Bila diusik dengan kematian.Itu SMS rindu dari Allah.

Salam.

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu.Agak private sebenarnya tetapi selepas berfikir beberapa lama, saya rasa baik untuk saya kongsikan.Kerana saya baru berkerja, dan kerja saya adalah teknikal di tambah berkerja dengan sebuah syarikat international, maka saya disuruh untuk membuat medical check up yang ketat. Medical check up biasa ungkin cuma heart beat, x-ray ,timbang berat dan lain-lain.Tetapi medical saya ini termasuk juga check darah, ECG dan beberapa yang lain.

Jadi beberapa minggu lepas saya disuruh untuk hadir membuat check up pertama. Appointment ditetapkan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang. Prosedur biasa.Semacam biasa.

Seminggu kemudian saya mendapat call suruh untuk hadir semula untuk check darah.Maka saya pun hadir.Sabtu lepas kira-kira saya. Sampai disana ,semacam biasa saya just jalankan prosedur biasa.Seorang kakak yang bantu untuk mengambil darah. Kemudiannya sambil menunggu, saya berjumpa Dr untuk review kesihatan. Dan saya bertanya kepada nya kenapa kena ambil lagi sekali.Sambil berseloroh , ” Darah hari tu tak cukup ke Dr?” Dr maklumkan saya darah saya ada kandungan protein [tak silap saya lah] yang lebih tinggi dari normal. Ok.So, proein.What’s the big deal. So, saya tanya lagi, that 1 indicator of what?

Mula nya Dr tak mahu beritahu.Dia cuma kata ” We dont know.” Tapi sebab saya ni jenis keras kepala dan insist nak tahu, maka saya terus korek cerita.Akhirnya Dr beritahu biasanya jika keadaan begitu ia adalah tanda tumor dan mungkin asal dari liver.Sama ada kanser atau tidak , itu tak tahu. Kerana itu ahu ambil test darah lagi sekali untuk pastikan tak silap.But Dr kata lagi test darah is not highly indicative.But kalau lagi sekali sama bacaan, need to do Ultrasound and Gastro-what-ever-it-is untuk confirmkan.

Astaghfirullah.Astaghfirullah.

Saya walaupun geologist saya tahu apa maknanya. Jika liver cancer, itu adalah penyakit yang berat. Penyakit pembunuh senyap.Slow and painful death. Cuma ada 10-20% chance surviving. Dan kalau di diagnos peringkat awal pun biasanya cuma boleh tahan 5 tahun.

Lalu saya tanya Sr Nurse di situ ; ” Usually kalau positie test darah tu, biasanya berapa percent confirm cancer?” Then nurse tu cakap, this is not usual cancer.Your case is the rare one.

Ya Allah.Ya Allah.

Sewaktu itu dah macam-macam fikir.

Ah, semacam itu saya fikir. Bukan kita yang tentukan ajal.

Sewaktu itu Allah saja yang tahu betapa takutnya saya.

Takut dengan dosa yang banyak.

Takut dengan masa depan adik adik dan ibu bapa.

Takut hidup yang dilalui selama ni sia sia.

Sewaktu itu saya tidak terfikir tentang takutnya mati dan sakitnya ia.

Tetapi apa yang menakutkan saya adalah apa yang jadi selepas mati.Dekat mana saya berada.Dengan dosa yang banyak dan amal yang sedikit bahkan banyak pula maksiat, cukup kah untuk masuk syurga? Ya Allah, menggeletar badan sewaktu tu.

Nak mengkhabarkan kepada mak ayah takut akan buat mereka bertambah risau.Lagipun result test belum keluar.Saya tak tahu mana hendak pergi.Bukan tak mehu berkongsi tetapi kerana terlalu sayang.Allah saja tahu apa yang saya sanggup korbankan untuk gembirakan mak ayah saya.

Saya bayar bill, keluar dari gleneagles tanpa tahu dan ingat berapa saya bayar.Duduk di luar di penjuru dan air mata keluar bercurahan.Saya naik teksi.Saya tak tahu ke mana nak dituju.Pertama sekali saya minta untuk dibawa ke masjid.Ya disitulah saya mencari ketenangan.Setiap waktu disitulah.

Tapi malang, teksi itu tak berapa tahu jalan ke masjid yang dekat dan dia kata susah pula nak cari teksi lain nanti.Saya minta untuk hantar ke LRT.Hati berkecamuk lalu minta pula hantar terus ke rumah..Dan niat berubah lagi buat kali terakhir saya minta pak cik itu hantar saya ke rumah murabbi saya.Yang telah saya kenal dan percaya sejak bertahun tahun.

Apa yang saya takutkan adalah nasib ibu bapa saya.Ya,walaupun mereka berpendapatan dan agak selesa juga, saya ini anak yang sepatutnya menjaga mereka bukan sebaliknya. Saya yang sepatutnya menjaga mereka dan membela mak ayah saya dan jika ditakdirkan one day mereka pergi saya yang patutnya menyelesaikannya hingga ke akhir.Bukan sebaliknya..

Saya tak nak kecewakan mereka.Ya ALLAH..

Ya Allah..Takutnya saya..

Saya takut tentang nasib adik-adik perempuan saya.Siapa yang akan jaga mereka. Siapa akan marah orang yang kacau mereka kalau saya pergi.

Ya Allah,takutnya saya.

Saya takut apa yang sala lakukan selama ini nanti bila di depan Allah terbang ditiup angin bahkan lebih dahsyat lagi disepak dan dibuang jauh jauh bagai sampah.

Ya Allah,takutnya saya.

Dan ketika ini macam macam yang bermain di fikiran. Sewaktu ini hati berkecamuk.Antara haq dan bathil.Dalam hati berbisik-bisik kenapa jadi macam ni.Aku baru nak mula start hidup.Baru mula kerja dan baru mula kerja yang bagus. Belum pun mula mendirikan keluarga.

Sewaktu ini pula datang bisikan lain yang meneguhkan, “Belum tahu lagi resultnya.Allah nak uji je ni”

Sedang hati berkecamuk, jiwa jadi kosong.Tak tahu apa nak buat.

Sesampai di sana,kepada murabbi saya , saya kongsikan..Saya menangis.Takut.Alhamdullillah,saya beruntung mengenal beliau.Ditenangkan nya saya.Nasihat beliau berikan.Kata kata semangat.Walaupun saya cuba gagahkan diri untuk tak menangis,keluar juga air mata.

Saya walaupun sedih, tetap cuba untuk kuat.

Sewaktu petangnya saya meneman beliau sekeluarga ke rumah orang kahwin. Sedang dalam perjalanan , dapat call dari hospital yang test itu positif lagi.Darah saya punya kandungan protein yang sedikit tinggi.

Ya Allah.Ya Allah.Ya Allah.

Lutut menggeletar.

Alhamdulillah, ada murabbi saya untuk tenangkan hati dengan nasihat.

Hospital menyuruh saya untuk test ultrasound hari isninnya pula. Sepanjang selang waktu itu, bermacam macam bermain dalam fikiran. Mengingat kembali kepada siapa saya masih berhutang.Siapa yang sakitkan hati.Siapa yang pernah saya kasari.

Dalam fikiran sewaktu itu pula macam mana mahu mengkualitikan ibadah.Macam mana ahu jadi perkerja yang baik.

Dalam doa saya , terus saya berdoa;

Ya Allah , janganlah kau takdirkan penyakit ini kepada ku.Tetapi jika itu takdirku, dan aku akan mati, maka matikan aku sebagai syahid dengan kematian yang baik..Pelihara ibu bapaku dan keluarga ku…Pelihara perjuanganku..

Sewaktu itu terfikir kepada siapa saya boleh beramal.Dan apa saya akan lakukan.

Ya Allah.Takutnya saya.

Esoknya, saya ke gleneagles dengan rasa takut.Tetapi redha. Apa pun yang jadi saya redha. Nurse kata “pray hard”.Walaupun dia cuba menenangkan, saya jadi bertambah takut ada lah. Saya pergi untuk ultra scan.Alhamdulillah,tiada apa.

Ya Allah.Ya Allah.Air mata keluar laju.

Saya diarah pula untuk ujian gastro..Dan Dr juga kata tiada apa.

Ya Allah.Ya Allah..

Hanya Allah saja tahu betapa apa yang ada dalam hati saya.

Betapa sebenarnya, peristiwa yang Allah jalankan kepada saya ini adalah SMS rindu.

Mungkin saya terlalu banyak bermaksiat. Lalu Allah suruh saya berjumpa kembali  dengannya.

Mungkin Allah mahu saya berubah kan diri.Mungkin masih ada lagi maksiat dalam hati.

Atau hati ini sudah lama keras untuk mendengar kata cinta dari Nya maka dia berikan satu SMS rindu.

SMS rindu usikan kematian…

Walalhualam.

p/s: Moga ini menjadi bingkisan atau saham untuk saya jika satu hari nanti saya tak ada lagi.

Percayalah, sentiasa cuba ingati mati..Walaupun cuma sedikit kematian mengusik kita, ia dapat mengubah diri seorang manusia.

2 thoughts on “Bila diusik dengan kematian.Itu SMS rindu dari Allah.

  1. salam’alaik. syafakallah. Tahniah kerana masih punya masa untuk muhasabah dan beramal. Signal itu hanya untuk orang soleh.Terpulang kepada individu tersebut samada mahu mengambil peluang ni ke arah kebaikan atau terus tertekan tanpa amal.Namun,kita punya Tuhan yang Maha Mendengar.Pintalah apa shaja.Pintalah juga untuk dijauhkan penyakit ini sekiranya ia baik untuk agama, bukan untuk kita.

    Jangan lupa update follow up diagnosis seterusnya.Jika perlu undergo apa2 rawatan untuk usaha mencegah, ambillah. Hidup berjemaah adalah untuk saling membantu.

    semoga tenang

    • wslm.terima kasih.alhamdulillah Allah sebenarnya masih rindu.mungkin ada byk silap nya dalam diri dan dia masih sayang.dan Dia masih lagi mahu membenarkan bernafas lebih lama sedikit dalam hidup manusia yg singkat ini.

      alhamdulillah, x da apa2.high protein in blood cuma indicator kecil saja.after ultrasound scan, xda apa ditemui.

      jadi,majalah apa yg saudari tulis skrng?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s