Janganlah buang..kesian..bagi lah kat orang..bagi saya pun saya akan cuba untuk bela

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam tempoh sebulan ini, selain di penuhkan dengan isu kemerdekaan, bendera, tema hari merdeka dan yang lain nya yang seakan mengambil begitu banyak perhatian kita, kita juga dikejutkan dengan satu isu yang berterusan sudah lama.

Masalah buang bayi.

Dalam bulan ini 2 kes tergempar berkaitan isu ini yang terjadi.Satu nya di Kuantan bila mana seorang remaja  berumur 16 tahun yang cuba untuk ‘flush’ bayi baru lahirnya ke dalam tandas. Dan yang paling baru seorang ibu muda di tahan kerana mencampak anak yang aru lahir dari flat kediaman mereka.

Astaghfirullah.Mana letak nya rasa sayang? Atau setidak nya rasa manusiawi.Kita,bahkan seorang lelaki yang samseng pun bila melihat seorang bayi,akan lembut hati nya kerana melihat comel nya bayi itu dan betapa bersih dan suci nya ia.

Benar ,isu ini bukan isu baru. Isu ini sudah lama diperkatakan. Ketika membesar dalam zaman 90-an mungkin berita sebegini tidak lah tersebar luas. Tak tahu lah saya ketika itu kita tidak lah se ‘gila’ zaman kita sekarang atau ketika itu berita tidak lah tersebar dengan cepat kerana internet tidak semacam sekarang.

Saya cuba merungkai kenapa hal ini terjadi tetapi jujur saya tidak dapat mencapai kepada konklusi.Bagi saya ini asas nya adalah masalah iman.Tetapi mari kita sama-sama merungkai sedikit sebanyak factor yang berkait.

Asas Hidup Seorang Muslim.

Saya yakin ini lah factor paling utama generasi ini menjadi sebegitu dahsyat sekali. Saya berumur dalam 20-an. Dan saya rasa layak untuk berkongsi kerana saya antara yang berada dalam generasi baru ini.Apa yang terjadi adalah didikan. Didikan untuk menjadi seorang Muslim. Ada yang diantara kita diberikan pelajaran yang bagus. Mungkin kerana generasi ibu bapa kita dahulu adalah generasi yang banyak mengalami rasa susah. Dan ketika mereka Berjaya,mereka tidak mahu kesusahan yang dialami itu turut sama di rasai oleh kita semua. Lalu disediakan segalanya. Sehingga kita mencapai status yang baik dalam masyarakat. Tetapi mungkin ada dari kita yang diberikan itu semua, tidak diberikan satu perkara iaitu didikan agama yang kuat dan akhlak yang baik.Mungkin ketika kecil dihantar ke sekolah agama. Tapi setakat itu sahaja sedangkan dirumah yang dititkberatkan adalah berapa jumlah A.Pergaulan sesama rakan berlainan jantina dilupa. Bahkan adat kita orang Melayu yang banyaknya bersendi syarak juga dilupa generasi baru. Dahulu, kalau seorang lelaki keluar berdating dengan anak dara, heboh satu kampong dan perkara ini dilihat tidak baik.Tetapi sekarang, itu bukan isu besar.

Jadi, bila tak di ajar, nilai-nilai yang baik itu tidak diwarisi. Dan akhirnya sampai apa yang baik dan buruk itu pun kita tak dapat beza kan.

 

Budaya

Ya, ini juga peranan pentingnya.Budaya kita sudah makin berubah.Oh, kalau tak punya kekasih zaman sekarang ,itu amat pelik! Saya pernah ditanya, “ macam mana kau nak kahwin kalau tak ada girlfriend? Macam mana kau nak ada girlfriend kalau tak dating?”  berpegang tangan,itu dianggap biasa. Yang luar biasa kalau duduk di rumah. Lantas dianggap tak laku dan anti-social.Mungkin kita dicanangkan dengan budaya luar dan dalam pada itu kita juga semakin terhakis nilai murni lalu kita menerima nilai-nilai luar yang ternyata buruk untuk kita sedangkan kita percaya ia baik untuk kita.

Cinta,Perkahwinan dan Kekeluargaan.

Ini sebenarnya berkait dengan dua hal yang diatas. Bilamana kita tiada nilai-nilai baik yang diajar oleh Islam, kita mula menerima nilai-nilai luar. Kita merasakan perhubungan kita sebagai pasangan kekasih itu cinta suci.Cinta paling agung. Tak ada yang paling indah selain dari itu. Lalu semua dilakukan adalah sedap sahaja di mata.Semua Nampak baik dan suci walaupun sebenarnya keji dan maksiat.Bila ditegur, terus melenting dan kata “ Biarkan aku dengan hidup aku.Jangan ganggu kebahagiaan kami”.

Maka di situlah bermulanya syaitan ketawa terbahak bahak ketika si gadis menyerahkan kehormatannya kepada lelaki nya Cuma dengan alas an sayang, cinta bahkan kononnya menjadi bakal suami.Sedangkan apa yang benar-benar pasti?? Tiada! Kecuali murka Allah.

Cukup 9 bulan, maka lahirlah satu zuriat dan ketika itu kita pun tahu apa drama yang berlaku.Akhirnya bayi itu dibuang.

Alhamdulillah, mungkin ada yang terselamat dari zina dan mendirikan keluarga. Alhamdulillah. Tetapi itu bukan bererti selamat. Banyak alasan untuk elak maksiat. Benarlah. Itu yang sebaiknya. Tapi pernikahan ini bukan semata untuk itu. Pernikahan ini adalah komitmen. Bukan cuma cinta. Untuk cinta tidak susah.Tetapi untuk memberi kan komitmen bukan nya mudah.Semuanya kena sedia.

Senanglah saya nak tanya , kalau kita sendiri tak reti solat, mampu kah jadi imam kepada keluarga?Atau ibu kepada anak-anak kita. Ini baru sedia tentang perkara paling asas iaitu solat dan isu solat inilah punca cerai dalam masyarakat.

Sungguh pun saya tidak setuju dengan masalah “couple” kini, saya tahu sebagai orang muda kita sukar untuk membendung rasa hati.Bahkan untuk menikah dalam budaya kita sekarang bukannya mudah malah seakan tidak realistic untuk bernikah dalam umur sangat sangat muda.Maka tidak mampu, puasalah. Atau setidaknya bagi saya, jika ingin sangat berjumpa, berjumpa di rumah keluarga.Berbual bersama ibu bapa nya.Biar datang kita dengan terhormat..

Tidak semua dalam pernikahan ini adalah senyum dan ketawa.Ada tangisnya.Ada dukanya. Tapi bilamana kita tidak realistic dalam menilai maka timbul lah harapan menggunung yang tak tercapai.

Benarlah kata Rasul. Pilihlah yang ada agamanya. Untuk lelaki mahupun wanita. Asas nya adalah agama.

Kerana jika dia adalah orang yang beragama ya’ni menjalankan Islam dalam kehidupan bukan sahaja dari akidah dan ibadahnya, tetapi juga akhlaknya, perasaan dan perlakuannya,insyaAllah masing masing tidak akan dizalimi.Sediakanlah diri dari segi agamanya, mental nya, fizikal nya dan kewangan juga.

Jika belum sedia, bersabarlah dan sediakan diri.

Tekanan

Kerana apa saya turut masukkan tentang keluarga? Ya, ada juga kes bayi dibuang atau dibunuh oleh pasangan yang sudah sah menikah. Kerana itu saya sertakan sekali. Kerana mereka yang tak bersedia ini mudah di patahkan dengan tekanan. Lagi pula berada dalam kehidupan di Bandar. Ketika bujang, gaji kita Cuma untuk tampung diri sendiri. Ketika mula bernikah Cuma bersama isteri. Tetapi bila sudah mempunyai anak, ada kos lain yang perlu ditampung. Bahkan pendapatan isi rumah bawah RM3000 sudah dikira sebagai miskin.Bilamana tidak dididik dengan Islam dan tidak yakin dengan janji Allah malah merasa tertekan dengan hidup, maka syaitan mula menghasut. Akhirnya anak yang tak berdosa menjadi mangsa.

Saya pernah berjumpa seorang lelaki.Betapa begitu dia percaya pada usaha dan janji Allah. Kerja nya Cuma mat dispatch.Anak sudah dua. Gaji kecil. Dia cuba menampung dengan menjual insuran. Katanya  “ aku yakin rezeki ni Allah yang bagi kalau kita usaha. Cuma lambat atau cepat aja.”

Kesimpulannya……ini semua kembali kepada isu iman.Isu tarbiyyah. Kita cuba selesaikan masalah ini, dengan buatkan tempat khas untuk bayi yang kita tak mahu. Tanpa kita sedar masalah ini berbalik semula kepada iman. Iman dan taqwa itu yang patut nya menjadi pakaian, tidak dipakai bahkan kita mengambil nilai luar untuk pakaian kita.Akhirnya, berbalik kita untuk sama usaha membina keimanan kita.

Atau kah mungkin dalam keseronokan kita memilih bendera bendera, tema, dan slogan  kita terlupa ummat kita makin rendah maruah dan akhlaknya…

Tajul Rijal Annuar

 

Update diri

Assalamualaikum

Dah lama sangat saya tak update cetusanminda. Mungkin passion untuk menulis sudah dilunturkan dengan kehidupan yang dijalani saban hari.

Career

Oh, saya kini sedang mencari kerja baru. Yang lebih kena dengan minat. Banyak juga tawaran yang datang.Ada yang hadir dengan gaji yg agak lumayan. Ada yang hadir dengan cabaran yg menggoda..Mugkin pengalaman kerja di firma konsultansi banyak membawa keuntungan dalam resume saya. Ada juga tawaran untuk memulakan bisnes. Dan itu benar benar menarik hati saya.

Tapi saya belum betul-betul memilih..

Pemilihan kerja yang betul dari peringkat awal amat penting.Kerana ia akana menentukan hala tuju kita in next long years to come. Saya memang mahu membina perniagaan sendiri. Tetapi saya belum cukup pengetahuannya lagi. Mungkin boleh cuba.

Saya baru berumur 23.Masih muda dan mungkin boleh buat keputusan mencuba-cuba dalam setahun atau dua sebelum benar-benar serius memikirkan hala tuju hidup.Mana tahu mungkin apa yang saya cuba itu end up apa yang saya inginkan.

Kerana selama ini hidup saya terasa semacam benar-benar ikut track yang dirancang.By certain time I must achieved certain parameter. But then, I hate the sense of prior planning of life although I consider myself a strategist and cannot do any thing without proper plan.Saya sukakan cabaran dan saya ingin mengikut rasa hati.Jadi kita lihat macam mana nanti. Jika saya berkerja pun , saya akan mencari apa yang saya inginkan. Jika saya mencebur diri dalam bisnes, saya akan jadi antara yang terbaik.Mungkin mula dengan sesuatu yang kecil kemudian beransur kepada yang besar.

Politics

Saya berasa sangat terganggu dengan perkembangan politik Malaysia ini. Ya, diseabkan keadaan sekarag yang haru biru, ramai yang meulat dengan perkembangannya. Senang sahaja : Different animals, Same shit!!

Cumanya kita hanya dapat memilih antara yang paling baik diantara yang terburuk.

Tanggalkan warna bendera..semuanya tak ada beza ketara. Saya tidak nampak PAS sebagai perjuangan Islam walaupun saya juga banyak menyokong idea yang dibawa. Pas adalah parti politik. Tidak lebih dari itu. Perjuangan Islam menuntut ahli nya kembali kepada kesucian akidah sebagai asas dan menjaga lainnya seperti ibadah dan akhlak. Dan saya tak nampak itu berlaku sepenuhnya bahkan saya nampak tak ada beza Pas dengan parti lain. Pas cumalah parti politik yang membawakan aspirasi Islam dan mesej Islam dalam propaganda politik . Lebih dari itu saya rasa tidak.

UMNO pula bagi saya memang parti melayu Islam dan sudah jelas itu yang mereka nyatakan.Mereka adalah nasionalis. Tetapi dalam masa yang sama adalah muslim kerna secara biasanya seorang melayu di tanah melayu adalah muslim. Maka secara automatik kebanyakan tindakan dan sensitiviti orang UMNO adalah kepada bangsa dan agama. Mereka ini amat peka terhadap apa yang berlaku kepada agama dan bangsa melayu. Sungguh pun dihina munafik dan bagai gelaran lagi, saya nampak UMNO lah parti yg giat mempertahankan Islam dalam Malaysia. Benar, ada di kalangan ahli nya korup tetapi dalam parti mana pun ia tetap berlaku.UMNO adalah satu parti yang bagi saya perlu di luruskan.Potensinya telah terbukti.Perjuangan nya sudah tak perlu dipersoalkan..Jasa nya tidak dapat kita sangkal.

Alangkah baiknya jika kedua parti majoriti orang Melayu Islam ini cuba untuk merendah diri dan membuka hati menuju ke arah satu isu yang sama.PAS punya ramai ‘alim dalam bidang ilmu Islam. UMNO punya ramai nasionalis yang bersemangat dan sayangkan Islam.

Jika ulama Pas ini membuangkan sentimen memunafikkan UMNO dan menganggap mereka ini tak semuslim mereka dan nasionalis UMNO pula merendahkan diri untuk cuba mendengar idea yang cuba disampaikan, mungkin banyak kebaikan yang boleh dicapai oleh Muslim di Malaysia ini.PAS mungkin punya nasihat yang baik..Dan UMNO sudah terbukti pada reputasi mereka mencapai sesuatu dalam perjuangan mereka.

Dalam BN , UMNO sahaja parti yang mampu menekan kemaraan MCA dan MIC. Dalam PR, tiada siapa yang mampu untuk menjadi juara. Masing masing dengan agenda sendiri dan punya misi tersendiri yang selalu nya bertentangan sesama mereka. Maka bukankah sebaiknya jika, kalau tidak mampu bergabung, PAS dan UMNO setidak nya berkerjasama untuk kebaikan orang Islam di Malaysia.

Bila mana politik label melabel berlaku, keadaan yang terjadi amat buruk sekali.

 If you repeat a lie often enough, it becomes the truth.-Joseph Goebbels

Dan ini lah yang terjadi.

PR melabel UMNO dengan label yang macam-macam. Benar atau tidak kita tak tahu..Dan begitu sebaliknya..Untuk memilih parti mana, saya sudah capai kepada konklusinya. Untuk berjuang di dalam nya, mungkin tidak… Saya berdoa akan wujud parti baru yang lebih pragmatik dan terdiri daripada Muslim yang benar2 perjuangkan Islam. Dan bila itu muncul saya akan bersama dalam saff nya.

Musim Nikah.

Ini tajuk sensitif… Allah. Saya memang tak dapat elak bila diusik kawan kawan dan mereka yang terdekat berkaitan isu ini. Sebagaimana yang saya kata pada awalnya, bilamana dalam hidup ada fasa-fasa yang kita sudah jangka. Saya sudah capai fasa punya pekerjaan dan kewangan sendiri. Alhamdulillah, kewangannya juga agak memuaskan untuk pemuda seperti saya. Cukup lah sampai dapat memberi sedikit kepada parents dan adik adik dan cukup untuk hal yang tak terjangka.

Maka, pastinya soalan yang ditanya, bila pula giliran saya. Lagi pula ini musim orang bernikah. Dalam beberapa bulan ini rasa nya sudah sampai 10 orang yang saya kenali dengan dekat mendirikan rumah tangga. Dan kebanyakan nya dalam usia saya.

Bila ditanya saya tersenyum saja.. Siapa yang tidak mahu. Saya juga mahu.

Memang ada menyimpan hati….Cuma perlu hati-hati..Takut menyimpan harapan,patah hati…

Jalan yang saya tapaki , dan yakini menyarankan untuk menikah.Bukan bermula dengan pasangan kekasih.Tidak. Sekali kali tidak.Tetapi bercinta selepas nikah. Itu yang terbaik.

Cukup bagi saya orang yang ingin memperbaiki diri sama-sama. Saya tidak mencari yang sempurna. Tak pandai masak tak apa. Saya masak sendiri pun sedap.Cukup elok pekertinya, agamanya…kenal keluarganya dan dia faham apa say perjuangkan…

Sebab saya juga tak mampu menjanjikan diri saya sebagai lelaki sempurna. Awesome mungkin.Tapi bukan sempurna.

Pasti nya nikah bukan dalam masa terdekat.Mungkin beberapa tahun lagi.2,3 tahun lagi ke…

Wallahualam.. 🙂