3 perjalanan jutaan kenangan dan pelajaran

Salam ukhwah..

Akhir nya saya sempat menulis di sini kembali.

.

.

Dalam beberapa minggu yang lepas saya telah mengharungi 3 perjalanan yang menarik.Sangat menarik dan sangat membuka minda.

Pada 8 Januari saya keluar dari langkawi dan terus ke rumah murabbi untuk menumpang tidur. Banyak perbincangan yang berlaku malam itu . Tapi apakan daya esoknya saya berangkat ke KLCC Tower 1 untuk melapor diri untuk ke OBML Lumut.

.

.

Outward Bound Malaysia Lumut

.

Sangat best!! Tak tipu. Disini secara jujur saya kenal beberapa aspek dalam diri saya. Saya memang tahu yang saya bukan seorang penyabar. Tetapi dalam masa ke masa aspek itu saya bentuk ke dalam hal yang lebih positif. Ketika berkayak dan ber’whaling’ baru saya sedar yang sebenarnya saya ni sangatlah tidak penyabar. Bukan bermakna saya akan marah-marah tak tentu hala tetapi saya tak tahan dengan sikap lambat dan terhegeh-hegeh.

.

.

Dan saya baru sangta menyedari yang saya sangat-sangatĀ competitive. Waktu dalam whale saya nak sangat menjadi kapal pertama sampai di destinasi.Jadi walaupun Yong Yap dah dipotong pada awalnya tetapi kami berjaya memotong kembali dengan dahsyat dan meninggalkan jauh 2 kapal yang lain.Semangat yang ada tak luntur walaupun berjam-jam berkayuh di tengah laut yang panas terik.Syukur punya team mates yang mantap dan dahsyat dan sanggup terima cabaran yang ada dengan baik.

..

..

Waktu berkayak juga situasi yang sama berlaku.Satunya saya nak jadi orang pertama sampai selepas kapten.(Kalaulah kapten pun boleh dipotong pasti saya dah potong kapten).

.

.Saya memang sukakan untuk menang.Siapa tak suka.. Tetapi pada waktu yang sama saya belajar yang kemenangan bukan segalanya.Menjadi orang pertama sampai memang mewujudkan kepuasan pada diri bila kitalah orang pertama yang menjejakkan kaki ke destinasi.Tetapi saya belajar yang kita lagi cantik kalau dapat jejakkan kaki ke destinasi bersama-sama.

.

.

Tapi macam manapun kesabaran saya di uji jugak.

Waktu ekspedisi pulang saya disuruh jadi sweeper maksudnya orang paling belakang dalam formation diamond untuk kayak.Serious bengang.Tak tipu laa..Saya betul tak suka dengan kelambatan dan kelembapan.Jadi setiap masa saya akan push orang yang di hadapan saya untuk bergerak lagi laju.

.

Pengajaran.

.

Saya melihat sisi baik ketidaksabaran saya dan saya mampu gunakan dengan cara yang baik.Sikap kompetatif yang ada juga sangat baik tetapi lagi baik kalau ia dilakukan dalam kumpulan.Sebelum ini ketika sebelum tarbiyyah mengubah sikap saya , saya memang agak kompetatif dan tidak sabar tetapi dalam konteks yang tidak berapa elok.Tetapi alhamdulillah apada sem lepas,,jujurnya ketika buat assignment yang diberikan lecturer sikap kompetatif itu saya gunakan sebaik mungkin dalam melaksanakan assignment dan saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya lakukan.Kerana saya nak jadi lebih baik daripada yang lain. Dan kali ini saya belajar kalaulah sikap itu boleh diguna untuk membangun bersama – sama,maka lebih maju kita boleh pergi.

..

..

.

Kuala Lumpur

.

Pulang dari OBML saya terus ke rumah murabbi.Dari 15 hb sampailah ke 21 hb.Seminggu jugaklah rasanya.

Banyak yang dibincangkan dan dilihat.Tak perlu saya tulis di sini kerana saya tidak rasa kepentingan untuk dikongsi disini,.

.

Tetapi dari beberapa hal sebenarnya saya melihat bahawa usaha penyatuan ummat bukanlah semata mata mengumpulkan manusia bagai memukat atau menjala ikan.Tetapi ia adalah pembinaan setiap jiwa dengan kefahaman yang sama dan bergerak atas landasan yang sama.

.

.

Kedah

Pada 21 hb saya bertolak ke Yan dari Kuala Lumpur. Ada program di sana dan saya perlu hadir untuk membantu.Apa yang saya lihat sebenarnya kita perlu bertindak secara teratur dan bijak.Kebanyakan peserta adalah sangat muda.Dan mereka memang kurang kematangan tetapi itu bukan salah mereka.Kematangan itu adalah satu proses yang berlaku selari dengan masa.Tetapi dari segi penyusunan dan strategi,kita harus bijak menilai sesuatu perkara tersebut dan jangan bertindak tanpa perancangan teliti.

.

.

Saya akan menulis lagi.

p/s: Mamat Gepeng.Sori wey..nanti aku cerita nape aku tak dapat datang..

3 thoughts on “3 perjalanan jutaan kenangan dan pelajaran

  1. Melata mencari hidayah … selagi jantung berdegup … tanggungjawab berterusan

    Semoga ar-rijal istiwamah dalam deen … doakan ana juga!

    dan banyak bersabar … kunci ke syurga

  2. Salam,

    mak cik suka pengalaman yang mencabar begini.. tetapi bila usia tua begini dan ada pula penyakit, kongsi sahajalah pengalaman orang-orang muda. Mudah2an banyak belajar daripad pengalaman.

Leave a reply to werdah Cancel reply