Short note : dugaan

Salam.

Just a short one.

Dulu ada sahabat nasihat kan saya yang bila masuk dunia kerja ni makin banyak cabaran.Bila masuk alam pernikahan lagi banyak cabaran.Setiapnya ada strategi tersendiri untuk kita minimize kan cabarannya.Dalam kerja project management pun ada “risk mitigation”

Memang betul pun.Kita kena pandai berstrategi.Kena pandai merancang dan melihat sesuatu tu lebih jauh.

Cabaran bukan sikit.Bila dah pegang duit banyak maka mulalah nafsu mula mencucuk.

Bila dah penat kerja dan hati terasa untuk fikir “ah,aku dah penat kerja,baik aku rehat.Buat apa keluar ikut program.Esok nak kerja lagi.”

Bila pergaulan dah makin besar, masalah berkait hati pun boleh menjadi.Timbul rasa nak berpunya.

Bila dah ada kebebasan sendiri.

Bila kita mula rasa malas nak bergerak lagi.Hidup cuma untuk kerja aja.

Astaghfirullah.Maka buatlah pilihan yang betul.Jangan kita jadikan kerja kita Tuhan.Jangan kalau bila menikah pula jadikan keluarga itu Tuhan. Jadikan apa yang kita lakukan semuanya adalah dalam jalan cinta para pejuang.

Murabbi saya kata kuncinya disiplin.Nasihatnya lagi,perancangan dan pemilihan kena betul.Tapi apa pun, nafsu ni kita kena disiplinkan.Jadi, nak kuat,kita kena disiplin.Jangan manjakan nafsu kita.

Wallahualam

*baru habis baca buku Jalan Cinta Para Pejuang.hehehhe.

2 thoughts on “Short note : dugaan

  1. salam’alaik

    Waah, selamat datang ke alam kerjaya. Smg lebih matang dalam menangani apa shj permasalahan.
    Apa pendapat lepas baca buku tu?

    Sudah lama saya tidak update blog. Idea berjela-jela, tetapi sekarang terlibat dengan penulisan di sebuah majalah, jd lebih konsisten di situ. Juga sedang menyiapkan buku terjemahan Ar-Rasyad ke dalam bahasa Malaysia untuk tarbiyah aulad.

    • wa’alaikum salam.

      terima kasih.dah berkerja beza nya kesibukan saja.tapi dah terbiasa waktu zaman kampus so tak lah terasa sangat.pergaulan nya pun sama semacam zaman kampus.Beza nya dulu terikat dengan kewangan,sekarang sudah punya kewangan sendiri..alhamdulillah ada sahabat yg bagi support.permasalahan nya pn sama.cuma tackle dengan cara berbeza lah sekarang ni.environment kerja yg social environment nya sama macam waktu belajar dulu.mungkin ada sebab Allah takdirkan saya hidup dan berada dalam lingkungan pengaruh yg semacam ni.

      Jalan Cinta Para Pejuang itu buku yg hebat.Cerita nya dikisahkan secara santai.Tapi sangat memberi impact.Ye lah , kisah manusia syurga yang berjalan di muka bumi.Semua pasti terpesona.Tapi dapat diceritakan secara manusiawi.Kisah Ali dan Fatimah,Kisah julaibib,kisah Salman..dan bermacam kisah lain.Semuanya masih lagi manusiawi.Mengingatkan kita yg sahabanabi ini tetap manusia.Bukan malaikat.Dan sangat rasional dan logikal untuk kita cuba mencapai apa yang mereka capai.

      Saya pun akan menulis.Tetapi penulisan saintifik.Mahu start ambil part time master.Mungkin bermula dulu dengan menulis 2-3 scientific paper sebelum mula menulis master.Boleh saya tahu majalah apa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s