mari story-mory sikit

Salam.

entry kali ini cuma cerita-cerita perjalanan hidup aja.

Result

Result dah keluar.Alhamdulillah.Tak la gempak. Saya memang still tak puas hati.Especially Mapping and Geophysic.Igneous memang sah-sah kantoi sebab tak pandai phase diagram.

But apa-apa pun, tetap perlu bersyukur. Walaupun satisfaction itu tak ada. Bagi saya jangan pernah rasa berpuas hati.Bersyukur ya..Tapi bukan berpuas hati.Kerana dengan mudah berpuas hati ,kita menutup pintu perkembangan.Kita merasakan kita sudah cukup sempurna.Kita rasa kita dah berjaya atas segalanya.

Bak kata abang Ridzlan Ghazali pada comment di facebook wall saya, gratitude and satisfaction is two different things.

Rasanya mundurnya ummat Islam sebab tak tahu membezakan antara syukur dan puas hati. Lihat sahaja Rasul, baginda seorang yang paling bersyukur sampai baginda solat bengkak-bengkak lutut lalu ditanya Aisyah ..dan dijawab Rasul :

Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur??

Tetapi kalau baginda seorang yang mudah puas hati maka rasa nya baginda akan berhenti sewaktu dakwahnya diterima Khadijah sahaja. Tapi tidak.Baginda tak kan berpuas hati sehingga seluruh ummat manusia ini selamat di dalam Islam. Lihat waktu wafat nya, “Ummati!! Ummati!! Ummati!!”

Umatku!! Ummat ku!! Ummatku!!

Dan waktu lepas dapat result ni sebenarnya Allah nak tengok sama ada kita masih lagi betul atau tak istiqomah dalam berada dalam jalan Tuhan.. Dulu waktu exam,kuat solat.Solat sunat semua buat..Jadi macam wajib dah..Tapi lepas exam, adakah kita ni jadi macam orang tak ber Tuhan?? Wallahualam..

Ke MRSM Berseri

9 hb lepas saya ke MRSM Beseri.Ambil adik bongsu saya lepas dia tamat paper Prinsip Akaun.Ke sana naik teksi. Dan apa yang menjadi pengajaran buat saya adalah driver nya. Sepanjang 30 minit perjalanan, dia ceritakan saya masalah sosial masyarakat.Masalah politik.Masalah ummat Islam. Saya sebagai anak muda layaknya untuk diam dan dengar..

Pulang dari MRSM Beseri,saya naik teksi yang sama..Saya diberikan taujihat lagi.Secara tak formal pun. Kagum dengan pak cik ni. Kali ni dia berikan punca.. Dia kata apa pun penyelesaian kita buat, tak kan berkesan sebab ni semua masalah iman. Jadi kita kena selesaikan masalah iman.

Sayalah manusia paling beruntung hari tu.Mendapat pengajaran dan diberi kan kesedaran oleh seorang yang hebat. Seorang pemandu teksi yang hebat.

Ke Singapura.

Saya masih di Singapore.Tinggal dengan mak saudara saya. 2 orang sepupu saya melangsungkan walimah.Seronok dapat berjumpa keluarga yang dah lama dan jarang-jarang jumpa. Bukan mudah.Jarak perjalanan dan masa sangat menyukarkan.. Seronok. Tengok anak-anak buah dulu kecik-kecik je.Sekarang dah besar. Sepupu-sepupu dulu pun kecik-kecik,sekarang ada yang dah kahwin.Ada yang nak kahwin.Dah kerja.Dah ada anak.

Seronok sangat. Walaupun saya tak lah berkenan sangat nak duduk Singapore ni lama-lama.Sesak nafas. Tapi presence of families tu yang mengatasi semuanya. Saya suka kan Miri.Langkawi.Tempat-tempat yang tenang. Singapore bukan untuk saya.Sebab tu sepanjang berada dekat sini,adik-adik saya je yang kuat berjalan.

Saya duduk rumah menghabis baca kan dua buah buku yang saya jumpa di kedai buku disini. Yang pertama Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin[Zainab Al Ghazali] dan yang kedua Pergolakan Gerakan Islam[Fathi Yakan]. Harga nya relatif murah. Campur dua-dua sekali baru 10 dollar. Sangat berbaloi. Akan saya huraikan tentang penulisan mereka nanti.

Tuan kedai tu sangat baik hati. Saya juga sedang cari kitab Fi Dzhilal Quran..Harganya agak murah..Tapi tak jadi beli sebab tak cukup jilid.

Bila dah jumpa saudara mara ni, banyak dapat belajar.

Kalau budak-budak macam sepupu yang masih Elementary or anak-anak buah yang kecik-kecik , mesti cerita pasal Cartoon

Kalau yang dah menengah dalam umur 13 ke 18 cerita pasal sekolah, bola, gossip, GF/BF.

Yang dari umur 18-20 cerita belajar atau kerja atau National Service.and GF/BF

Yang umur 21-30, ni lah umur waktu paling bahaya.Mesti ditanya, dah ada orang dah ke? Dah ada calon?Dah ada orang tempah? Bila nak kahwin? Saya dalam masa berapa hari ni je dah 4 orang saudara jauh yang tanya soalan tu. Ada yang tanya tak bawak anak-anak ke?Bukan lah tak sabar. Saya pernah cerita dalam entry-entry sebelum ni tentang apa yang saya mahukan. Bagi saya pernikahan ni cuma satu alat untuk kita mencari redha Tuhan,jadi biar lah saya dapat alat terbaik iaitu Baitul Muslim Harakiah.Bukan cuma nak cukup syarat sahaja.Cinta manusiawi sahaja tak cukup untuk menampung perjuangan mencari redha Tuhan.

Soalan yang ke-2 lazim : Belajar ke kerja lagi? Ni pun segan gak nak jawab.Muka macam dah tua.Tapi still belajar lagi.Sepupu yang muda-muda dah kerja dah.Cousin saya cakap “Kau ni dari kecik sampai besar belajar,tak bosan ker”

hahhahaha..

masuk umur 30-40 , cerita pasal anak-anak. Ni sangat best..Sebab selalunya ada budak-budak kecik sekali..

Masuk umur 40-60,cerita pasal penyakit. macam berlumba-lumba pulak siapa yang paling banyak ada penyakit..

Masuk 60 tahun ke atas, soalan banyak tanya, siapa yang dah meninggal? Dia ni ada lagi ke tak..Ke dah pergi dah…

Dengar perbualan-perbualan tu semua,seronok..Sebab saya juga akan masuk fasa-fasa tu..

Baiklah…tu sahaja setakat ni..banyak lagi nak cerita.Tapi nanti lah.Biar disimpan dulu.

Wallahu’alam

4 thoughts on “mari story-mory sikit

  1. assalamu’alaikum

    entri santai tapi punya ibrahnya. Semoga percutian jauh di singapore itu mampu dimanfaatkan. Biarpun, di mana kita, daei itu harus cambah untuk memberi kebaikan. ambillah setiap kesempatan untuk menjadi qudwah. teladan tanpa perlu bicara. mudah-mudahan.

    tahniah juga atas keputusan exam sdara walau apapun keputusannya. sykur itu menambah usaha, sedang puas hati itu merencat kemahuan untuk lebih berusaha.Moga inilah motivasinya untuk kita lebih berprestasi. Dri satu sudut ia adalah ujian,ujian kesetiaan pada jalan yang telah kita akadkan namun dari satu sudut ada kelemahan yang perlu dibaiki. ambillah kedua-duanya suapaya adil.

    saya, dan kami pasti menunggu kupasan buku bacaan saudara. semoga ia adalah harta jariah yang menjadi bekal di hari akhir.

    Nanhnu Duat Qabla Kulli Syai’

  2. Salam.

    anda benar. manusiawi kita ,adalah sukar untuk tetap dengan apa yang kita yakini dalam suasana yang lain dari persekitaran asal kita.tetapi bila kita adalah manusia yang dididik dengan Islam dan ditempa dengan cuba mengikut qudwah Rasul,maka kita cuba untuk mengikut jalan yang telah di harungi Rasul.maka akhlak Rasul juga adalah dakwah yang kesannya sangat hebat.Tetapi,saya akui,bukan jalan mudah tetapi ia adalah jalan yang benar dan pasti.

    Terima kasih…yaa..exam juga sebenarnya perlu kita ambil dengan adil sebagai ujian.Tetapi saya memandang keputusan peperiksaan sebagai satu alat dakwah yang sangat efektif.Dan kegagalan melayan nya dengan adil barangkali boleh menyebabkan fitnah pula kepada dakwah.Bahkan itu yang dikatakan Da’i yang menjadi beban dakwah…Maka kita perlu menjadi muslim produktif yang excel dalam pelbagai bidang. Itu sebaik nya..InsyaAllah

    InsyaAllah akan cuba menulis tentang buku-buku tersebut nanti.

    wallahua’lam.

    Nahnu Duat Qobla Kulli Syai

  3. Salam Tajul

    Menarik pengkisahan ini.. makcik ke Langkawi pada 11hb 12 baru-baru ni tp semalam sahaja.. tak banyak perkara yg dibuat.. sampai ke sana malam.. makan tidur.. esoknya ke Hj Ismail group.. tunggu je dalam kereta.. yg lain-lain shopping.. tp cuma coklat dan kain batik.. 5.30 ptg dah naik feri balik.. apa-apapun seronok bersama famili.. ramai yang pergi..

    Tentang rahsia umur jika belum baca.. makcik dah tulis sedikit di sini…

    http://permatainn.blogspot.com/search/label/rahsia%20umur

    Umur 20an tu mmg patut dirisaukan, kerana masa itu nafsu libido sukar dikawal.. umur 60 tu eloklah mengintai-ngintai kematian.. umur makcik tahun depan.. insyaAllah jika dipanjangkan.. itupun jika dikira bln syamsiah.. sebenarnya kena kira bln qamariah…

    Semoga Tajul sentiasa berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.. kejayaan akhirat lebih penting…

    • salam mak cik

      ooo..insyaAllah kalau lain kali mak cik inform awal,insyaAllah mak cik jadi tetamu saya.

      terima kasih mak cik tasa nasihat.InsyaAllah, kehidupan mak cik dalam redha Allah..amin

Leave a reply to ar-rijal Cancel reply