnya seiring dengan tumbuhnya pucuk.

Akarnya ketika makin kuat, maka datanglah perosak yang merosakkannya. Disini , pohon ini adalah perwira yang menahan di bentengnya. Dia bertahan dengan sabar.Dan jika dia mampu menahan maka dia akan terus meninggi.Menjulang ke langit.Pentingnya, dia perlu bertahan.

Dan akhirnya, pohon ini dewasa.Rendang.Teguh.Akarnya jauh menembus bumi.Pucuknya menggapai langit.Dia tidak pula bongkak kerana ketinggiannya tetapi sedar akan wujud dirinya masih lagi pada bumi.Pada masyarakat yang masih lagi banyak perlu diperbaiki.

Disitu dia wujud dengan rendah hati tetapi bermaruah.Punya izzah dan kekuatan tetapi datang bukan dengan kebongkakan dan kesombongan.Bahkan dia datang dengan sumbangan dan khidmat.Dia datang memberikan buah yang menyegarkan hati dan keimanan.Buah yang manisnya  terus masuk ke dalam hati.Membua  mereka yang merasa menjadi nikmat dan tersenyum lalu merindui rasa itu dan terus hadir untuk mendapatkan buah yang mewarnai rasa dengan warna pelangi.

Dia juga datang sebagai tempat bersandar dan berteduh sang pengembara.Menjadi peneman yang setia. Bahkan pelindung kepada siapa sahaja yang memerlukan.Dialah sebenarnya yang memberi khidmat.

Dia idak pula meminta balasan terhadap apa dirinya.Cukup mentari kata cinta Ilahi dan hujan semangat yang membentuk dirinya..Tugasnya dia sedar masih banyak lagi.Untuk melahirkan lebih banyak ohon seperti dirinya..Pohon da’i murabbi.

Itulah da’i.Itulah da’i yang dirinya bagai pohon.Dirinya untuk agamanya.Dirinya untuk yang dicintainya.Dirinya hanya untuk cinta nya,Allah.

kenapa anda patut memilih seorang geologist :

1.Geologist itu Romantis Even batu dan mineral pun kami boleh mengenali dengan dalam,apa lagi untuk mengenali hati anda.

2.We can live with your faults

3.Kami ini adventurous.Hidup anda tak kan pernah boring!!-Well,how about going to fieldtrip for our anniversary.

4.Geologist Itu Mampu Hidup di Bawah Tekanan

5.We are very down to earth

6.Geologist pandai eksplorasi.

7.Kami menghargai!! Sebagaimana kami hargai sebiji batu yg tak dilihat orang lain.Makin tua umurnya makin kami hargai.

8.Kami unik.Kalau orang lain hadiahkan anda Gucci,kami carikan anda cincin zircon..susah nak dapat.

9.Fun travellers..Instead of going to Milan , we will bring you to visit the deep cave of Masjid Al Jeen, or take a look at active flows of a volcano.

10.We can handle with your “prepare” time.For us that is shorter than 100MYA

11.Geologist make better lavas

13.We are good at gardening.If you like a rock garden..inside your house.

14.We can rock your world!!

15.We know how to be gneiss!