Feeds:
Posts
Comments

Salam perjuangan…

.

Sejujurnya saya gemar bergaul dengan orang yang lebih tua dan lebih muda daripada saya berbanding dengan orang yang seumur dengan saya.

.

Jelas nya,ia amat menarik untuk kita melihat bagaimana jiwa orang yang lebih muda dari kita bertindak dan bagaimana kita mampu mencedok sedikit sebanyak dari mereka.

.

Sebagaimana seorang yang saya kagumi, seorang guru yang kini sudah lewat umurnya..Dia berkata bahawa yang bilamana bersama anak-anak muda dia juga turut berasa muda dan bertenaga.

.

Anda bayangkan,seorang guru pencen biasanya akan duduk sahaja di rumah,bermain dengan cucu atau cuma ke surau dan menghabiskan masa dengan biasanya orang-orang pencen lakukan.

.

Tapi bukan baginya.Dia tetap bergerak dan bergerak dalam membawakan Islam.Tak pernah dia luntur. Ketika menumpang tidur di rumahnya di Kedah dalam acara untuk memenuhi jemputan ke sebuah kolej untuk menjadi pengacara forum,banyak yang saya pelajari daripada beliau.Setiap nasihat yang keluar lebih indah dari mutiara yang terbina 1000 tahun lamanya.

.

Begitu juga dengan seorang pembaca blog saya iaitu mak cik werdah yang saya kagumi.Benar,banyak cabaran mungkin menimpa beliau.Dan secara jujurnya walaupun saya tidak pernah bersua muka,tetapi komen-komen yang ditinggalkan berupa nasihat banyak yang dapat saya cedok.Kata-kata itu sebenarnya adalah pengalaman yang ditapak dalam perjalanan kehidupan.

.

Ketika dalam perjalanan ke Utara untuk program yang sebagaimana saya ceritakan dalam post terdahulu,saya berkenalan dengan seorang pak cik.Dia berasal dari Pahang dan hendak melawat anak nya di Kedah.Asalnya saya cuba berkenalan dengan dia memang untuk membuka fikiran saya dan dalam masa yang sama untuk cuba berkongsi buah fikir tentang Islam.

.

Saya mulakan dengan berkenalan biasa dengan beliau. dan bila sudah selesa saya cuba bertanyakan masalah masyarakat dengan beliau.Menariknya,apa yang di bawakan kepada saya pula oleh beliau adalah perkara yang ingin saya bawakan kepada beliau.Iaitu segala masalah adalah masalah ranting yang mana masalah pokoknya adalah masalah aqidah manusia yang sudah sangat tercemar dengan illah-illah asing.Bahkan dia yang memberi banyak input pada saya tentang shahadah,tentang kehidupan dan tentang pengalaman hidup beliau sebagai seorang ayah.

.

Pada orang yang muda dari saya juga dapat banyak saya belajar.Saya baru awal 20-an tetapi saya melihat ada perbedaan corak berfikir bagi mereka yang lebih muda dari saya.

.

.

Sifat Pemuda

Pada keberanian dan semangat mereka yang muda ini amat menarik kekaguman saya.Dalam program yang saya dijemput untuk menjadi facee dan juga penyampai kepada satu slot dalam program itu,saya melihat mereka ini punya keberanian dan semangat yang dahsyat.

“Kita boleh buat.Kita boleh buat” Dan itulah semangat BOLEH yang saya nampak pada diri mereka walaupun sebenarnya mereka belum begitu tahu bagaimana mereka BOLEH buat.

..

Pada PEMUDA DAN PEMUDI

.

Saya sendiri adalah seorang pemuda.Dan saya amat bersyukur atas kepemudaan saya.Ketika saya berbual dan berkongsi mata pandang dengan peserta program itu saya melihat diri saya beberapa tahun lalu dalam diri mereka.Sanggup dan semangat untuk berbuat apa sahaja.Walaupun sebenarnya tidak tahu bagaimana..Keberanian dan semangat itu saya sanjung.Kelemahannya cumalah cara berfikir yang kurang matang.Kesilapan yang mereka lakukan dikumpulkan bersama adalah sama dengan kesilapan yang pernah saya lakukan seorang.Kesilapan yang pernah saya lakukan beberapa waktu dahulu.

.

Itu sebenarnya bukan salah kamu adik-adik ku.

Kematangan itu hadir dari pengalaman kehidupan.Kamu berfikir cara menyelesaikan masalah yang ada juga adalah dari pengalaman.Ia berjalan seiring dengan masa.

.

Tetapi sebenarnya di situlah datangnya tanggungjawab mereka yang sudah melalui jalan-jalan itu.

..

Berada di medan dakwah,mutiara dari da’ie yang telah lama menjejak jalan ini dan melangkahkan tapak adalah sangat berharga.Hargai kehadiran mereka.Tagihlah pengalaman mereka.Dahagakanlah nasihat dari mereka.Saya sendiri mengabdikan seminggu saya di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke rumah berjumpa keluarga tercinta selepas habis OBML yang melelahkan adalah untuk mendapatkan mutiara terbaik daripada penjejak jalan dakwah yang pernah meredah laluan yang baru kita mula nak merangkak ini.

.

.

Kita adalah orang yang muda yang sewajarnya kita bertanyakan mereka ..Bukan mereka yang menawarkan kepada kita.Buah yang baik perlu kita usahakan untuk kita merasa manisnya buah itu.

.

Maka adik-adik ku..

Jika kau bertemu seorang tua dalam perjalanan hidup mu,teguklah pengalaman dari nya..Dari kesilapannya dan dari kejayaannya.Kerna kesilapan yang dia lakukan mungkin apa yang akan kau lakukan sebentar lagi.Dan kejayaan dia adalah mungkin yang akan kau gapai sekejap lagi.

.

Ambil lah ibrah dari Quran dan sirah

Kekuatan pemuda itu adalah pada keberanian dan semangatnya.Lihat sahaja bagaimana Allah memuliakan pemuda-pemuda dalam kisah ashabul kahfi.Mereka adalah pemuda yang hebat.Mereka sudah menyiapkan tapak-tapak keimanan yang akan subur dalam negeri yang kufur. Mereka melarikan diri hanya setelah tapak-tapak keimanan itu sudah wujud dan subur dan mereka bertindak untuk melarikan diri hanya kerna mereka yakin jika mereka ditangkap,dakwah mereka akan terhapus.Sedangkan jika mereka menyembunyikan diri,benih keimanan yang sudah disemai akan tumbuh dengan senyap sehinggalah saat buahnya yang manis mula masak dan akar iman mula mencengkam kuat di tanah kufur yang kini menjadi sebuah tanah keimanan.

.

Itu adalah fiqh dakwah.

.

Lihat pula dalam surah Al Buruj bilamana Ghulam ya’ni pemuda itu sanggup untuk dikorbankan demi menjadi contoh kekuatan iman kepada yang lain..

.

Itu adalah Fiqh dakwah.

.

Sebenarnya mereka ini adalah contoh dan model kepada kita yang dalam kita bertindak,berfikirlah dengan bijak.Lihat segala sudut.

Dan paling penting!! CEDOKLAH PENGALAMAN mereka yang sudah lama dalam jalan ini.

Kerna lihatlah pada kisah Luqman al-hakim yang bijak dan beriman.Beliau adalah contoh sebuah bimbingan orang yang lebih tua kepada orang yang lebih muda ya’ni anak-anaknya.

.

Kekuatan itu ada pada diri yang muda dan ada pada diri yang tua.Kekuatan pemuda pada semangat dan fizikalnya.Kekuatan yang tua pada kematangan dan kebijaksanaannya..

.

Adik-adik ku..

Lihatlah dengan kaca mata al Quran ketika berbuat keputusan.Lihatlah dengan enar.Dan cedoklah dari murabbi-murabbi mu.Cedoklah pengalaman mereka yang tua dari pada mu..

.

Sebagaimana murabbi ku memberitahu aku “Ana latih ntum sebagaimana murabbi ana latih ana” dan disini aku sebut perkara yang sama.

Dan jangan gentar untuk terus melangkah.Kerna aku di sini bersama mu bergerak bersama kamu.Jangan gentar kerana Allah barangkali sedang tersenyum melihat usaha kita.Jangan gentar kerna syurga Nya ada di sana.Jangan gentar kerna kami bersama mu.Aku dan semua yang lain ada bersama kalian.Dan kau bukan seorang.Jangan gentar..gugur atau menang sama sahaja.Kerna kita sama sama berpimpin tangan..mencari redha Allah!!!

Salam ukhwah..

Akhir nya saya sempat menulis di sini kembali.

.

.

Dalam beberapa minggu yang lepas saya telah mengharungi 3 perjalanan yang menarik.Sangat menarik dan sangat membuka minda.

Pada 8 Januari saya keluar dari langkawi dan terus ke rumah murabbi untuk menumpang tidur. Banyak perbincangan yang berlaku malam itu . Tapi apakan daya esoknya saya berangkat ke KLCC Tower 1 untuk melapor diri untuk ke OBML Lumut.

.

.

Outward Bound Malaysia Lumut

.

Sangat best!! Tak tipu. Disini secara jujur saya kenal beberapa aspek dalam diri saya. Saya memang tahu yang saya bukan seorang penyabar. Tetapi dalam masa ke masa aspek itu saya bentuk ke dalam hal yang lebih positif. Ketika berkayak dan ber’whaling’ baru saya sedar yang sebenarnya saya ni sangatlah tidak penyabar. Bukan bermakna saya akan marah-marah tak tentu hala tetapi saya tak tahan dengan sikap lambat dan terhegeh-hegeh.

.

.

Dan saya baru sangta menyedari yang saya sangat-sangat competitive. Waktu dalam whale saya nak sangat menjadi kapal pertama sampai di destinasi.Jadi walaupun Yong Yap dah dipotong pada awalnya tetapi kami berjaya memotong kembali dengan dahsyat dan meninggalkan jauh 2 kapal yang lain.Semangat yang ada tak luntur walaupun berjam-jam berkayuh di tengah laut yang panas terik.Syukur punya team mates yang mantap dan dahsyat dan sanggup terima cabaran yang ada dengan baik.

..

..

Waktu berkayak juga situasi yang sama berlaku.Satunya saya nak jadi orang pertama sampai selepas kapten.(Kalaulah kapten pun boleh dipotong pasti saya dah potong kapten).

.

.Saya memang sukakan untuk menang.Siapa tak suka.. Tetapi pada waktu yang sama saya belajar yang kemenangan bukan segalanya.Menjadi orang pertama sampai memang mewujudkan kepuasan pada diri bila kitalah orang pertama yang menjejakkan kaki ke destinasi.Tetapi saya belajar yang kita lagi cantik kalau dapat jejakkan kaki ke destinasi bersama-sama.

.

.

Tapi macam manapun kesabaran saya di uji jugak.

Waktu ekspedisi pulang saya disuruh jadi sweeper maksudnya orang paling belakang dalam formation diamond untuk kayak.Serious bengang.Tak tipu laa..Saya betul tak suka dengan kelambatan dan kelembapan.Jadi setiap masa saya akan push orang yang di hadapan saya untuk bergerak lagi laju.

.

Pengajaran.

.

Saya melihat sisi baik ketidaksabaran saya dan saya mampu gunakan dengan cara yang baik.Sikap kompetatif yang ada juga sangat baik tetapi lagi baik kalau ia dilakukan dalam kumpulan.Sebelum ini ketika sebelum tarbiyyah mengubah sikap saya , saya memang agak kompetatif dan tidak sabar tetapi dalam konteks yang tidak berapa elok.Tetapi alhamdulillah apada sem lepas,,jujurnya ketika buat assignment yang diberikan lecturer sikap kompetatif itu saya gunakan sebaik mungkin dalam melaksanakan assignment dan saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya lakukan.Kerana saya nak jadi lebih baik daripada yang lain. Dan kali ini saya belajar kalaulah sikap itu boleh diguna untuk membangun bersama – sama,maka lebih maju kita boleh pergi.

..

..

.

Kuala Lumpur

.

Pulang dari OBML saya terus ke rumah murabbi.Dari 15 hb sampailah ke 21 hb.Seminggu jugaklah rasanya.

Banyak yang dibincangkan dan dilihat.Tak perlu saya tulis di sini kerana saya tidak rasa kepentingan untuk dikongsi disini,.

.

Tetapi dari beberapa hal sebenarnya saya melihat bahawa usaha penyatuan ummat bukanlah semata mata mengumpulkan manusia bagai memukat atau menjala ikan.Tetapi ia adalah pembinaan setiap jiwa dengan kefahaman yang sama dan bergerak atas landasan yang sama.

.

.

Kedah

Pada 21 hb saya bertolak ke Yan dari Kuala Lumpur. Ada program di sana dan saya perlu hadir untuk membantu.Apa yang saya lihat sebenarnya kita perlu bertindak secara teratur dan bijak.Kebanyakan peserta adalah sangat muda.Dan mereka memang kurang kematangan tetapi itu bukan salah mereka.Kematangan itu adalah satu proses yang berlaku selari dengan masa.Tetapi dari segi penyusunan dan strategi,kita harus bijak menilai sesuatu perkara tersebut dan jangan bertindak tanpa perancangan teliti.

.

.

Saya akan menulis lagi.

p/s: Mamat Gepeng.Sori wey..nanti aku cerita nape aku tak dapat datang..

Coretan Sebuah Perjalanan

Salam ukhwah..

Salam perjuangan kepada mereka yang tak henti-henti bergerak di jalan Allah.

Salam kepada insan yang kufur kepada toghut dan berimankepada Allah..

Kini masih  di rumah murabbi.Selepas pulang dari OBS terus ke rumah murabbi untuk beberapa program yang dirancang..

.

Selepas ini akan Utara untuk program berikutnya..

Saya akan menceritakan dengan penuh segala pengalaman yang lebih mahal dan bernilai dari segunung mutiara yang dicampak dalam laut yang bersinar..

Ila li qo

Salam perjuangan.

.

InshaAllah saya akan bergerak ke Kuala Lumpur pada hari jumaat nanti untuk OBS. dan kemudian akan berada seminggu di sana untuk mengikuti beberapa program yang telah di susun.Kemudiannya jika tiada halangan saya merancang untuk ke Kedah bagi program yang lain pula.

.

Tak perlu bercerita lebih lanjut.

.

Jadi sebagaimana tajuk yang saya tuliskan di atas.Mungkin barangkali dari segi bahasa saya tidak pasti ia salah atau tidak.Tetapi cuma dengan jelasnya saya mahu sampaikan sifat dan sikap pemimpin yang nama nya Islam dan beridentiti Islam bertindak sekejam zionis yang menjajah.Saya tidak merujuk kepada yahudi kerana yahudi cuma satu bangsa tetapi yahudi zionis adalah segolongan yahudi yang punya tujuan dan matlamat yang sama dengan tindakan dan cara yang sama.Leih lanjut perkara itu,perlu saudara selidiki dengan mendalam.Saya tidak mahu menulis panjang tentang ciri dan matlamat zionis atau apa sahaja berkaitan dengan nya dalam post kali ini.

.

.

Tetapi yang ingin saya sampaikan adalah kekejaman mereka yang beragama Islam yang hanya berfikir bahawa masalah Palestina hanya lah masalah sebuah negara dan perebutan tanah.Tetapi tidakkah mereka terfikir ia nya adalah masalah maruah agama yyang dirobek dan dijatuhkan!!

.

.

Sebagaimana ummat ini digambarkan sebagai sebuah bahtera..Tanah Palestina dan penduduknya yang di kejami dengan pelbagai kezaliman itu adalah sebahagian bahtera ummat yang dirosakkan yang cuma musuhnya menanti untuk seluruh bahtera itu tenggelam!!

.

.

Dan sebahagian dari kita bertindak mengalukan kedatanagn musuh memusnahkan bahtera tersebut!!

…………………………………………………………………………..

Mesir teruskan bina tembok

RAFAH 5 Jan. – Bunyi gerudi tukul bersilih ganti memukul keluli besar ke dalam tanah pasir di kawasan Mesir yang bersempadan dengan Genting Gaza untuk membina tembok bawah tanah yang akan mengubah keseimbangan kuasa di kawasan bergolak tersebut.

Setelah siap nanti, tembok keluli itu akan menyekat perhubungan terakhir Gaza, dengan menyekat beratus-ratus terowong penyeludupan dengan tembok sepanjang 14 kilometer di sepanjang Gaza-Mesir dan akan meningkatkan tekanan kepada pemerintah wilayah itu, Hamas supaya lebih berlembut.

Hamas kini hanya menunjukkan minat yang sedikit untuk berkompromi dalam rundingan perkongsian kuasa dengan pesaing yang mendapat sokongan Barat atau rundingan pertukaran banduan dengan Israel.

Penguasaan mereka ke atas Gaza bergantung kepada sumber bekalan dan wang tunai dari terowong tersebut.

Semalam, para pekerja mengendalikan mesin gergasi hanya bersebelahan dengan garis sempadan Mesir, memberi gambaran pelik tentang tembok apa yang akan dibina.

Tentera Mesir di dalam kenderaan perisai yang membawa senjata berat mengawal para pekerja binaan. Dalam kejadian lalu, tembakan telah dilepaskan beberapa kali dari Gaza ke arah para pekerja tetapi tiada yang mengalami kecederaan.

Pemimpin-pemimpin Hamas berang dengan pembinaan tembok tersebut dan berusaha untuk mendapatkan sokongan negara-negara Arab dan umat Islam menentang Mesir.

Ahad lalu, demonstrasi telah diadakan di luar kedutaan Mesir di Jordan dan Lebanon, memegang poster yang menunjukkan Presiden Mesir dengan tanda Bintang David di dahinya. – AP

Aku berkata dari dalam hatiku yang sedalam pandang Mu pada ku.

Adakah kau terima diriku

Dalam pandang Mu yang mengasyikkan jiwa dan hati

Kerna setiap pada lafaz janji ku yang ku sandarkan

Meletakkan cinta hanya pada Mu,

Menyandarkan hati cuma untuk Mu,

Berkali kali aku ceroboh dan melukakan janji itu..

Adakah Kau di sana mendengar aku.

Sedang aku merintih dan menyayikan lagu ini untuk Mu..

Lagu yang tidak di dengar oleh dia,dia dan dia.

Kerna ini lagu kita.

Lagu yang pernah Kau ajarkan pada Kekasih Mu..

Dan Kekasih Mu mengajar pada kekasihnya…

Adalah lagu alam dan seluas isi nya.

Adalah lagu langit dan seluruh bintang dan jasadnya.

Adalah lagu lautan dan seluruh keajaibannya.

Adalah lagu belantara dan seluruh tasbih segala yang ada dalamnya kepada Mu..

Dan itu adalah lagu aku kepada Mu..

…..

Lihatkah Kau??

Aku disini menyerahkan jasadku dan nyawaku..

Barangkali adakah kau ingin terima jasad dosa dan nyawa dosa dan roh dosa ini?

Setelah penuh makar telah ku pilih untuk ku ikuti jalan nya

Kemudian sekali lagi aku tertunduk malu mengenang segala kata dan niat yang ku pilihkan.

Lalu malu itu ku injak.

Dan ku palitkan lagi dosa merah bertukar ungu bertukar hitam ke dalam hati ku.

Dan berulang.

Dan berulang.

Dan berulang..

Lalu adakah Kau mahu menerima ku kembali??

….

Jelas aku tidak tahu!!

Jujur aku tidak tahu!!

Tapi,sekali pun jasadku dipatuk seribu ular.

sekalipun di tuang tembaga panas menyala.

Aku yakin dan berdiri dengan yakin.

Yang Kau sentiasa ada!!

Mendengar aku!Melihat aku!!Menunggu aku!!

Walau aku jatuh dalam kelam malam yang menghunjam dada anak adam.

Kau ada walau dimana sahaja!!

Mendengar aku!!Melihat aku!!Menunggu aku!!

Kembali dalam kesucian hati mempersembahkan diriku kepada Mu!!

Hanya pada Mu..

Untuk Mu..

Salam ukhwah..

.

.

Saya baru pulang dari Kuala Nerang petang semalam.Bertolak dari Melaka menaiki Bas Starmart express pada 9.30 pagi hari khamis dengan perjalanan memakan masa 9 jam sampai pukul 6.30 petang.

.

.

.

Sepanjang perjalanan saya terfikir, tujuan ke Kuala Nerang untuk program Forum Memperkasa Intelektual Muslim yang saya menjadi pengerusi panel forum tersebut. Dan dengan tujuan itu apa yang ingin di sampaikan adalah mesej Islam.

.

.

Maka terfikir kepada saya,saya menaiki bas walaupun kurang selesa tetapi itu lebih selesa berbanding berjalan kaki dan menaiki unta di tengah padang pasir yang panas terik.Sebagaimana yang pernah dilakukan sang Rasul demi memastikan kita hari ini mendapat syiar yang dibawa baginda.

.

.

.

Sampai di Alor Setar,stesen Shahb perdana, saya menyewa motel untuk tempoh sehingga pukul 10 malam dan terus mencari masjid untuk solat maghrib.Sangat menarik kerna antara yang ramai di jemaah masjid tersebut adalah pelajar (rasanya) asing dari Cina dan Afrika yang mungkin sekali menuntut di Kolej Insaniyah.Hebat!!Mereka datang menuntut ilmu Tuhan di tengah masyarakat yang barangkali jauh dari kebudayaan asal mereka.

.

.

Saya duduk di masjid beberapa minit dan meneliti masyarakat yang ada.Bayangkan lah kalau ramai yang datang ke masjid dengan kefahaman terhadap Islam yang benar.Bukan hanya menggunakan masjid sebagai tempat ibadat khusu tetapi masjidlah menjadi punca kekuatan di mana segala jenis aktivit tidak kira lah sama ada riadah atau pun program sukan,semua dilakukan di kompleks masjid.

.

.

Sewaktu dalam bas,dalam perjalanan di jalan raya negeri kedah yang kiri kanannya dibentangi dengan sawah padi menghijau yang mungkin baru lagi tumbuh sebagaimana diri ini yang masih lagi baru dan hijau dalam perjuangan,ternampak saya sebuah masjid yang hanya bersebelahan dengan gelanggang futsal.Bukankah elok begitu.Sehabis sahaja bermain futsal,pemuda-pemuda boleh terus ke masjid dan solat.Begitulah sewajarnya masjid digunakan.Kadang-kadang kerna konsep masjid disalah ertikan,pemuda-pemuda takut untuk mendekati masjid.Lihat sahaja hari jumaat.Bukan sedikit pemuda-pemuda yang melepak di kawasan parking motor ketika khutbah sedang dijalankan.Masjid kita tidak mesra orang muda!!

.

.

.

Dan selepas melepaskan lelah perjalanan 9 jam di masjid saya pulang ke motel dan mandi serta mengganti pakaian.Terus,saya check out dan ke Radix Fried Chicken untuk makan.Sungguh saya amat kagum dengan syarikat ini.Amat takjub dan sangat berbangga kerna mereka punya kekuatan sebegitu rupa.

.

.

.

Saya order satu set makanan.Secara keseluruhunnya, ayam gorengnya sama sedap dengan KFC tetapi kentang putarnya agak keras sedikit.

.

Tetapi yang amat saya banggakan melihat semua pekerja lelaki mahupun perempuan yang sangat sopan.Mereka menjaga aurat dan saya agak terkejtu melihat pekerja wanita memakai tudung dan berbaju yang agak labuh.

.

Dari segi makanan pula,semuanya adalah produk mereka sendiri dari sos cili dan tomato radix hinggalah ke Coca Cola Radix!!

.

.

Hebat!!Mereka mencipta solusi untuk kita dari memilih makanan dari syarikat yang berhubung dengan ZIONIS yang MEMBUNUH SAUDARA PALESTIN KITA!!

.

.

Bahkan kedai tersebut tak henti-henti di kunjung orang.

.

Barangkali kelewatan saya merisaukan sahabat yang menunggu saya. Saya call cikgu Zul dan beliau akan datang mengambil saya.Sambil menuggu, saya disapa oleh satu suara : “Assalamualikum bang.Dari mana ni?Bawak beg besar?” Seorang budak lelaki berbaju T hitam dalam umur 10 tahun menyapa saya. “Abang dari melaka,ada program kat Kuala Nerang”. Dan sedikit perbualan dari adik yang asing ini.Tapi perbualan itu tak lama.Cikgu Zul tiba.Saya sebenarnya baru pertama kali berjumpa beliau.Seorang yang berumur 58 tahun dan masih lagi kelihatan muda!!

.

.

Dibawanya saya ke gerai untuk minum.Sepanjang perjalanan,banyak yang kami bualkan dan banyak yang kami bincangkan terutama hal perjuangan.Seorang yang berumur tetapi punya semangat dan kekuatan seorang pemuda!!Benar,saya amat kagum dengan beliau.Semangat nya yang sentiasa terbakar tak pernah padam walaupun sedah melewati usia senja.Selalu nya dimana-mana,jika sudah pencen,rumah lah tempat utama.Tetapi bukan cikgu untuk Cikgu Zul.Dialah penggerak yang hebat!!

.

.

Banyak perkara yang dibincangkan dalam pelbagai hal.Dan terus terang banyak yang saya belajar dari orang lama seperti beliau.Saya dibawa ke rumah nya untuk menumpang teduh buat sehari.Sambil menunggu kedatangan sahabat dari P.Pinang kami berdua berbincang dan berkongsi sedikit pengalaman.Pengalaman beliau yang banyak itu bagai mata air yang tak pernah kering airnya dan saya lah pengembara kehausan yang segar ketika mendapat air yang sangat menyegarkan tubuh.

.

.Dalam pukul 11 malam tibalah 2 orang sahabat beserta anak dan isteri masing-masing.Mereka sebenarnya menjadi panel untuk program esok hari.Iskandar dan Azhari.Merekalah pemuda-pemuda yang tak gentar dengan halangan.Mereka lebih tua dari pada saya.Iskandar sedang menyelesaikan Master di UTP dan Azhari sedang menyelesaikan pHD.

.

.

Tetapi kedatangan mereka membawa berita yang sangat tak disangka.Program forum esok dibatalkan atas sebab yang sangat mengejutkan.Benar saya berasa terkejut.Tetapi itu bukan alasan untuk berasa kecewa.Pertemuan dengan sahabat seperjuangan seperti Azhari,Iskandar dan cikgu Zul lebih membawa makna kepada saya.Forum tersebut hanyalah bonus dan jika tiada forum itu pun,bukanlah sesuatu yang besar jika nak dibandingkan dengan pertemuan dengan sahabat yang dinanti.

.

.

.

Walaupun ini pertemuan pertama kami,perhubungan dirasa kan bagai sudah menjalin persahabatan berpuluh tahun.Kemesraan dirasa bukan seperti orang lain.Mungkin ini lah ukhwah yang terbina atas dasar shahadah.Persahabatan atas perjuangan.Perhubungan kerana Allah.Segala terasa indah dan seoronok.Kami berbincang dan berkongsi cerita sampai pukul2 pagi lebih.Itupun terasa tak cukup. Sampai kami tak tersedar rupanya sudah melepasi pukul 2 pagi.

.

.

.

5 pagi jam berbunyi dan bangunlah kami bertemu Tuhan dan mempersembahkan kepada Nya diri kami ini dalam laungan tasbih,takbir dan tahmid.Kemudian kami keluar menaiki kereta Akh Azhari ke masjid.Yang manisnya ketika pulang dari masjid kami sesat selama hampir 45 minit.Tak tahu jalan pulang ke rumah Cikgu Zul.Satu yang sangat indah untuk dikenang.

.

.

Selesai sarapan di rumah cikgu Zul yang dimasak oleh isterinya,  (sebenarnya itu lebih kepada makan tengah hari yang sangat sedap) Azhari dan Iskandar meneruskan perjalan mereka untuk program yang seterusnya.Saya pula merancang untuk terus pulang ke Langkawi.Tetapi sewaktu perjalan dengan cikgu Zul ke Kuala Kedah, seorang sahabat dari Tapah telah tiba di Shahab perdana.Maka kami tukar rancangan.Saya dan sahabat itu, Effendi dan Lokman meminjam kereta Cikgu Zul dan terus ke Kuala Nerang.Di Kolej Mara Kuala Nerang selepas solat Jumaat,perkongsian dilakukan dengan anak-anak buah Effendi.Pelajar kolej itu yang juga anak buah Effendi memang punya karakter yang hebat.Nasihat dan perkongsian kami sampaikan kepada mereka.

.

.

.

Dan kemudian, saya pula yang akan terus dalam perjalanan pulang saya.Effendi dan Lokamn menghantar saya ke jeti Kuala Kedah dan itu lah titik perpisahan kami.Tetapi itu bukanlah perpisahan yang nyata kerna selagi kami berada dalam jalan perjuangan ini,selagi itu hati kami akan bertaut.Selagi itu lah kami akan terus bergelar saudara.Selagi itulah kami akan sentiasa bersama!!

………………………………………………………………………………………..

Jujur,pertemuan ini banyak membantu dan memberikan pengalaman yang hebat!!Semoga bertemu lagi akh.

Salam ukhwah

Sekarang berada di sebuah cc untuk menelaah beberapa sumber bacaan untuk program esok.

.

.

.

Sekarang sebenarnya berada di Alor Setar. Sekejap lagi akan ada sahabat menjemput.Perjalanan tadi memakan masa dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Tidak lah lama seperti perjalanan saya ke Kuching dahulu dari Miri.Memakan masa 14 jam.

.

.

.

Esok akan ke Kolej Mara Kuala Nerang sebagai pengerusi untuk panel forum “Memperkasa Intelektual Muslim”.

.

.

InshAllah banyak akan diceritakan.Doakan semoga program ini mencapai matlamatnya!!

.

.

.

Salam.

OUT!!!

Salam.cuma pemberitahuan.Saya akan pulang ke kampung selama beberapa hari kemudian akan ke Kolej Mara Kuala Nerang .Mungkin sukar mendapat akses internet kerana perlu ke cyber bafe.Jadi kalau ada apa-apa cuma tinggalkan komen or email saya.Jika berpeluang akan di cek.

Salam..

Mungkin tulisan kali ini agak bersifat politik.Saya tidak melebihkan kepada sesuatu pihak. Saya tidak punya apa-apa kepentingan bahkan tidak punya matlamat perjuangan politik yang berkait dengan parti yang ada sekarang.Tetapi saya bukanlah cuma tunggu dan lihat tetapi ingin juga berusaha terjun dalam pembangunan negara dengan cara saya tersendiri.

.

.

.

Akhir-akhir ini terlampau banyak kecelaruan yang berlaku. Saya lahir ketika era Tun Mahathir memegang tampuk amanah dan semenjak hidup selama 20  tahun yang masih jagung muda ini, sudah 3 perdana menteri yang memegang tampuk amanah.

.

.

.

Apa yang di amati, tidak banyak kecelaruan yang timbul ketika Tun Mahathir memegang kuasa.Beliau sangat tegas dan sangat berani. Seorang “Top Gun” lah kalau kita hendak melabelkan beliau.Bahkan beliau lah yang sebenarnya membentuk jati diri bangsa Malaysia supaya terus berasa bangga. Sewaktu kecil,saya pernah berbual dengan mat salleh dengan memanggil beliau sir. Sekarang ini saya mampu berasa bangga dan punya jati diri dan tidak memandang tinggi kepada barat bahkan saya menganggap mereka sama sahaja.Sama taraf dengan setiap kita bangsa Malaysia. Saya bangga sebagai seorang Muslim di tanah ini.

.

.

.

Tetapi ketika saya melihat apa sahaja tindakan kerajaan yang dikritik dan yang terbaru kos penyelenggaraan kapal selam yang mahal juga dikritik saya terasa amatlah dangkal sekali pemikiran yang ada.

.

.

.

Suatau ketika dahulu,lapangan F1 dikritik sebagai projek gajah putih. Petronas Twin Tower juga dikritik.Sekarang,pembelian Sukhoi dan Scorpene juga dikritik.

.

.

Terus terang, sekarang ini siapa yang beruntung dengan wujudnya litar Sepang?? Siapa yang tidak bangga mengatakan negara tropika Malaysia ini punya bangunan yang tinggi?

.

.

Sekarang kita punya kapa selam. Saya ke LIMA beberapa mingu lepas dan memang kerna saya tinggal di Laangkawi maka itu lebih mudah.

.

.

Dan terus terang ketika menyaksikan pesawat pejuang Malaysia  MiG dan Sukhoi beraksi dengan penuh getaran yang dahsyat, saya berasa amat bangga sekali dan mampu berdiri megah dan mengaku kehebatan negara ini.

.

.

Ketika melihat KD Tunku Abdul Rahman atau lebih terkenal lagi sebagai Scorpene, saya berasa teguh jati diri dan penuh semangat.Begitu juga melihat KD Perak.

.

.

Cuba kita soroti apa yang dikatakan oleh Al Quran bahawa kita disuruh untuk menyediakan kekuatan dari kuda-kuda dan peralatan perang agar izzah itu wujud.

.

.

Lihat pula pada sirah. Bagaimana Rasul mempersiapkan tentera Islam dengan kekuatan senjata semampu kekuatan kaum muslimin.

.

.

Lihat pula sahabat-sahabat ketika peristiwa Umar melawat   Muawiyah dan terlihat Umar yang Muawiyah berpengawal. Maka disoal Umar,kenapa kau lakukan seperti itu? Maka dijawab Muawiyah, ” Sesungguhnya negeri ini berjiran dengan Rom maka tujuan dipakainya pakaian yang megah dan tentera yang berkawal adalah ata izzah Islam.

.

.

.

Lihat pula Penakluk Constantinople , Sultan Muhammad Al Fateh.Sultan muda yang ketika menawan Konstantinople adalah sama usia dengan saya.Kekuatan persenjataan yang ada adalah yang termoden pada ketika itu.Beliau punya meriam gergasi yang mempu memecahkan sebarang benteng dan sangat maju berbanding kekuatan tentera kuffar.

.

.

Lihat sahaja zaman Salahuddin Al Ayubi yang kekuatan tenteranya adalah yang terbesar dan sangat kuat.Persenjataan nya yang dahsyat.

.

.

Persiapan itu dilakukan bukan ketika perang tetapi sebelum peperanagn wujud!!

.

Jadi sekarang beranikah anda mengatakan apa yang dilakukan Rasul,sahabat-sahabat dan para wira Islam kita itu satu perkara yang sia-sia dan membazir.

.

Maka adakah yang dilakukan sekarng ini salah??

.

Anda cuma melihat sejarah sebagai cerita kosong.Anda tidak ambil apa yang ada pada nya.Kalaulah ketika zaman Rasul kekuatan yang ada cuma kuda dan panah serta pedang.Dan zaman Salahuddin Al Ayubi adalah catapult.Dan zaman Sultan Muhammad Al Fateh adalah meriam gergasi.Maka zaman ini persenjataan terkuat mungkin sekali”Intelligence Warfare” yang dipandu dengan satelit ketentaraan yang mampu mensasari mana-mana sasaran dengan tepat dan di sertai denga kekuatan misil yang dahsyat seperti misil nucleur dan bahkan lebih hebat lagi semuanya dikawal secara artificial intelligence.

.

.

Fikirlah.Tak kan kita nak memperkuatkan persenjataan setakat dengan meriam buluh. Mungkin sekali helikopter nuri yang kita ada hanya setakat meriam buluh kalau nak dibandingkan dengan Apache yang dipunyai kerajaan singapura yang mana umat Islamnya ditekan disana!!

.

.

Patutlah suatu ketika dahulu Singapura pernah dengan megah berkata jika berperang,mudah sahaja Malaysia diahncurkan.

.

Dan bilamana Malaysia membeli Sukhoi dan Scorpene mereka lah yang menjadi negara yang amat takut dengan perkembangan yang berlaku!!

.

Mungkin benar kos yang tinggi diperlukan untuk selenggaraan senjata tersebut tetapi ia adalah kos yang perlu.Negara ini kemungkinan tidak akan pergi berperang tetapi Islam juga menganjurkan kita untuk melakukan persediaan. Kalaulah kerajaan ini benar-benar mahu habiskan kewangan untuk pembangunan senjata maka mungkin sudah lama kita menjadi seperti Nazi German ketika Adolf Hitler yang menyisihkan kepentingan rakyat yang dihimpit kemiskinan ekonomi sedangkan kemakmuran negara digunakan untuk pembangunan senjata.

.

.

.

Tetapi negara ini tidak.Kos yang digunakan terhadap pembangunan persenjataan negara adalah amat perlu. Bayangkan lah secara logikal, apa yang akan dipandang oleh negara kuasa besar kepada kita jika kita sudahlah tak punya pemimpin yang kuat bahkan persenjataan juga lemah. Kita menjadi amat mudah untuk dihina kan.Dipandang rendah.

.

.

.

Kita bukan ingin merasa besar dan megah tetapi dalam skop diplomasi serantau dan juga dalam pemerintahan,pembangunan tersebut amat perlu.Bahkan apa yang dilakukan kerajaan terhadap pembangunan negara ini seperti Petronas Twin Towers dan Litar Sepang juga amtlah perlu. Lihat, berapa banyak yang dapat untung daripada Litar Speang walaupun sedikit.

.

.

Kebaikan nya meliputi aspek setempat dan global.

Secara lokal nya,pembangunan yang kononnya gajah putih itu telah menigkatkan jati diri rakyat kita.Sekarang kita mampu bangga dan mersa ‘izzah atas kekuatan negara ini.Bahkan merasa aman dengan kekuatan yang ada.

.

.

Bahkan segalanya itu adalah satu simbol perpaduan.Lihat sahaj.Bukan hanya orang Melayu yang untung tetapi bahkan bangsa lain juga dapat keuntungan yang sama.

.

.

Secara globalnya, negara ini dipandang tinggi dan disegani oleh negara lain dan lihat sekali lagi apa yang saya katakan bahawa negara lain tidak mampu memperbudakkan negara kita.

.

.

Kita berdiri sebagai satu bangsa merdeka yang tidak takut dan gentar!!

.

.

.

.

.

.

Janganlah semua perkara dikritik.Saya juga mengkritik terhadap beberapa dasar yang ada tetapi saya tidak mengkritik atas sebab saya adalah pembangkang.Bahkan saya tidak penyokong atas dasar saya penyokong kerajaan. Kritiklah dan berilah pendapat dengan berfikir panjang.Janganlah setiap perkara nak dikritik.Kalaulah satu hari nanti yang dapat keuntungan dari projek tersebut adalah anda,adakah anda mahu mengkritik juga??

.

.

Bukan kita sahaja yang betul dan bukan orang lain sahaj yang salah.Mungkin kita salah  dan dia yang betul dan mungkin sebaliknya.Mungkin dua-dua betul dan mungkin dua-dua salah. Lihat pada sudut pandang yang benar.Lihat dari sudut pandang Al Quran.Jangan bersikap jumud dan mengatakan semua itu bid`ah dan tak pernah dibuat nabi.Kalau anda mahu,senang sahaja.Pergilah ke kuliah naik unta.Jangan naik bus mahupun kereta.Zaman nabi dulu naik unta kan??

.

.

Bid`ah itu perlu kita kaji dengan sebaiknya.Kalau ingin memahami maka kajilah ilmu syarie iaitu perundangan Islam.Disitu ada diterangkan sangat mendalam tentang bagaimana hukum dibuat.

.

.

Jangan dikata semua pembaziran wang rakyat.Walaupun mungkin ada korupsi yang jelas saya amat menentang,tetapi dasarnya perbincangan ini,projek yang dilakukan setidaknya beri kemakmuran kepada rakyat.

.

.

Fikirlah dengan benar.Kritiklah dengan sangat berhemah.Terus terang saya bukanlah pendokong mana-mana pihak.Saya cuma seorang pemuda yang menyayangi tanah ini.

On holidays and everything.

Salam.

It is quite a while I did not blog.And seriously, I really missed to write again.

Quite many things happen. Mak Endek and her whole family came last week. Spending a week in Langkawi. However, unfortunately, we were attacked by monkeys in Pulau Beras Basah. So one of her back bone broke when she fall down during the attack.

After all it is a good experience .

Talking about the result, my results are quite okay. I a little bit sad and dissapointed. I did not achieved my target and disappointed coz I did not manage to score in the subject that I target to get high marks.

All in all, I am still glad to pass all the unit.I still dont know I pass the Petronas CM or not.hheheheehehe.If I pass ,alhamdulillah If I dont pass, alhamdulillah.I do think I am still thankful if I a dont pass the CM. Coz it really can teach me a lot. Like before, I used to get bad (I mean really bad marks for several units. I did not failed though) marks and it really teach me a lot and improved me in many ways in my studies. So if I get CM this sem (Dont know if I passed or not the CM..hehe.), I do believe that it really can improve me in many ways.And I can see where my weaknesses are.

So, this week we are going to Malacca.Hehehehehe.My home town.The place where it all begun.Really looking forward for this trip.

So,thats it writing in English…

………………………………………………………..

Jadi selepas ke Melaka saya akan ke Kuala Nerang. Kolej Mara Kuala Nerang. Saya dijemput untuk mempengerusikan forum “Memperkasakan Intelektual Muslim”.

.

.

.

Forum tersebut pada 25 Disember ,8.30 pagi di Surau Kolej Mara Kuala Nerang.

.

.

.

Bercakap tentang intelektual Muslim dan perkara yang seangkatan dengannya, saya kadang-kadang rasa sangat terkilan bilamana ada yang berpendapat bahawa ada perbezaan antara ahli agama dan profesional.Ada beza antara golongan yang membawakan Islam dengan golongan profesional Muslim.

.

.

.

Seakan-akan hujah mereka adalah golongan yang membawakan Islam bukanlah golongan profesional ataupun mereka ini terkelompok ke dalam satu kelompok berbeza.

.

.

.

Kenapa wujudnya rasa perbedaan itu sehinggakan ada sesetengah parti politik menginginkan teraju kepimpinan mereka dipimpan oleh ulama dan profesional.Adakah seorang ulama itu tidak profesional? Dan adakah seorang yang profesional itu tidak boleh menjadi ulama? Ada juga yang mengatakan bahawa biar barisan kepimpinan yang buat kerja dan biar ulama duduk menasihat.

.

.

.

Apa yang saya lihat sebenarnya mungkin ada kesilapan terhadap pembawaan yang selalu diketengahkan. Selalunya kita lebih gemar berbicara tentang berpakaian mengikut sunnah,makan mengikut sunnah dan lain-lain.

.

.

Dan kadang-kadang pemikiran yang ada juga amat dangkal. Contohnya, masjid hanya menjadi tempat untuk ibadat khusus seperti solat berjemaah dan aktiviti ceramah.

.

.

.

Kalau ada anak muda yang berada di masjid duduk di luar masjid ambil angin atau kata yang agak manis sikit adalah melepak-lepak akan mungkin sekali dipandang sinis.

.

.

.

Dan kita juga bercakap tentang Islam dengan sangat lantang tetapi kadang-kadang perkara yang kecil kita tak jaga.Perkara yang kita sangka kecil seperti kebersihan kopiah dan jubah tidak kita jaga walhal mungkin itu sebenarnya yang dipandang oleh mad’u dan masyarakat.

.

.

.

Maka kalau dilihat segala jenis masalah yang hadir sampai menimbulkan masalah profesional dan tidak profesional ini, sebenarnya adalah masalah sikap dan akhlak.

.

.

Tidakkah sebenarnya ISLAM MENGAJARKAN KITA TENTANG PROFESIONALISME?

.

.

Ketika kita menghayati bahagian kedua dalam shahadatain yang selalu saya ulangi dalam penulisan saya, kita wajar mengakui bahawa Rasul itu adalah Rasul yang perlu kita imani dan perlu kita turuti sunnah nya. Janganlah hanya ikut sunnah Rasul dengan memakai jubah dan serban tetapi sunnah yang lebih besar dari itu contohnya menjaga kebersihan itu tak terjaga.

Jangan lah kerna kononnya ingin mengikut sunnah berjemaah mahupun makanan yang dimakan nabi itu kita ikuti tapi sunnah yang lebih besar seperti menjaga akhlak dan sikap sejajar dengan akhlak Rasulullah tak terjaga.

Kita gegak gempita berdiskusi dan memberikan peringatan tentang sunnah itu dan ini tetapi kita pula yang menjadi beban dalam dakwah!!

Jangan disebabkan kita orang lari dari memahami Islam dan kemudiannya kita terus memberi alasan menyedapkan hati yang bahawasanya bila kita bawa kebenaran memang lah ramai orang tolak.

Jika sikap kita sendiri menjadi beban,itu bukan salah dakwah.Itu bukan salah Islam.Itu salah sikap dan akhlak kita.

.

.

Kita lihat pada sirah Rasul dalam mendalami profesionalisme. Lihat sahaja pada surat Rasulullah kepada Raja-Raja negara berjiran bilamana Rasul menyampaikan dakwah nya. Rasul memulakan dengan puji-pujian dan kata-kata yang tidak kasar. Bukankah itu yang sebenarnya kita pelajari dalam urusan diplomatik?

.

.

.

Lihat sahaja dalam dakwah baginda.Bilamana awal dakwah tersebut.Biar dihentam dan dilanyak ummat Islam yang sedikit, disuruh nya oleh Rasul supaya bersabar bahkan terus aginda menyebarkan Islam.Bukankah kesabaran itu perlu ada pada seorang yang kononnya ahli politik.

Bukankah Islam itu mengajarkan kita erti profesional?

terokailah Al Quran dan Sirah Rasul.Fahami dengan benar dan tepat.Maka disitu ada jawapan

Older Posts »